Ini Rahsianya Dr Noor Hisham Diiktiraf Antara 3 Doktor Terbaik & Diyakini Dunia Tangani Krisis COVID-10

Share

Setiap hari hari kita melihat wajahnya di kaca televisyen memberi perkembangan terkini mengenai wabak COVID-19. Beliau dilihat begitu tenang menjawab setiap pertanyaan dari pihak media.

Itulah keperibadian Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang tidak pernah jemu bekerja bersama barisan frontliner dalam menangangi wabak pandemik ini.

Kredit Foto: KKM

Semalam beliau telah disenaraikan dalam tiga doktor terbaik dan diyakini di dunia atas usahanya menangani wabak ini di negara ini.

Pengiktirafan itu diberikan oleh sebuah stesen televisyen China, Global TV Network yang turut menyenaraikan Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.

Ketiga-tiga mereka menerima pujian masyarakat sejak beberapa minggu ini kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang ramai di negara masing-masing ketika panik melanda akibat penularan wabak berkenaan.

Dr. Noor Hisham, 56 tahun, yang memegang jawatan Ketua Pengarah sejak 2013, dilabel sebagai individu paling dipercayai oleh rakyat Malaysia kerana kekerapannya mengemas kini situasi semasa berkenaan COVID-19 di platform media sosial.

Kredit Foto: KKM

Beliau juga dipuji kerana sentiasa sabar menjawab apa sahaja persoalan yang diajukan wartawan semasa sidang media.

Dr. Fauci dan Dr. Bloomfield juga disifatkan sebagai individu berpengaruh di negara masing-masing apabila secara konsisten mengemas kini maklumat terbaharu, selain sering dilihat bertugas dalam tempoh masa yang lama.

Kredit Foto: KKM

ARTIKEL BERKAITAN: “Wajah Tampak Penat, Tapi Beliaulah Hero Kita” – Dr Noor Hisham

SUMBER: AWANI

Published by
Siti Zurina Mat Saman