Setiap hari hari kita melihat wajahnya di kaca televisyen memberi perkembangan terkini mengenai wabak COVID-19. Beliau dilihat begitu tenang menjawab setiap pertanyaan dari pihak media.
Itulah keperibadian Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang tidak pernah jemu bekerja bersama barisan frontliner dalam menangangi wabak pandemik ini.
Semalam beliau telah disenaraikan dalam tiga doktor terbaik dan diyakini di dunia atas usahanya menangani wabak ini di negara ini.
Pengiktirafan itu diberikan oleh sebuah stesen televisyen China, Global TV Network yang turut menyenaraikan Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.
Ads
Ketiga-tiga mereka menerima pujian masyarakat sejak beberapa minggu ini kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang ramai di negara masing-masing ketika panik melanda akibat penularan wabak berkenaan.
Ads
Dr. Noor Hisham, 56 tahun, yang memegang jawatan Ketua Pengarah sejak 2013, dilabel sebagai individu paling dipercayai oleh rakyat Malaysia kerana kekerapannya mengemas kini situasi semasa berkenaan COVID-19 di platform media sosial.
Beliau juga dipuji kerana sentiasa sabar menjawab apa sahaja persoalan yang diajukan wartawan semasa sidang media.
Ads
Dr. Fauci dan Dr. Bloomfield juga disifatkan sebagai individu berpengaruh di negara masing-masing apabila secara konsisten mengemas kini maklumat terbaharu, selain sering dilihat bertugas dalam tempoh masa yang lama.
Bacaan Surah Yasin bukan saja elok dibaca ketika menziarah orag sakit atau disedekahkan kepada orang yang meninggal dunia, tetapi juga banyak fadhilat lain yang terkandung di dalamnya.
Salah satunya ayat 58 dari Surah Yasin yang boleh dijadikan penyembuh untuk penyakit berjangkit.
Sangat bermanfaat untuk kita amalkan jika mengalami masalah batuk, selesema atau antobodi lemah.
Hanya sepotong ayat pendek tetapi ada cara untuk membacanya. Digalakkan untuk membacanya 40 kali selepas solat dan insya-Allah segala penyakit dihadapi akan mendapat kesembuhan dari Allah SWT.
Inilah Kelebihan Ayat 58 Surah Yasin Penyembuh Penyakit Berjangkit
Terasa tak sihat bila kerap adakan aktiviti di luar. Pedoman oleh Ustaz Mohamad Yacob ayat penawar untuk kita amalkan. Ayat untuk sakit batuk, selesema dan antibodi badan lemah, surah YASIN (ayat 58). Amalkan dan banyakkan berdoa kepada Allah.
Fadilat kepada yang mengamalkan ayat ini : سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬ SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM’
Cara-caranya 1. Baca 40 kali setiap kali lepas solat 2. Jika selsema baca 40 kali pada air dan minum
Kita sering mengikuti majlis bacaan yaasin samada di masjid atau surau. Ia sangat berbeza jika dibandingkan dengan sewaktu kita membaca sendiri di rumah kerana ada ayat yang dibaca berulang kali sedangkan di rumah kita hanya baca sekali. Mungkin disebabkan kita sendiri tidak mengetahui tentang rahsia ayat 58 dalam surah yasin.
Kepada sesiapa yang membaca YASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat yang baik. Insyaa-Allah dengan izinnya Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua atau sebahagian hajat kita akan dikabulkan.
Baca dan bunyinya begini:
سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬ SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM’ (kepada mereka dikatakan): “Salam”, sebagai ucapan selamat daripada Tuhan Yang Maha Penyayang.
Anda bolehlah niatkan seperti berikut: 1. YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku, dosa saudara-maraku dan dosa kaum muslimin yang lain. BACA: Surat Untuk Oppa, Bukan Tulisan Anak Muda Harapan Agama 2. YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan kepadaku isteri atau suami serta anak-anak yang soleh / solehah dan mencintai agamaMu Ya Allah. 3. YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan kepadaku rezeki yang berkat, pekerjaan yang baik serta kejayaan didunia dan akhirat. 4. YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan segala hajatku dan juga pemberi maklumat yang aku perlehi ini. 5. YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat hasad dengki, khianat dan munafiq. 6. YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat islam yang beriman dengan kesihatan zahir dan batin. 7. YA-ALLAH YA-ZALJALAA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.
Kongsikan post ini agar ia dapat memberi manfaat pada orang lain. Boleh muat turun aplikasi Yasin, Tahlil & Doa Lengkap >> https://tinyurl.com/yasinlengkap
Biarpun penularan wabak COVID-19 semakin serius, namun majlis perkahwinan yang sudah dirancang perlu diteruskan memandangkan kad jemputan telah dihantar.
Masih boleh mengadakan majlis kenduri perkahwinan tetapi perlu mengambil kira beberapa perkara demi keselamatan bersama.
Dan sebagai tetamu diundang kita juga tidak mahu mengecewakan tuan rumah yang telah mengundang beberapa bulan sebelum ini.
Ini antara perkara boleh dilakukan sebagai tuan rumah dan juga tetamu yang mahu mengadakan majlis perkahwinan:
Tuan rumah/ empunya majlis
-Memandangkan virus ini mudah berjangkit melaluit ceciar dari rongga mulut dan sentuhan tangan. Anda disaran agar tak bersalaman dengan tetamu yang datang. Gantikan dengan meletakkan tangan kanan di dada belah kiri sebagai hormat kepada mereka.
-Kalau anda demam, batuk, atau selesema. Jangan berada berdekatan dengan khalayak sebaliknya anda berada pada jarak 1 meter daripada mereka.
-Kerap cuci tangan dengan sabun. Kalau mustahil nak cuci tangan selalu sebab ramai tetamu nak kena tegur, ambil hand sanitizer dan letak dalam poket selalu.
-Sediakan tempat yang cukup dan sabun untuk tetamu.
-Kalau ada duit lebih sikit, apa salahnya tuan rumah hadiahkan hand sanitizer kepada tetamu.
Sebagai orang Islam apabila berpindah ke rumah baharu, kita dinasihatkan amalkan beberapa perkara ini bagi menolak gangguan syaitan. Apakah amalan itu? Kita baca kupasan Mufti
Assalamualaikum Ustaz, Saya akan masuk rumah baharu dalam masa terdekat. Apakah amalan-amalan terbaik untuk saya lakukan, sebelum dan selepas masuk rumah baharu tersebut? Ada yang menasihati untuk baca Surah Al-Baqarah. Bolehkah saya menghabiskan bacaannya berperingkat-peringkat, contohnya saya membaca 1/3 surah hari ini, esoknya 1/3 dan lusanya 1/3? Jazakallahukhaira.
JAWAPAN: وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته Waalaikumussalam wbt, Tidak ada amalan khusus yang diperintahkan syarak ketika memasuki rumah baru. Adalah lebih baik kita berdoa supaya rumah diberkati dan kita yang mendiami rumah turut diberkati Namun begitu, jika bertujuan untuk mengharapkan keselamatan dan perlindungan dengan Allah SWT daripada kejahatan dan syaitan, maka dianjurkan kita melazimi empat perkara berikut:
1. Membaca Surah al-Baqarah
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِى تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya:
“Janganlah kamu semua menjadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surat al-Baqarah” Hadis Riwayat Muslim (780)
2. Menunaikan solat sunat keluar dan masuk rumah
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: إِذَا خَرَجْتَ مِنْ مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَخْرَجِ السُّوْءِ وَإِذَا دَخَلْتَ إِلَى مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَدْخَلِ السُّوْءِ Maksudnya: “Jika engkau (ingin) keluar dari rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat (yang dengan) dua rakaat ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika engkau masuk ke dalam rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat (yang dengan) dua rakaat ini akan menghalangimu dari keburukan yang ingin masuk ke dalam rumah.”
Hadis Riwayat al-Bazzar. Berkata Ibn Hajar al-Haythami: Rijalnya thiqah
3. Membaca bismillah, berzikir dan berdoa ketika membuka dan menutup pintu
Daripada Jabir bin Abdillah R.Anhuma, Nabi SAW bersabda: إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ فَذَكَرَ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ، وَعِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: لَا مَبِيتَ لَكُمْ وَلَا عَشَاءَ، وَإِذَا دَخَلَ فَلَمْ يُذْكَرِ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ Maksudnya:“Apabila seseorng masuk ke dalam rumah lalu dia mengingati Allah ketika masuk, dan ketika makan, maka syaitan akan berkata: ‘Tidak ada tempat menginap dan tidak ada makan malam.’ Tapi apabila dia tidak mengingati Allah ketika masuk, maka syaitan berkata: ‘Kalian mendapatkan tempat menginap’.”
Hadis Riwayat Muslim (2018), Abu Daud (3765) dan lain-lain. Juga daripada Jabir bin Abdillah R.Anhuma, Nabi SAW bersabda: وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا Maksudnya: “Tutuplah pintu, dan sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup (yang disebut nama Allah).” Hadis Riwayat Bukhari (3304) Muslim (2012) dan yang lainnya
4. Memberi salam Daripada Nafi` bahawa Abdullah bin Umar R.anhuma berkata: إِذَا دَخَلَ الْبَيْتَ غَيْرَ الْمَسْكُونِ فَلْيَقُلِ السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين. Maksudnya: “Jika engkau memasuki suatu rumah yang tidak berpenghuni maka katakanlah: Assalamu`alaina wa `ala ibaadillahis solihin – Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.”
Hadis riwayat al-Bukhari (1055) dalam al-Adab al-Mufrad. Ibn Hajar al-Asqalani berkata sanadnya hasan.
Berkenaan dengan kaifiat membaca 1/3 surah al-Baqarah seperti yang disebutkan, tidak ada masalah jika dijadual sedemikian dengan syarat tidak dijadikan kemestian. Wallahua`lam.
Selain melakukan perubatan moden untuk menyembuhkan sesuatu penyakit, terdapat juga pelbagai kaedah yang diamalkan sebagai alternatif dan ikhtiar untuk merawat penyakit.Antaranya adalah dengan perawatan...