‘Ingin berubah bukan sekadar menutup aurat.’ Julia Farhana cuba jaga pertuturan, bersihkan hati dan jaga solat. Malahan tindakan selebriti ini memadam semua gambar tidak berhijab di akaun Instagramnya juga harus dipuji.
Benarlah bila sampai waktu dan ketika, manusia akan berubah menjadi lebih baik dengan izin Yang Maha Esa. Paling penting kita sentiasa berusaha menjadi manusia yang lebih baik.
Artikel Berkaitan:
Memetik laporan Harian Metro, pelakon, Julia Farhana Marin, 28, mengakui hatinya berasa sangat tenang dan lebih dekat dengan Allah SWT sejak mula bertudung beberapa hari lalu.
Menurut pelakon berdarah kacukan Melayu-Itali ini, dia memutuskan untuk bertudung tanpa paksaan atau permintaan daripada sesiapa pun.
“Alhamdulillah, saya ikhlas bertudung kerana Allah. Pada mulanya, saya berniat untuk bertudung pada bulan Ramadan yang bakal tiba nanti.
‘Tetapi akhirnya saya putuskan untuk terus mengenakan tudung dari sekarang. Doakan saya untuk terus kekal istiqomah dengan penampilan baru ini,” katanya.
Dalam masaa yang sama, tambah pelakon filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang itu, suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32, paling banyak memberi dorongan kepadanya untuk berubah dan mendalami agama Islam sebelum mereka berkahwin lagi.
“Suamilah orang yang paling gembira bila melihat penghijrahan saya ini. Saya bersyukur kerana suami sangat memahami dan dia tidak pernah letak syarat untuk bertudung bila sudah berkahwin. Semuanya berlaku secara berperingkat bermula dari pakaian.
“Suami banyak memberi bimbingan dari segi tanggungjawab sebagai wanita Islam dengan menutup aurat, menjaga solat lima waktu dan membaca al-Quran,” katanya.
Mengulas mengenai gambar lamanya ketika belum bertudung, Julia berkata, dia sudah memadam semuanya di Instagram.
“Saya putuskan untuk memadam semua gambar tidak bertudung kerana tidak mahu ia membawa kembali ke zaman silam.
“Saya mahu berubah bukan sekadar menutup aurat saja, tetapi dari pelbagai aspek lain seperti pertuturan, bersihkan hati, menjaga solat dan hubungan dengan orang sekeliling,” katanya.
Baca Di Sini:
Wanita Wajib Menutup Aurat, Inilah Surah-Surah Dalam Al-Quran Yang Menjelaskannya
Kashoorga: Tahniah Julia Farhana, semoga kekal istiqamah.
Sumber: Harian Metro, Instagram Julia Farhana
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.