‘Ingin berubah bukan sekadar menutup aurat.’ Julia Farhana cuba jaga pertuturan, bersihkan hati dan jaga solat. Malahan tindakan selebriti ini memadam semua gambar tidak berhijab di akaun Instagramnya juga harus dipuji.
Benarlah bila sampai waktu dan ketika, manusia akan berubah menjadi lebih baik dengan izin Yang Maha Esa. Paling penting kita sentiasa berusaha menjadi manusia yang lebih baik.
Memetik laporan Harian Metro, pelakon, Julia Farhana Marin, 28, mengakui hatinya berasa sangat tenang dan lebih dekat dengan Allah SWT sejak mula bertudung beberapa hari lalu.
Menurut pelakon berdarah kacukan Melayu-Itali ini, dia memutuskan untuk bertudung tanpa paksaan atau permintaan daripada sesiapa pun.
Bukan Sekadar Menutup Aurat
“Alhamdulillah, saya ikhlas bertudung kerana Allah. Pada mulanya, saya berniat untuk bertudung pada bulan Ramadan yang bakal tiba nanti.
Ads
‘Tetapi akhirnya saya putuskan untuk terus mengenakan tudung dari sekarang. Doakan saya untuk terus kekal istiqomah dengan penampilan baru ini,” katanya.
Julia Farhana Cuba Jaga Pertuturan
Dalam masaa yang sama, tambah pelakon filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang itu, suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32, paling banyak memberi dorongan kepadanya untuk berubah dan mendalami agama Islam sebelum mereka berkahwin lagi.
“Suamilah orang yang paling gembira bila melihat penghijrahan saya ini. Saya bersyukur kerana suami sangat memahami dan dia tidak pernah letak syarat untuk bertudung bila sudah berkahwin. Semuanya berlaku secara berperingkat bermula dari pakaian.
“Suami banyak memberi bimbingan dari segi tanggungjawab sebagai wanita Islam dengan menutup aurat, menjaga solat lima waktu dan membaca al-Quran,” katanya.
Ads
Bersihkan Hati & Jaga Solat
Mengulas mengenai gambar lamanya ketika belum bertudung, Julia berkata, dia sudah memadam semuanya di Instagram.
“Saya putuskan untuk memadam semua gambar tidak bertudung kerana tidak mahu ia membawa kembali ke zaman silam.
“Saya mahu berubah bukan sekadar menutup aurat saja, tetapi dari pelbagai aspek lain seperti pertuturan, bersihkan hati, menjaga solat dan hubungan dengan orang sekeliling,” katanya.
Pernikahan merupakan momen bahagia bagi setiap pasangan. Ia detik terindah yang bakal diingati oleh mereka yang melaluinya. Namun tidak semua mampu menyangka ada ujian yang bakal dilalui dan nyata ianya amat menyedihkan.
Hari bahagia bagi seorang suami, Enal berusia 24 tahun dari Kampung Baru, Des Ulo Daerah Tellusiattinge, Kabupaten Bone menjadi paling menyedihkan apabila isteri dinikahinya, Rahmatang pada 11 Mei lalu meninggal sehari selepas itu akibat lelah.
Dalam video yang tular, kelihatan Enal menangisi pemergian isterinya hingga terpaksa ditenangkan oleh kaum kerabat dan sanak saudaranya.
Pesta pernikahan Enal dan Rahmatang di Kampung Baru, Des Ulo, Kecamatan Tellusiattinge, Kabupaten Bone, Rabu (10/5/2022).
Terlihat Enal dirangkul sejumlah kerabat dan sanak saudaranya sebelum pengsan selepas mendapati isteri baru dinikahinya meninggal dunia.
Dapat di lihat Enal terus menggenggam tangan isterinya yang sudah meninggal, bahkan ketika terbaring, tangannya tetap tidak melepaskan dari memegang tangan isterinya itu. Hal ini diakui oleh seorang saudaranya, Andi Kuseyyang yang mengakui akan kejadian menyedihkan ini.
Dikatakan pengantin perempuan mempunyai masalah asma dan duduk seharian untuk pernikahannya membuatkan dirinya kepenatan hingga keadaannya jadi lebih memburuk sebelum disahkan meninggal dunia sebelum dikebumikan di kampung halamannya.
Seorang lagi saudaranya menulis, “kami tahu kamu sangat menyayanginya tapi Tuhan lebih sayangkannya,” tulis Raisa dalam postingnya.
Difahamkan, semasa majlis persandingan mereka, arwah Rahmatang hanya sempat duduk sekejap di pelamin sebelum dibawa masuk ke dalam rumah kerana keadaan kesihatannya mulai memburuk.
Namun majlis diteruskan dengan pengantin lelaki yang melayan tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan mereka. Dari kenyataan dari ZL, dimaklumkan selepas majlis di rumah perempuan selesai, pengantin lelaki bergegas ke rumahnya yang berdekatan kerana kenduri diadakan keesokan harinya, 12 Mei 2022.
Habis di rumahnya, Enal kembali ke rumahnya mentuanya untuk sesi bertemu keluarga mentua namun takdir hidupnya berubah bila mana tepat jam 10 malam, isterinya dijemput Allah.
Ternyata dugaan dihadapinya terlalu berat dan semoga arwah isteri ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
‘Biar macam makcik, asal aurat terjaga.’ Mia Ahmad kuatkan hati, berpakaian kerana Allah. Benarlah berubah ke arah kebaikan bukanlah sesuatu yang mudah.
Apatah lagi dirinya merupakan seorang selebriti pasti setiap apa yang dilakukan mendapat perhatian ramai.
Tidak dinafikan bertudung labuh, antara salah satu cara menutup aurat dengan sempurna. Pun begitu, ada yang memandang sinis dan melabelkan imej sedemikian tidak moden.
Itulah situasi yang dialami pelakon Mia Ahmad apabila dirinya mengambil keputusan untuk berubah.
“Bila orang cakap tudung labuh macam mak cik dan tak moden, ini jawapan saya. ‘Maaf, saya berpakaian kerana Allah.’
“Ada juga yang cakap saya tidak akan istiqamah, malah ada yang kata, suami saya tidak akan sokong.
‘Pun begitu, saya kuatkan hati kerana saya tahu, saya buat benda yang betul. Semuanya kerana ALLAH, ” ujar Mia lagi.
Asal Aurat Terjaga
Malah, jelas ibu kepada dua orang cahaya mata ini, alasan utama yang membuatkan dia mengubah cara berpakaian adalah untuk menjadi yang lebih baik, bukan untuk nampak baik.
“Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang sepanjang penghijrahan ini. Semoga Allah terus menjaga niat hati saya dan kita semua.
“Semoga Allah memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan. Amin,” ungkapnya.
Mia Ahmad Kuatkan Hati
Luahan hati pelakon drama Hati Perempuan itu dimuat naik menerusi perkongsiannya di laman Instagramnya.
Turut disertakan satu rakaman video yang memaparkan gambar Mia Ahmad berpakaian sopan dengan bertudung labuh.
Untuk rekod, Mia mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak JDT, Mohd Izham Tarmizi.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata dan kini sedang menanti kehadiran zuriat yang ketiga.
Berpakaian Kerana Allah
Reaksi warganet terhadap perubahan Mia:
“Biar macam mak cik, asalkan aurat terjaga.”
“Alhamdulillah, kita berubah bukan kerana makhluk, kita berubah kerana Allah SWT. Kita mahu dapat reda ilahi. Semoga Mia terus istiqamah.”
“Sweet apa pakai tudung labuh. Cantik dan sopan.”
“Semoga kita sama-sama istiqamah setelah kita diuji. Tanda Allah sayang buat hamba terpilih.”
“Tudung labuh lagi cantik dan sopan. Betul, kita berpakaian kerana Allah.”
“Cantik tengok Mia macam ini. Abaikan kata-kata orang, yang menuju akhirat nanti kita. Tiada siapa yang tolong, kalau bukan diri kita sendiri.”
Ma’radh Wahyi tempat wajib dikunjungi jemaah haji dan umrah tapi jarang diceritakan, mungkin tempatnya yang sarat dengan informasi seperti muzium jadi kurang menarik minat jemaah umrah atau haji yang berpeluang ke sana.
Sebenarnya Jemaah haji yang ingin menambah ilmu boleh mengunjungi ke daerah Budaya Hira, yang terletak berhampiran Gua Hira di pergunungan Makkah.
Di sini semua jemaah berpeluang melawat muzium dan pameran Al-Quran. Memetik laporan Arab News, kawasan ini dianggap sebagai mercu tanda budaya yang diuruskan oleh Suruhanjaya Diraja untuk Kota Suci Mekah dan Tempat Suci.
Projek ini menyumbang kepada memperkaya pengalaman keagamaan dan budaya untuk jemaah haji dan penduduk Makkah. Ini adalah salah satu matlamat program Wawasan 2030 Arab Saudi.
Ini perkongsian Abdel Rahamanov tentang satu tempat yang wajib dikunjungi oleh jemaah umrah atau haji tetapi jarang diceritakan.
Tempat ini ialah Ma’radh Wahyi atau Pameran Wahyu. Ma’radh ini terletak di kaki Jabal Nur (Bukit Nur) yang adanya Gua Hira’.
Saya pergi ke tempat ini pagi semalam ke Ma’radh Wahyi dengan teksi. Saya booking teksi melalui apps Careem. Tambang 50 riyal.
Tempat Wajib Dikunjungi
Ma’Radh Wahyi ini adalah tarikan baharu untuk pengunjung Arab Saudi. Tiket masuk 20 riyal untuk seorang. Jika datang dengan kumpulan (1 hingga 3 orang), tiket masuk jadi 15 Riyal untuk seorang.
Apabila disebut ma’radh atau pameran pasti ramai berasa kurang berminat sebab ia lebih bersifat informasi semata-mata dan bukan infotainment.
Namun Ma’radh Wahyi ini berbeza kerana memaparkan info dengan menggunakan teknik audio visual dan lighting (pencahayaan) yang amat menarik.
Ma’radh Wahyi ini memaparkan kisah perjalanan dakwah Islam di muka bumi bermula dengan Nabi Adam AS hingga Nabi Muhammad SAW.
Dengan kata lain, ia penceritaan tentang kisah para Nabi AS dalam bentuk baharu seolah-olah kita berada dalam kisah tersebut.
Jemaah Haji & Umrah
Pengunjung Ma’radh Wahyi dibawa ke dalam bilik suram berbentuk gua dan menonton skrin besar tentang kisah para Nabi AS seperti Nabi Adam AS, Nabi Musa AS, Nabi Isa AS, Nabi Ibrahim AS dan kemunculan agama Jahiliah di kota Makkah.
Setiap kisah yang dipaparkan di skrin besar dalam bentuk animasi membawa kita berada pada zaman itu.
Jika kita pernah dengar ungkapan “Kembali kepada zaman dahulu”. Nah! Sekarang kita kembali kepada zaman dahulu.
Kemudian pengunjung di bawa ke bilik tontonan lain yang menceritakan tentang Kaabah dan kehidupan Arab jahiliah yang rosak daripada agama tauhid yang sebenar.
Bilik ini juga memaparkan kisah pada skrin lengkung yang lebih panjang. Jika selama ini kita lihat skrin begini dalam iklan, sekarang kita merasainya sendiri. Amat menarik!
Di tengah-tengah bilik tontonan ada peta geografikal kawasan Makkah dan dan Madinah.
Menggunakan skrin lengkung memberi impak lebih menarik.
Tapi Jarang Diceritakan
Di antara kisah yang dipaparkan ialah kisah Abrahah, yang ingin menghancurkan kaabah dengan tentera bergajah.
Namun dengan kuasa Allah, gajah tidak mahu bergerak ke arah kaabah dan Allah menghantar burung Ababil yang melemparkan batu kecil sebesar kacang Adas (kacang dal) untuk memusnahkan tentera Abrahah. Raja Abrahah mati dalam kehinaan.
Kemudian dipaparkan kisah Nabi Muhammad SAW menerima wahyu di Gua hira’.
Syeikh Said Al-Kamali di Replika Gua Hira’.
Dipaparkan pada peta geografikal, laluan Nabi SAW berjalan ke Gua Hira yang terletak 4km dari Makkah dan kemudian Baginda SAW mendaki Jabal Nur untuk beruzlah di Gua Hira’.
Di sini kita nampak betapa kuatnya mujahadah Nabi SAW mencari hidayah Allah dan beruzlah di situ sepanjang bulan Ramadhan.
Mungkin selama kita kita berasa Gua hira’ itu bagaikan di belakang Masjid Haram sahaja. Tidak, Gua Hira terletak 4 km dari Masjid Haram.
Kemudian pengunjung di bawa ke bahagian replika Gua Hira’. Ada dua replika Gua Hira’ disediakan. Bentuk Gua Hira dan batu dibina sebijik macam Gua Hira’ yang sebenar. Ia bukan gabus ringan tetapi mungkin campuran konkrit membentuk seperti batu-batu yang berada di Gua Hira.
Dengan kata lain, jemaah tidak perlu untuk mendaki Jabal Nur untuk melihat Gua Hira’. Cukup dengan melawat Ma’radh ini sahaja.
Jangan Lupa Singgah
Saya amat menggalakkan jemaah umrah atau haji melawat Ma’radh Wahyi ini agar dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan keimanan kita tentang kisah para Nabi AS dan perjuangan Nabi SAW.
Peminat audio visual juga wajib melawat tempat ini kerana ia memberi pengalaman yang baharu.
Oh ya, bersebelahan Ma’radh Wahyi ada Ma’radh Darb Makkah (Pameran perjalanan Makkah).
Masuk adalah percuma. Pameran ini memaparkan tentang perjalanan jemaah haji dan tentang Masjid Haram Makkah.
Pengalaman Berharga
Sebelum masuk ke Ma’radh Darb Makkah, penganjur bina khemah orang Badwi. Di situ di sediakan Gahwah Arabi (Kopi Arab) dan buah kurma dengan percuma.
Kita juga boleh bergambar seolah-olah kita berada di khemah orang Badwi. Padu!
Perlu ingat cara minum Kopi Arab yang sebenar ialah dengan minum Kopi Arab sedikit kemudian gigit kurma sedikit. Baharulah sedap!
Jika travel agensi tidak bawa jemaah ke Ma’radh Wahyi ini, jemaah boleh pergi sendiri dengan Uber atau Careem.
Tetapi semasa pulang, bateri handphone habis, jadi saya tahan teksi putih “Ujrah”. Tambang 40 riyal sahaja.
Jangan bimbang sebab dekat sini teksi banyak sebab laluan menuju Masjid Haram.
Maaf Jika saya cakap jemaah yang tidak pergi melawat Ma’radh Wahyi ini adalah satu kerugian.
Tindik hidung antara trend yang diikuti ramai tak kira umur dan jantina. Ia dibuat demi menonjolkan identiti, gaya diri atau sekadar mengikuti tren.Semua tahu...