Kecoh di media sosial Gurun Sahara dan Arab Saudi turun salji. Sebagai mana diketahui, Gurun Saharamerupakan gurun panas terbesar di dunia dengan keluasan 9,400,000 km persegi. Perkataan Sahara berasal daripada perkataan Arab – ( صحراء (bantuan·maklumat)) – yang bermaksud padang pasir.
Sebagai gurun panas, apabila Gurun Sahara turun salji ia merupakan berita dianggap istimewa dan ada mengaitkannya dengan akhir zaman, petanda untuk kiamat berlaku.
Kala ini Sahara diselimuti salji setebal 40 sentimeter. Hal ini terjadi akibat perubahan cuaca ekstrem. Para ahli pakar menyatakan bahawa fenomena salji lebat ini juga disebabkan kerana terjadinya ribut kuat sehingga 120 batu sejam dari Laut Merah mendorong udara sejuk menuju jauh ke Selatan.
Fenomena ini adalah disebabkan Selatan Eropah sedang mengalami suhu dingin di mana wilayah Selatan Arab berhampiran dengan negara-negara Selatan Eropah sedang mengalami perubahan cuaca. Tekanan tersebut menyebabkan udara dingin bergerak dari Afrika Utara ke Gurun Sahara. Kerana fenomena inilah Gurun Sahara dan Arab Saudi mengalami salji sebagai dikecohkan.
Ads
Untuk makluman semua, fenomena salji turun di Gurun Sahara dan Arab Saudi bukan kali pertama berlaku dan ia bukan fenomena terlalu aneh. Gurun Sahara diliputi salji ini pernah berlaku pada tahun 1979, 2016, dan 2017.
Manakala salji di Arab Saudi juga bukan kali pertama terjadi terutama di Tabuk, Arab Saudi. Jika mengatakan salji turun di Makkah atau Madinah, ia mungkin agak mustahil kerana fenomena ini tidak pernah berlaku tetapi di Tabuk, Arab Saudi. Malah ia juga bukan kali pertama tapi sudah banyak kali iaitu pada tahun 2016.
Ads
Perubahan cuaca ekstrem ini mengakibatkan dunia mengalami perubahan. Malah salji turun di Arab Saudi bukanlah perkara pelik kerana kejadian sama pernah dilaporkan berlaku pada April 2019.
Ahli Meteorologi Kanan AccuWeather, Eric Leister berkata, salji berkenaan terhasil akibat ribut yang beredar dari selatan Eropah.
Ads
“Ribut yang kuat berlaku di selatan Eropah dan Mediterranean serta menuju ke Timur Tengah minggu lalu, menolak udara sejuk ke benua berkenaan yang menghasilkan salji. Ia bukanlah perkara gila untuk mereka menerima salji, ia hanya cuaca kering,” katanya.
Ribut yang sama juga menyebabkan berlakunya banjir besar dan runtuhan salji di Iran, Pakistan dan Afghanistan.
Jadi janganlah menganggap turunnya salji ini adalah petanda akhir kiamat kerana ia hanya perubahan cuaca sahaja. Apa yang penting, kita menguatkan iman kita dan menjaga tingkah laku kita agar apa saja terjadi, iman kita tetap kukuh.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jika seminggu lalu, negara menerima khabar duka pemergian Tok Al-Quran dan Taranum negara, Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar yang aktiv menyampaikan ilmu al-Quran melalui pelbagai saluran sebagai pembimbing rancangan Jom Taranum di TV9 dan rancangan Tartil di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) kini ayahandanya, Tuan Guru Dato' Hj. Nik Jaafar bin Nik Ismail menyusul pula pada 23 Mac lalu. Berselang seminggu selepas pemergiannya.
Berita duka ini dikongsikan oleh bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri di fbnya.
Tulisnya, salam takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Guru Dato' Hj. Nik Jaafar bin Nik Ismail yang telah kembali ke rahmatullah pada 23 Mac 2022. Pemergiannya menyusuli anakanda beliau, Allahyarham Ustaz Nik Azizan bin Dato' Nik Jaafar yang kembali ke rahmatullah pada 16 Mac 2022.
Saya mengenali Allahyarham sebagai seorang tokoh al-Quran dan guru tarannum yang disegani bukan sahaja di peringkat kebangsaan, bahkan juga antarabangsa.
Atas sumbangannya yang besar dalam bidang al-Qur’an, beliau dinobatkan sebagai Tokoh Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M.
Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya ke atas beliau dan anakandanya serta ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.
Dalam pada itu, pemergian bekas tokoh anugerah perdana ini, turut dikongsi oleh anak-anak muridnya yang memaklumkan arwah dijemput Illahi pada jam 5.30 petang 23 Mac lalu.
Kehilangan ini antara yang paling besar buat semua kerana perginya seorang tokoh yang sangat terkemuka dan berjasa terhadap dunia Majlis Tilawah Al-Quran di Malaysia selama ini.
Semoga jasa dan bakti beliau semasa hayatnya menjadi timbangan amalan kebaikan buatnya di alam seterusnya. Semoga Allah mengampuni beliau dan menempatkan beliau bersama roh-roh para solihin dan ahlul Quran.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Viral di media sosial apabila seorang kanak-kanak lelaki dituduh mencuri duit orang kerana kemiskinannya walau dia tidak mencurinya yang dikongsi oleh My Fund Action. Kata adik Akid, dia perlu bekerja di masjid untuk mendapatkan upah sekitar RM6 untuk membeli makanan berbuka kerana keluarganya miskin.
Tangisannya cukup meruntun hati rakyat Malaysia kerana bukan saja perlu bekerja tetapi keadaan rumah didiaminya juga sangat usang, sudah berlubang atapnya di sana sini termasuk ruang tandas yang hanya ditutupi kain.
Alhamdulillah, Allah bersama hambaNya dan tangisan rintihannya itu didengari oleh Ustaz Ebit Lew yang terkenal pantas membuat kerja tanpa mengikut apa-apa prosedur atau protokol.
Adik Akid menangis ye. Jangan sedih. Kita ada Allah.Rumahnya akan diganti baru dan semua barang-barang sudah dibeli
Dalam satu perkongsian di fbnya, Ustaz Ebit Lew yang dilihat memeluk Adik Akid menyabarkan anak kecil ini dengan mengatakan kita ada Allah sekaligus menyelesaikan masalah rumah usang di dudukinya yang mana akan terus dibaiki.Semua masalah adik Akid selesai dalam masa dua jam.
Kongsinya :-
Adik Akid menangis ye. Jangan sedih. Kita ada Allah.
Syukur kami akan bina rumah baru untuk Akid. Terus beli semua barang untuk buat rumah baru. Dua jam selesai beli dan bayar semua barang untuk buat rumah.
Selepas Subuh terus keluar rumah. 7.30 pagi tadi terus fly dari Subang ke Kota Bharu. Terus ke rumah adik Akid.
Adik Akid kenapa menangis? Saya tak sangka ustaz datang rumah saya. Saya suka sangat dekat ustaz. Selalu tolong orang. Saya nak tolong orang macam ustaz.
Saya orang biasa je adik. Adik orang baik. Allah sayang adik. Ramai orang ambil berat pasal adik. Semua orang sayang adik.
.
Tadi pun semua ada bersama. Terima kasih Penghulu, orang kampung, Imam, Ngo lain,kak Raja Anita, Abang Amran. Terima kasih My Fund Action viralkan video. Terima kasih Kru @PertubuhanKasihUmatMalaysia
Akan tiba satu zaman, manusia tidak mempedulikan hal ehwal halal dan haram sama ada dalam bentuk makanan atau minuman, harta yang diperoleh, kelakuan dan percakapan.
Perkara ini berdasarkan sabda Baginda Nabi SAW, daripada Abu Hurairah RA maksudnya: “Pasti akan datang suatu zaman di mana manusia tidak lagi mempedulikan dari mana hartanya diperoleh, apakah dari jalan yang halal atau haram? (Hadis Riwayat al-Bukhari, Hadis no: 2083)
Dan ternyata zaman itu sudah tiba kerana dapat dilihat manusia sudah tidak mempedulikan dari mana wang mereka peroleh termasuk isu rasuah yang berleluasa hingga rakyat bebas memperli pemimpin yang dilihat tidak jujur di media sosial.
Satu perkongsian dari pendakwah Firdaus Wong Wai Hung di fbnya di mana dirinya berkongsi pernah ditawarkan RM2 juta asalkan dirinya mengubah caranya berdakwah dan tidak bercakap tentang perbandingan agama & tidak menjawab syubhah terhadap Islam.
Bacalah perkongsian dan lihat betapa duit mampu membeli manusia yang tamak namun manusia yang berprinsip dan takut kepada Allah akan menolaknya walau nilainya sangat banyak.
Prinsip Untuk Dijual
Pada Februari 2017, saya dihubungi setiausaha kepada seorang VVVIP di Malaysia mengatakan VVVIP tersebut mahu berjumpa dengan saya.
Tiba pada hari yang dijanjikan, saya pergi ke pejabatnya yang canggih & begitu ketat ciri-curi keselamatannya sehingga kan nak masuk ke pejabatnya pun saya kena melalui pintu yang hanya boleh diakses dengan cap jari beberapa individu tertentu sahaja.
Perjumpaan kami berlangsung hampir sejam. Beliau tahu serba sedikit tentang usaha dakwah & kebajikan kami di Multiracial Reverted Muslims – MRM & beliau menawarkan satu bangunan di bandaraya Kuala Lumpur kepada kami secara percuma.
Beliau mahu memberikan bangunan itu kepada MRM dengan syarat kami melakukan projek pemberian makanan kepada gelandangan & projek-projek kebajikan lain yang bukannya sebahagian dari visi & misi utama kami di MRM.
Maka saya secara baik menolak tawarannya walaupun projek-projek yang beliau mahu kami lakukan itu adalah baik tetapi kami tiada kepakaran & ianya bukan sebahagian dari visi & misi utama kami.
Kami risau tidak dapat melaksanakan amanah itu & kami akan ditanya oleh Allah kelak kenap kami terima tawaran yang kami tahu kami tiada kepakaran mendalam serta tidak termasuk dalam visi & misi kami.
Kami fokus perkara yang kami tahu & ada kepakaran sahaja. Kami berterima kasih kepada VVVIP tersebut atas tawaran & niat baiknya.
Pada tahun yang sama, seorang VIP juga telah menghubungi saya & ingin berjumpa. Dalam perjumpaan, beliau telah memaklumkan beliau mempunyai wang jutaan ringgit & beliau boleh memberikan RM2juta kepada MRM untuk dakwah tetapi bersyarat. Apakah syaratnya?
Syarat beliau adalah agar MRM mengubah cara berdakwah dengan tidak bercakap tentang perbandingan agama & tidak menjawab syubhah terhadap Islam.
Sekali lagi saya mewakili MRM menolak tawaran RM2juta beliau dengan baik kerana permintaannya itu tidak dapat kami penuhi kerana bercanggah dengan visi & misi kami di MRM. Ada yang mungkin berkata;
“Bro, RM2juta tu? Siapa nak bagi? Apa salahnya ubah sikit pendekatan dakwah tu kerana dengan ubah pendekatan boleh dapat RM2juta!”
Atau mungkin berkata;
“Alahai Bro, setuju dulu & ambillah duit tu dulu. Lepas ambil duit tu, Bro teruskan ajelah dengan bisi & misi Bro tu.”
Mungkin juga ada yang akan kata kami bodoh kerana terlepas RM2juta kerana enggan mengubah pendekatan dakwah kami. Ya mungkin kami bodoh kerana enggan mengubah pendekatan untuk mendapatkan RM2juta tersebut tetapi apa kami nak jawab di depan Allah apabila kami memungkiri janji kami kepada VIP tersebut ketika menerima sumbangannnya? Kami tidak pula mahu memiliki apatah lagi menjadi munafik dengan berjanji tetapi tidak menepatinya? Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam bersabda;
“Tanda orang munafik itu ada tiga, (1) jika berbicara berdusta; (2) jika berjanji maka tidak menepati; dan (3) jika diberi amanah, dia berkhianat.” (HR. Bukhari no. 33 dan Muslim no. 59)
Apabila kami telah bersetuju atau berjanji untuk memikul amanah, maka menjadi kewajipan kami untuk melaksanakan perjanjian itu selagi mana perjanjian itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam bersabda;
“Tunaikanlah amanah kepada orang yang menitipkan amanah padamu.” (HR. Abu Daud no. 3535 dan At Tirmidzi no. 1624, hasan shahih)
Satu pesanan yang hampir sama dari Sheikh Hussain Yee & Dr. Zakir Naik kepada saya; “Firdaus, dont change your principle just because someone offer you money. Our principle are more important than money. If we willing to change our principle because of money, there is no value in us as a daie & Muslim. As long as the principle is not against Quran & Sunnah, stick to it and do your best to live up to it.”
Mudah berbicara tentang prinsip tetapi hanya dengan kekuatan dari Allah kita mampu teguh di atas prinsip. Prinsip memerlukan kita menahan diri dari godaan harta & kedudukan.
Tidak mengapa tidak dapat harta & duit kerana berpegang pada prinsip. Allah Al Ghani (Yang Maha Kaya) & kita sebagai Abdul Ghani (Hamba Yang Maha Kaya) tidak perlu takut miskin.
Yang perlu kita takut adalah miskin jiwa & prinsip. Semoga Allah kurniakan kekuatan buat kita semua teguh atas prinsip yang benar berpandukan Quran & Sunnah. Allahuma Ameen
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dalam Islam seorang isteri dilarang untuk keluar dari rumah tanpa mendapat keizinan daripada suaminya terlebih dahulu.Bagaimanapun timbul persoalan adakah pengecualian dalam larangan itu? Sebagai...