Ramai beranggapan, nak kekal cergas dan sihat kena amalkan diet yang betul berseli dengan exercise.Diet dan exercise kini memang antara topik penting dalam hidup generasi millennial.

Golongan wanita terutamanya sangat sensitif apabila bincang hal keadaan badan. Kurus salah, gemuk salah, lembik salah segalanya serba tak kena. Penat juga dah buat macam-macam diet dan exercise tapi hasilnya tak kekal lama.

Tapi semua usaha itu bagus, Cuma tahu kah kita bahawa Nabi Muhammad SAW sebenarnya awal-awal lagi dah amalkan pelbagai teknik terbaik untuk berdiet dan exercise untuk kekal sihat, cergas dan cerdas?

Mungkin ada yang dah tahu sebahagian, tapi untuk refresh ingatan, ayuh kita baca satu persatu teknik diet dan exercise daripada Baginda SAW.

1. Perbanyakkan puasa sunat

Berpuasa membantu kita menahan lapar dan dahaga. Namun diniatkan keutamaan untuk mengejar pahala dan redha Allah.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda,

” Berpuasalah nescaya kamu menjadi sihat”. (HR Tabrani 8312)

2. Bangun sebelum subuh

Ini sepatutnya perkara mudah bagi kita. Rasulullah sentiasa bangun sebelum subuh bagi melaksanakan solat sunat dan subuh berjemaah. Bukan sahaja mendapat limpahan pahala, tetapi kesegaran udara pagi sangat baik untuk merawat penyakit tibi dan memperkuatkan akal fikiran.

3. Lipat gandakan solat

Semua ibadat yang diperintahkan Allah memberikan kesan positif kepada kita. Sebagai contoh, mendirikan solat. Betapa besarnya hikmah bersolat itu, setiap pergerakan yang kita lakukan sebenarnya mengerah anggota badan bergerak bagi menyihatkan badan. Bayangkan jika kita lipat gandakan lagi solat dengan solat-solat sunat lainnya selain solat wajib 5 waktu!

Dalam satu kajian oleh pensyarah Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim, medapati, ada kesan pergerakan solat terhadap komposisi badan, denyutan jantung dan rawatan mati pucuk.

IKLAN

Ternyata kita perlukan solat untuk sihat kerana dari solat juga kita dapat merehatkan badan dan menjadi tempat memohon pertolongan Allah selain ganjaran pahala.

4. Teknik membahagikan isi perut

Jangan makan secara berlebihan. Sebaiknya berhentilah sebelum kekenyangan. Dalam tubuh kita, ada tiga bahagian yang perlu diisi seimbang; iaitu sepertiga untuk makanan, sepertiga lagi untuk minuman dan sepertiga akhir adalah untuk udara (nafas)

Sabda Rasulullah SAW;” Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya. Melainkan jika dia tidak dapat mengelak, maka isilah sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga untuk nafasnya.’ (RH al-Tarmizi 2380)

Ini Rupanya Cara Rasulullah Kekal Cergas & Sihat!

5. Suka berjalan kaki

Baginda Rasulullah SAW sangat gemar berjalan kaki ke masjid, medan perang, ke pasar dan mengunjungi rumah para sahabat. Apabila kita banyak berjalan, peluh pasti banyak keluar, lubang roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

IKLAN

Kalau kita yang bekerja di pejabat, elok lah park kereta jauh sikit dari pejabat, boleh berjalan kaki sebagai exercise.

Artikel berkaitan:Berjalan Kaki Pun Ada Adabnya, Ini 8 Adab Berjalan Kaki Menurut Islam

6. Makan buah-buahan sebelum jamah makanan lain

Buah-buahan mengandungi serat dan membantu memudahkan proses penghadaman dalam perut. Oleh itu, mulakan dengan memakan buah-buahan sebelum menjamah makanan lain bukannya makan makanan berat baru makan buah-buahan seperti yang kita amalkan hari ini.

Ini Rupanya Cara Rasulullah Kekal Cergas & Sihat!

Artikel berkaitan:Tak Ada Ritual Tertentu, Tapi Jaga Makan Minum Rahsia Pasangan Ini Didik 9 Anak Jadi Hafiz

IKLAN

7. Makan malam sebelum maghrib

Cuba perhatikan, sahabat bangsa Cina kita biasanya akan makan malam sebelum jam 7 malam atau sebelum Maghrib nak senang faham.

Kaedah ini akan memberikan masa yang mencukupi untuk makanan menjadi hadam sebelum sampainya waktu tidur dan dengan cara ini juga boleh mengelakkan seseorang itu menjadi keras hati.

8. Makan dengan tiga jari kanan dan menjilatnya selepas suapan akhir

Jarang sekali kita nampak orang makan dengan menggunakan tiga jari. Bagi yang tak biasa, ia memang kelihatan pelik. Tapi harus kita mulakan walaupun pada awalnya akan terasa janggal.

Hakikatnya, menggunakan tiga jari akan mengecilkan saiz suapan dan seterusnya makanan dapat dikunyah deangan sempurna.

Dan Subhanallah, hasil dari kajian mengatakan, jari kita akan mengeluarkan enzim yang dapat mengawal aktiviti bakteria sehingga ke tahap minimum dalam sistem pencernaan. Maka, jilat lah jari selepas suapan akhir kita nanti!

Kashoorga: Selain amalkan pelbagai jenis diet yang tengah in sekarang, utamakan dulu cara Rasulullah SAW ini. Ia lebih berkesan untuk kesihatan badan.

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI