Seperti yang kita Tahu, masuknya bulan Ramadan Allah menjanjikan ganjaran berlipat ganda kepada seluruh umatNya.
Malah pada bulan mulia inilah ramai yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan dan mengumpul pahala sebanyak mungkin sebelum berakhirnya Ramadan.
Jadi sebaik kita bangun untuk sahur teruskan hingga waktu berbuka puasa untuk melipatgandakan pelbagai bentuk amalan dalam mengumpul pahala berterusan.
Seperti perkongsian pengguna laman sosial twitter menggunakan nama akaun @tufairies
yang memberitahu 13 perkara dibuat bermula azan Subuh sehinggalah sebelum bangun dari tikar sejadah.– Solat sunat sebelum Subuh 2 rakaat. Ia lebih baik dari dunia dan seisinya [Al-Hadith].
– Solat Subuh berjemaah. Ia 27 kali ganda lebih baik daripada solat bersendirian [Al-Hadith].
– Membaca ‘Allāhumma ajirnā minannār’ sebanyak 3 kali.
– Membaca ‘Allāhumma antassalām wa minkassalām wa ilaika ya’ūdussalām hayyinā rabbanā bissalām wa adkhilnal jannata dārassalām tabārakta rabanā wa ta’ālaita yā zal jalāli wal ikrām’ sebanyak sekali.
– Membaca ‘Lā iläha illallāhu wahdahū lā syarīka lah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alā kulli syai in qadīr’ sebanyak sekali. Allah akan ampunkan dosa walau sebanyak buih di lautan [Al-Hadith].
– Berdoa.
Selepas itu barulah bangkit dari tikar sejadah untuk buat apa saja urusan harian.
Ajarkan semua ini step by step kepada isteri dan anak-anak. Nanti bila sudah tidak bersama, masing-masing boleh amalkan.
Semoga anda semua dapat ilmu yang bermanfaat hari ini. InsyaAllah.