Islam itu sebenarnya satu agama yang sangat indah. Malah dalam Islam itu di setiap sisinya mempunyai adab.
Tidak kiralah ketika kira mahu tidur, makan, masuk kenderaan dan sebagainya.
Dengan adab yang diajarkan ini menjadikan kehidupan setiap insan itu jadi lebih teratur dan sempurna. Malah untuk masak nasi pun ada, cara ini boleh kita praktikkan.
1. Pastikan anda dalam keadaan bersih dan sebaiknya ketika memasak nasi. Satu hal lagi, pastikan anda dalam keadaan tenang dan tidak marah. Ia bertujuan mengelak anda memasak dalam keadaan terburu yang akhirnya mengundang masalah lain pula
2. Gunakan tangan kanan ketika mencuci beras. Walaupun anda seorang yang kidal, usahalah untuk mencuci dengan menggunakan tangan kanan.
3. Cucian dilakukan dalam putaran arah lawan jam atau pusingan tawaf. Kita memang dianjurkan melakukan apa pun pusingan sama ada menyapu ubat, memasak dan sebagainya mengikut pusingan tawaf
4. Sambil membasuh beras bacalah “Laisa la ha min dunillahi katsyifah” maksudnya “Tiada penyembuhan selain daripada Allah”
5. Ulangi membasuh beras sebanyak tiga kali atau selepas anda yakin beras sudah bersih.
6. Sambil membasuh beras itu berselawat dan amalkan doa: “Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya.” – At-Tarmizi
7. Satu lagi doa yang bagus diamalkan ketika membasuh beras adalah “Ya Allah, lembutkan hati kami untuk faham agama-Mu sebagaimana Engkau lembutkan beras ini sehingga menjadi nasi.”