azan

Melihat kesibukan mereka yang bergelar anak seni dengan pelbagai aktiviti, tetapi tidak melupakan urusan ukhrawi. 

Siapa sangka beberapa selebriti tanah air kita ini mempunyai suara yang sedap ketika melaungkan azan.

Baru-baru ini inisiatif satu saluran Youtube menyenaraikan lima artis lelaki Malaysia yang sangat merdu kala melaungkan azan dengan suara yang merdu.

Ini Rupanya 5 Selebriti Lelaki Tanahair Dikurnia Suara Merdu Laungkan Azan. Syahdunya Menusuk Hati!

Biarpun sibuk dengan urusan duniawi, namun mereka ini tidak sesekali melupakan aspek ukhrawi.

Malah azan yang dilaungkan memberi keinsafan tika mendengarnya. Boleh meremang bulu roma mendengar azan yang biasanya dilaungkan oleh bilal di masjid.

Antara lima artis yang dikatakan mempunyai suara merdu tika melaungkan azan adalah Hazama, Johan As’ari, Alif Satar, Faizal Tahir dan juga Sharul Kamal.

Dalam artikel disiarkan Harian Metro ketika bertanyakan artis terbabit, masing-masing gembira dan berterima kasih kepada pengendali saluran terbabit serta peminat yang memberikan sokongan terhadap usaha dilakukan.

Johan, 33, ketika dihubungi berkata, dia melaungkan azan secara spontan di sebuah masjid di Kulim, Kedah, ketika itu.

“Saya dapat jemputan ke sana. Apabila berada di situ, ahli kariah masjid terbabit minta saya azan. Walaupun terkejut saya tak nak menghampakan permintaan mereka. Perasaan gemuruh sudah tentu ada kerana saya tak sangka orang masjid minta laungkan azan waktu itu.

IKLAN

“Alhamdulillah, itulah pengalaman. Mereka tahu saya boleh azan mungkin kerana latar belakang saya yang pernah belajar di sekolah pondok,” katanya.

Johan yang pernah menjadi naib juara dalam pertandingan azan di Kolej Universiti Islam Melaka berkata, dia sememangnya suka melaungkan azan dan bukan mahu menunjuk-nunjuk.

“Kalau di masjid apabila tengok saja mikrofon, saya pasti nak azan. Rasa teringin sangat kalau dapat azan. Itu memang sifat saya. Jika sekiranya dijemput untuk azan, saya sangat gembira dan berbesar hati sambut pelawaan itu,” katanya.

Ini Rupanya 5 Selebriti Lelaki Tanahair Dikurnia Suara Merdu Laungkan Azan. Syahdunya Menusuk Hati!
“Tengok mikrofon saya pasti nak azan” – Johan Asa’ari

Bagi Hazama, 35, dia belum layak menjadi bilal kerana mempunyai banyak kekurangan.

“Azan itu dilaungkan kerana saya berlakon dalam telefilem Rock Sangkut dan filem Tiada Tajuk arahan Mawi. Apa yang dilakukan adalah kerana tuntutan watak. Kalau saya sendiri sengaja nak buat, rasanya memang tak layak.

“Untuk proses ini, saya banyak dibimbing oleh Mawi. Dia banyak bagi kata-kata sokongan dan kata saya boleh buat. Mawi pun mahir dalam bab begini,” katanya.

IKLAN

Menurutnya, rakaman azan yang dibuat di studio itu mengambil masa agak lama untuk disiapkan.

“Azan lebih susah berbanding menyanyi. Tenaga untuk habiskan azan sebenarnya lebih banyak diperlukan berbanding menyanyi.

“Kadang-kadang rasa tak cukup nafas untuk habiskannya. Itulah sebab saya tak berani nak azan di depan ramai walaupun apabila pergi ke masjid, ditawarkan untuk azan.

“Bukan saya sombong tapi saya sedar saya belum layak untuk jadi bilal. Apapun saya bersyukur orang nampak benda ini positif dan terima dengan baik,” katanya.

Ini Rupanya 5 Selebriti Lelaki Tanahair Dikurnia Suara Merdu Laungkan Azan. Syahdunya Menusuk Hati!
“Saya belum layak jadi bilal’ – Hazama

Sharul yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 2015 (AF2015) pula mengetahuinya menerusi maklum balas peminat yang disampaikan kepadanya menerusi Instagram.

Sharul atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Amin Kamarozaman berkata, terlalu ramai peminat yang memuji serta memberikan sokongan terhadapnya apabila melakukan perkara itu.

IKLAN

“Pada awalnya saya tak terfikir pun ia akan menjadi tular. Ketika itu saya terbabit dengan penggambaran untuk program travelog di Mesir. Jadi, saya ambil peluang melaungkan azan dan kongsikan di laman sosial saya. Ia bukan berniat menunjuk tapi lebih kepada yang positif.

“Apabila dapat sambutan, saya rasa seronok kerana ramai kanak-kanak cuba ikut nak azan seperti yang saya lakukan,” katanya.

Sharul yang pernah menuntut di Maahad Tahfiz As Sofa, Rembau, Negeri Sembilan mengakui seronok dengan perkembangan yang berlaku.

“Ini kali pertama saya melaungkan azan dan maklum balasnya hebat. Untuk masa ini saya masih kekal dengan gaya dan cara serta karier dalam seni. Macam manapun saya takkan lupa ilmu yang dipelajari. Apa yang saya tahu, saya praktikkan. Untuk pakai kopiah itu tidaklah,” katanya.

Ini Rupanya 5 Selebriti Lelaki Tanahair Dikurnia Suara Merdu Laungkan Azan. Syahdunya Menusuk Hati!
Sharul Kamal Pernah menuntut di Maahad Tahfiz As Sofa, Rembau, Negeri Sembilan.

Dalam video berdurasi 10 minit itu, ia turut memaparkan Faizal Tahir melaungkan azan di Granada, Sepanyol ketika mengikuti misi kemanusiaan di sana.

Selain itu, ia turut memaparkan Faizal membaca surah Al-Fatihah bersama kanak-kanak Syria ketika mengikuti misi kemanusiaan di sana.

Ini Rupanya 5 Selebriti Lelaki Tanahair Dikurnia Suara Merdu Laungkan Azan. Syahdunya Menusuk Hati!
Faizal Tahir melaungkan azan di Sepanyol.

Turut dipaparkan ialah Alif Satar melaungkan azan Maghrib ketika hadir ke majlis berbuka puasa di rumah anak-anak yatim serta kemampuan Alif membacakan surah al-Kahfi ayat 1 hingga 10 dengan baik.

Video yang dimuat naik sejak 14 April itu sudah mencatat kebih 1 juta tontonan dan hampir 1,500 komen.

Ini Rupanya 5 Selebriti Lelaki Tanahair Dikurnia Suara Merdu Laungkan Azan. Syahdunya Menusuk Hati!
Alif Satar pernah laungkan azan ketika majlis buka puasa anak yatim.

Tonton Video Penuh Penuh:

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI