Wanita ini diumpamakan kaum yang mempunyai sikap lemah lembut, mudah sensitif dan mahu dimanja lebih-lebih lagi dengan pasangannya.

Namun jika mereka merajuk, adakah pasangan akan perasan apa yang membuatkan hati mereka jadi terluka.

Kaum wanita memng suka memendam saja perasaan itu kerana menjadi sikap mereka untuk hanya menurut kata suami.

Jika dibiarkan masalah ini dipendam boleh membuatkan api kemarahan sampai ke kemuncak. Jangan disebabkan rasa ego pasangan itu terutama para suami boleh menyebabkan hubungan jadi beraantakan.

Kaum lelaki kena ambil tahu apa perkara yang menyebabkan sikap mereka ini (yang sering dilakukan) tidak disukai oleh kaum wanita.

Ini Antara 10 Sikap Lelaki Yang Tidak Disukai Wanita, Jangan Buat Kalau Tak Nak Mereka Merajuk
Jagalah hati wanita sebaiknya.

1. Meninggikan Suara

Lelaki memgn mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah. Meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tidak elok kerana wanita tidak suka dimarah begitu.

Ads

2. Pengotor

Segelintir lelaki tidak menyedari diri mereka ini ada yang pengotor. Seperti contoh meludah atau membuang kahak merata-rata. Ada juga yang jarang membasuh seluar, pakai baju sama berulang kali tanpa basuh sehinggakan badan sudah berbau seperti orang tidak mandi seminggu.

3. Suka Mengongkong

Lelaki yang suka kontrol, semua benda yang tak kena di matanya. Segala gerak-geri kekasih dikawal. Kalau isterinya nak keluar ke kedai pun kena report dahulu, kalau tidak boleh tercetusnya pergaduhan.

4. Ego Yang Tinggi

Ini adalah masalah yang paling merimaskan oleh wanita. Keegoan lelaki memang tidak dapat dipisahkan. Dengan sikap ini membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin wanita. Tidak salah mempunyai ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.

Ads

5. Gemar Menipu

Lelaki juga suka memberikan alasan yang tidak munasabah, ada saja alasan yang hendak di berikan. Sanggup memungkiri janji dan memberi alasan yang mereka mempunyai masalah yang tidak dapat di elakkan padahal mereka enggan melaksanakan janji mereka. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana wanita lebih menghormati anda yang memiliki sifat jujur.

Ini Antara 10 Sikap Lelaki Yang Tidak Disukai Wanita, Jangan Buat Kalau Tak Nak Mereka Merajuk
Bersikap cemburu antara sikap tidak disukai wanita.

6. Bersikap Panas Baran

Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri lelaki itu sendiri tapi tetap menyalahkan orang lain. Ada yang sampai sepak terajang bila tengah marah. Ini yang membuatkan kaum wanita fobia jika terdapat lelaki yang panas baran. Cubalah untuk kawal sikap panas baran ini.

7. Cemburu Buta

Orang kata cemburu itu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal tentu rasa tidak selesa juga. Harus diingatkan, bukan semua perempuan suka lelaki yang kuat cemburu. Boleh kalau nak cemburu tapi janganlah sampai cemburu buta.

Ads

8. Pentingkan Diri Sendiri

Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa pedulikan pasangannya. Mereka ini juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan isterinya sendiri.

9. Kurang Memberi Perhatian

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa. Tidak ambil kisah hal isterinya. Kaum wanita ini sebenarnya bukan minta diberi perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat wanita ingin disayangi.

10. Tidak Tahu Menghargai

Ada lelaki yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala tunjukkan sikap anda yang menghargai wanita dengan memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali wanita itu cuba berbuat sesuatu untuk anda.

KREDIT: BORAK.COM

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI