Melihat kesibukan mereka yang bergelar anak seni dengan pelbagai aktiviti, tetapi tidak melupakan urusan ukhrawi.
Siapa sangka beberapa selebriti tanah air kita ini mempunyai suara yang sedap ketika melaungkan azan.
Baru-baru ini inisiatif satu saluran Youtube menyenaraikan lima artis lelaki Malaysia yang sangat merdu kala melaungkan azan dengan suara yang merdu.
Biarpun sibuk dengan urusan duniawi, namun mereka ini tidak sesekali melupakan aspek ukhrawi.
Malah azan yang dilaungkan memberi keinsafan tika mendengarnya. Boleh meremang bulu roma mendengar azan yang biasanya dilaungkan oleh bilal di masjid.
Antara lima artis yang dikatakan mempunyai suara merdu tika melaungkan azan adalah Hazama, Johan As’ari, Alif Satar, Faizal Tahir dan juga Sharul Kamal.
Dalam artikel disiarkan Harian Metro ketika bertanyakan artis terbabit, masing-masing gembira dan berterima kasih kepada pengendali saluran terbabit serta peminat yang memberikan sokongan terhadap usaha dilakukan.
Johan, 33, ketika dihubungi berkata, dia melaungkan azan secara spontan di sebuah masjid di Kulim, Kedah, ketika itu.
“Saya dapat jemputan ke sana. Apabila berada di situ, ahli kariah masjid terbabit minta saya azan. Walaupun terkejut saya tak nak menghampakan permintaan mereka. Perasaan gemuruh sudah tentu ada kerana saya tak sangka orang masjid minta laungkan azan waktu itu.
Ads
“Alhamdulillah, itulah pengalaman. Mereka tahu saya boleh azan mungkin kerana latar belakang saya yang pernah belajar di sekolah pondok,” katanya.
Johan yang pernah menjadi naib juara dalam pertandingan azan di Kolej Universiti Islam Melaka berkata, dia sememangnya suka melaungkan azan dan bukan mahu menunjuk-nunjuk.
“Kalau di masjid apabila tengok saja mikrofon, saya pasti nak azan. Rasa teringin sangat kalau dapat azan. Itu memang sifat saya. Jika sekiranya dijemput untuk azan, saya sangat gembira dan berbesar hati sambut pelawaan itu,” katanya.
Bagi Hazama, 35, dia belum layak menjadi bilal kerana mempunyai banyak kekurangan.
“Azan itu dilaungkan kerana saya berlakon dalam telefilem Rock Sangkut dan filem Tiada Tajuk arahan Mawi. Apa yang dilakukan adalah kerana tuntutan watak. Kalau saya sendiri sengaja nak buat, rasanya memang tak layak.
“Untuk proses ini, saya banyak dibimbing oleh Mawi. Dia banyak bagi kata-kata sokongan dan kata saya boleh buat. Mawi pun mahir dalam bab begini,” katanya.
Ads
Menurutnya, rakaman azan yang dibuat di studio itu mengambil masa agak lama untuk disiapkan.
“Azan lebih susah berbanding menyanyi. Tenaga untuk habiskan azan sebenarnya lebih banyak diperlukan berbanding menyanyi.
“Kadang-kadang rasa tak cukup nafas untuk habiskannya. Itulah sebab saya tak berani nak azan di depan ramai walaupun apabila pergi ke masjid, ditawarkan untuk azan.
“Bukan saya sombong tapi saya sedar saya belum layak untuk jadi bilal. Apapun saya bersyukur orang nampak benda ini positif dan terima dengan baik,” katanya.
Sharul yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 2015 (AF2015) pula mengetahuinya menerusi maklum balas peminat yang disampaikan kepadanya menerusi Instagram.
Sharul atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Amin Kamarozaman berkata, terlalu ramai peminat yang memuji serta memberikan sokongan terhadapnya apabila melakukan perkara itu.
Ads
“Pada awalnya saya tak terfikir pun ia akan menjadi tular. Ketika itu saya terbabit dengan penggambaran untuk program travelog di Mesir. Jadi, saya ambil peluang melaungkan azan dan kongsikan di laman sosial saya. Ia bukan berniat menunjuk tapi lebih kepada yang positif.
“Apabila dapat sambutan, saya rasa seronok kerana ramai kanak-kanak cuba ikut nak azan seperti yang saya lakukan,” katanya.
Sharul yang pernah menuntut di Maahad Tahfiz As Sofa, Rembau, Negeri Sembilan mengakui seronok dengan perkembangan yang berlaku.
“Ini kali pertama saya melaungkan azan dan maklum balasnya hebat. Untuk masa ini saya masih kekal dengan gaya dan cara serta karier dalam seni. Macam manapun saya takkan lupa ilmu yang dipelajari. Apa yang saya tahu, saya praktikkan. Untuk pakai kopiah itu tidaklah,” katanya.
Dalam video berdurasi 10 minit itu, ia turut memaparkan Faizal Tahir melaungkan azan di Granada, Sepanyol ketika mengikuti misi kemanusiaan di sana.
Selain itu, ia turut memaparkan Faizal membaca surah Al-Fatihah bersama kanak-kanak Syria ketika mengikuti misi kemanusiaan di sana.
Turut dipaparkan ialah Alif Satar melaungkan azan Maghrib ketika hadir ke majlis berbuka puasa di rumah anak-anak yatim serta kemampuan Alif membacakan surah al-Kahfi ayat 1 hingga 10 dengan baik.
Video yang dimuat naik sejak 14 April itu sudah mencatat kebih 1 juta tontonan dan hampir 1,500 komen.
Tonton Video Penuh Penuh:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Medium sosial menjadi perantara untuk mengetahui perkembangan terkini ataupun menyampaikan dakwah kepada mereka di alam maya.
Apatah lagi ketika musim COVID-19 ini ramai yang menggunakan medium ini untuk mendapatkan pelbagai maklumat terkini disampai pihak kerajaan.
Cara ini (menyampaikan dakwah) juga dianggap berkesan, lebih-lebih lagi orang yang membacanya menekan butang share disampaikan kepada orang lain. Secara tidak langsung dakwah tersebar dengan lebih cepat dan selamat.
Dalam perkongsian di laman sosial Instagram Bazli UNIC ada memberitahu kelebihan jika mengamalkan zikir Astaghfirullah yang boleh diamalkan setiap masa.
Bukan sahaja untuk melapangkan rezeki, tetapi juga kelebihannya mudah mendapat zuriat, menyembuhkan penyakit juga mampu menyejukkan hati isteri yang sedang marah.
1. Barangsiapa yang beristighfar pada pagi hari Jumaat sebelum menunaikan solat pagi. Dengan mengatakan “Aku memohon ampun kepada Allah, Tiada Tuhan melainkan-Nya, yang Maha Hidup, Maha Kekal Mentadbir dan aku bertaubat kepada-Nya sebanyak tiga kali. Maka Allah Taala akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.” [Riwayat Ibn al-Sunni (83)] 2. Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”
3. Dimakbulkan Permintaan & Hajat
4. Bertambah Kekuatan Jiwa dan Emosi
5. Mudah Mendapat Zuriat
6. Menyembuhkan Penyakit
7. Menyejukkan Hati Isteri yang Sedang Marah
8. Dijauhkan dari Azab & Bala
9. Ditambah Nikmat & Kekayaan
10. Memberatkan Timbangan Akhirat & Diangkat Ke Syurga
Bila rezeki sempit, duit sentiasa tak cukup. ‘ Kena tanya isteri mana tak kena. Selidik dulu dengan isteri di mana salahnya kewangan keluarga hingga saban bulan duit sentiasa tak cukup walaupun baru tengah bulan.
Jangan pula salahkan isteri itu dan ini, lagi-lagi menyalahkan isteri habiskan duit. Ingat ya wahai suami isteri itu punca rezeki suami. Baik layanan suami pada isteri maka murahlah rezeki suami.
Bila Rezeki Sempit
Sebenarnya tak dinafikan setiap rumah tangga struggle saban bulan untuk melunaskan segala hal. Namun percayalah dengan rezeki Allah.
Ikuti perkongsian Firdaus Syakirin dan hadam baik-baik apa yang cuba lelaki ini sampaikan:
Rezeki sempit, duit tak cukup, tanya isteri dekat mana yang tak kena…
Bukan salahkan isteri…
Isteri ini dia tak belajar tinggi pun dia tahu kawal perbelanjaan dia, jaga kewangan keluarga… Tak belajar akaun pun, dia tahu keluar masuk duit keluarga tu ke mana, untuk apa…
Kena Tanya Isteri
Maka, tanyalah dia…
Bila sudah tanya, kenalah terbuka untuk terima apa saja yang dia nak cakap, juga yang dia hendak tegur, yang dia hendak nasihat… mungkin antaranya adalah disebabkan gaya dan cara hidup kita…mungkin kita ini terlebih belanja pada perkara yang tak sepatutnya…
Mungkin kita ini tak solat, mungkin kita ni jarang sedekah, mungkin kita ini tak bayar zakat…
Mana Tak Kena
Mungkin juga kita terlepas pandang untuk menafkahi isteri sebab dia ada pendapatan sendiri setiap bulan…
Ada hak yang tak tertunai, ada amanah yang tak dijalankan, ada tanggungjawab yang diabaikan…sebab tu rezeki sempit, duit tak cukup… Walaupun sudah usaha, jangan lupa juga untuk bermuhasabah…
Semoga kita dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia akhirat…
Kehadiran Bujibu ini turut menambah keceriaan serta kegembiraan buat keluarga ini dengan telatahnya yang cukup sempoi hingga viral di media sosial.
Bujibu juga mempunyai follower tersendiri dan ada akaun Instagam khas untuknya. Dalam Instagram ini, baik Hanis atau Hairul akan muat naik foto Bujibu dengan kapsyen yang sangat mencuit hati.
Celebrating my baby boy’s 5th birthday, we love you so so so much @bujibuchempel . You feel the same way too but your face is stuck since the past few years so. Also I’ve learnt that kalau tak celebrate, cenggitu je lupa umur dia berapa, tiba-tiba dah sakit tua no please, ya Tuhanku panjangkan umur kesayangan kami, peneman, penceria, dan pengubat duka kami yang kau hadirkan dalam hidup kami 5 tahun yang lalu
Posting ini juga turut mendapat komen positif dari warganet. Masing-masing mendoakan kucing kesayangan keluarga ini terus membesar dengan sihat.
Selain melakukan perubatan moden untuk menyembuhkan sesuatu penyakit, terdapat juga pelbagai kaedah yang diamalkan sebagai alternatif dan ikhtiar untuk merawat penyakit.Antaranya adalah dengan perawatan...