TABUNG

Dalam musim PKP dan dalam masa sama kita sedang berpuasa di bulan Ramadan. Dan kini hanya tinggal 10 hari sahaja lagi sebelum menjelangnya Syawal.

Ramai antara kita ternanti-nanti detik Malam lailatul Qadar. Adakakah kita insan bertuah yang akan menemui malam yang lebih baik dari malam sebelumnya.

Dan pastinya 10 malam terkahir ini kita digalakkan untuk melakukan pelbagai amal ibadah serta bersedekah.

Perkongsian di laman sosial Facebook Ayunie Anuar memberitahu cara untuk mengumpul Tabung Lailatul Qadar.

Ini Caranya Mengumpul Tabung Lailatul Qadar, Galak Seluruh Ahli Keluarga Bersedekah Cari Pahala Berganda

TABUNG LAILATULQADR

IKLAN

Hasil berforum semalam dgn Ustaz Azian (bekas imam Masjid USJ9), beliau cadangkan satu idea yg sangat menarik, praktikal dan menguntungkan.

Salah satu cara mudah utk “mengena” amalan sedekah kita di malam Lailatul Qadar ialah dgn menyediakan Tabung Lailatul Qadar.

Kemudian minta semua ahli keluarga utk menyumbang sejumlah wang ke dalam tu SETIAP malam esp di 10 malam terakhir Ramadhan. Jangan putus, setiap hari masukkan walaupun seringgit.

Niatkan bahawa bila habis Ramadhan nanti, hasil kumpulan dlm tabung itu akan diserahlan kpd pihak yg layak (anak yatim, asnaf, masjid dsb.) Tak perlu serah sekarang. Boleh tunggu kemudian.

IKLAN

Tapi deposit setiap malam. Jika terkena deposit kita pada Lailatul Qadar, pahalanya LEBIH BAIK dari seribu bulan. Bukan sama, tapi lebih baik!

Ini Caranya Mengumpul Tabung Lailatul Qadar, Galak Seluruh Ahli Keluarga Bersedekah Cari Pahala BergandaNote: of course boleh aje bagi infaq direct setiap malam (eg secara online). Tabung ni lebih utk mengajak ahli keluarga esp anak2 kecil utk turut sama bersedekah.

Contoh pengiraan kasar ikut Maths moden jika terdeposit hanya RM1:

RM1 x 1000 bulan x 30 hari = RM30K. Kalu nak nilai RM1juta, boleh deposit RM33 sehari.

IKLAN

Saya dah sediakan tabungvtersebut utk keluarga saya. Jom semua pakat sediakan juga, dan KONGSI gambar tabung anda dan ayat penerangan di atas utk menggalakkan rakan2 FB anda buat juga.

Saya izinkan copy/paste & share, termasuk gambar sekali. Semoga usaha kita mendapat bantuan Allah utk menemui Lailatul Qadar tahun ini.

Mohon betulkan kalau salah. KONGSI2KAN!

Copy paste from

Zaid Mohamad
Coach Smart Parenting Malaysia.
18 Ramadhan.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI