Hidup berumah tangga adalah detik terindah dalam hidup setiap pasangan bercinta. Lagi-lagi apabila baru berkahwin, rasa rindu sentiasa bertandang dalam hati.
Malah kalau boleh setiap masa mahu melihat pasangan di depan mata. Kata orang bercinta selepas nikah itu lebih indah dan manis.
Namun kesibukan kerja dan urusan masing-masing menyebabkan rasa rindu hanya bertandang seketika.
Jadi bagi memastikan pasangan sentiasa merindu, amalkan doa ini dan sebut namanya ketika mengucapkannya.
Doa Ikat Hati Pasangan, Sebut Namanya Dalam Doa Ini
Perkongsian hari ini adalah tentang cinta suami. Mahukah anda mejadi isteri yang sentiasa dikasihi? Tentu mahukan? Sapa lah…. yang tidak ingin cinta dari suami. Tahukah anda bahawa cinta antara suami isteri adalah tunjang utama sebuah keluarga.
Doa ini adalah yang terbaik, selain dapat cinta suami, pahala baca Quran pun dapat!!
Caranya; 1. Al-Fatihah 2. Al-Insyirah 3. Hembus ke ruang tengah kening sambil usap perlahan. 4. Pastikan ketika itu, suami sudah tutup mata dan tidur lena 5. Niatkan – Ya Allah, lebarkanlah cinta suamiku padaku.
ok! Selamat mencuba.. ! Amalkan selama seminggu.. dan lihatlah hasilnya!
AMARAN!!!! Hanya untuk yang telah sah bernikah dan suami isteri yang halal sahaja!!! Yang tengok mabuk cinta, bertunang dilarang sama sekali… Sebab tak boleh tidur sekali pun lagi kan… Jangan dan jangan haram ye…
Kashoorga: Jika sayangkan isteri, dapatkan segala keperluannya di sini
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Allah makbulkan doa saya.’ Hafiz Mahamad sebak dapat hantar mama, abah tunai haji pada tahun ini. Tentu saja sebagai anak, kita inginkan yang terbaik untuk bahagiakan hati mereka.
Apa lagi mak dan ayah semakin menua, tentu bermacam-macam kita ingin beri kepada mereka jika berkemampuan.
Hafiz Mahamad sekali lagi membuatkan ramai sebak apabila penat-lelahnya untuk menghantar mak dan abahnya menunaikan haji termakbul. Ini perkongsiannya:
Allah Makbulkan Doa Saya
Sebak hati saya semalam. Selagi masih sempat. Mama Abah, jangan anggap ini “hadiah” dari Hafiz.
Ini semua hasil dari kebaikan Mama dan Abah buat selama ini. Tidak ada apa yang Hafiz boleh balas.
Selepas Mama, Abah pencen tahun lepas, saya selalu cakap dengan mereka. Tahun depan, tunaikan haji tau. Doa banyak-banyak.
Hafiz Mahamad Sebak
Setiap kali saya pergi umrah, tak lepas dari doa supaya Allah izinkan kemampuan untuk saya menjadi asbab Mama dan Abah tunaikan haji. Masyallah, tahun ini Allah makbulkan.
Demi Allah, tak berhenti saya usaha selama ini. Siang dan malam. Syukur kerana hati dan akal ini Allah izinkan masih memikirkan tentang mereka.
Umur mereka meningkat. Banyak saya buat mereka kecewa dulu dan saya kena laju, selagi masih sempat. Senyuman mereka yang saya hendak lihat.
Dapat Hantar Mama, Abah Tunai Haji
Mama, semalam Hafiz tahan saja sebak dengan kacau kacau mama semalam. Kalau tak, sudah meleleh air mata jantan ini.
Untuk adik saya
Adik, terima kasih pegang amanah aku untuk tengokkan mama abah di kampung. Mu jaga kesihatan mama dan abah. Mu anak syurga Adikku
Tugas aku pula sebagai anak sulung adalah untuk mencari di luar ini.
Terima Kasih juga isteriku kerana mencintai abah mama dan sentiasa menghormati mereka. Terima kasih sayang.
Kamu juga sahabat saya, terima kasih kerana terus doa dan support. Saya tahu ini hasil doa doa kalian.
Kashoorga: Semoga Hafiz Mahamad sentiasa murah rezeki dan dapat membuat lebih banyak kebaikan untuk orang sekelilingnya.
Dalam dunia yang serba mencabar dan begitu mementingkan pendidikan awal untuk anak-anak, ramai dalam kalangan ibu bapa yang begitu cerewet dalam soal ini.
Masing-masing cuba mencari pusat asuhan kanak-kanak terbaik untuk proses pendidikan awal anak-anak bagi menghadapi persediaan sebelum memasuki alam persekolahan sebenar.
Dan tidak dinafikan rata-rata ibu bapa masa kini mencari pusat asuhan yang menerapkan konsep Islamik dan salah satunya adalah Al Kauthar Eduqids.
Al-Kauthar Eduqids juga dipilih sebagai Tadika Islamik Pilihan Majalah Pa&Ma sempena Ulang Tahun ke 19 Majalah Pa&Ma.
Keistimewaan Al Kauthar Eduqids ini berbanding tadika lain apabila pengurusannya menerima kehadiran kanak-kanak autism, speech delay, disleksia dan juga ADHD.
Menurut Pengasas dan Pengarah Al Kauthar Eduqids, Nor Fadilah Alias, 29 tahun berkata setakat ini di pihak HQ menerima lebih 10 pelajar yang mempunyai masalah seperti ini.
“Tidak semua ibu bapa di luar tahu bahawa pusat asuhan kami menerima anak-anak yang ada masalah sebegini. Sebenarnya sejak tahun 2013 lagi kami sudah mula menerima pelajar-pelajar ini.
“Apabila mereka masuk sini dan bercampur dengan anak-anak normal lain, aura dan teknik yang diajar kepada mereka, alhamdulillah 90% terserlah potensi.
“Misalnya kalau sebelum ini ada di kalangan kanak-kanak autisme ini yang jenis hantuk kepala dah tak hantukkan kepala, boleh dengar arahan, boleh menulis dan yang alami speech delay pun sudah boleh bercakap,” ujarnya yang gembira dengan perkembangan itu.
Tambahnya sebelum menerima kanak-kanak ini, dia telah membuat kajian mendalam di mana kanak-kanak yang ada masalah ini jika bercampur sesama mereka, potensi untuk kembali normal agak sukar.
“Dan setelah kami menerima kehadiran mereka, ajar mengikut modul ditetapkan, ada peningkatan pada perkembangan diri mereka. Setelah ada result barulah saya berani untuk berkongsi dengan semua ibu bapa di luar sana.
“Sebelum itu saya juga turut melengkapi diri dengan ilmu berkaitan. Saya ada mengambil pendidikan pra sekolah dalam subjek pendidikan khas. Dan inilah yang menguatkan semangat untuk membuka pusat asuhan kanak-kanak sendiri,” jelas ibu kepada seorang cahayamata ini.
Wanita kecil molek ini memiliki Diploma Prasekolah dan Diploma Kemahiran Malaysia. Bukan itu sahaja lebih menarik dia juga turut mempunyai lesen sebagai Pegawai Penilai daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Pernah bekerja di institut pendidkan awal kanak-kanak dan berdepan pelbagai cabaran sebelum nekad untuk membuka pusat asuhan sendiri seawal usia 22 tahun.
Daripada hanya ada sebuah pusat asuhan dan selepas tujuh tahun kini Nor Fadilah tersenyum bangga apabila sudah mempunyai hampir 20 cawangan taska dan tadika.
“Di Al Kauthar saya cipta satu modul yang menggabungkan kurikulum standard prasekolah dengan kaedah Montessori Islamik untuk membawa kelainan dan kualiti dalam pendidikan awal kanak-kanak.
“Bagi saya bukan sahaja pembelajaran akademik penting, sahsiah diri juga perlu dititik beratkan. Apatah lagi dengan perkembangan teknologi serta dunia digital tanpa sempadan hari ini.
“Cabaran dalam mendidik mereka memang sangat besar. Namun kekuatan saya berdepan segala dugaan ini setiap hari saya akan pastikan anak-anak ini wajib menghafal suraj Ar-Rahman, Al-Kahfi dan Yasin. Ini bermakna selain menghafal juz Amma, iaitu kumpulan surah-surah pendek, anak-anak di sini akan ditambah 3 surah ini untuk dihafal
“Seawal usia 4 hingga 6 tahun saya akan minta mereka baca dan hafal surah-surah ini selain solat Dhuha sebelum proses pembelajaran bermula. Alhamdulillah mereka boleh baca dan hafaz dengan lancarnya,” jelasnya lagi yang menggunakan method hafazan dalam pembelajaran.
Untuk jangka masa panjang, dia dan suaminya akan membuka lebih banyak lagi cawangan Al Kauthar Eduqids di sekitar Lembah Klang bagi memenuhi permintaan yang semakin tinggi.
Walau bagaimanapun, mereka tidak mahu tergesa-gesa kerana apa yang penting standard kualiti perlu djaga sebaiknya.
Nor Fadilah ditemui dalam satu majlis minum petang gilang-gemilang bertempat di Hotel Concord Shah Alam, Tadika Al Kauthar Eduqids telah diberi pengiktirafan memenangi salah satu kategori Jenama Pilihan Pa&Ma 2019.
Anugerah yang diadakan julung kali sempena Ulang Tahun Pa&Ma yang ke-19 ini telah memilih Tadika Al Kauthar Eduqids sebagai ‘Tadika Islamik Pilihan Pa&Ma. Anugerah tersebut telah di sampaikan sendiri oleh Editor Pa&Ma Puan Hasnita Sawal kepada En Bakhtiar pengasas Tadika Al Kauthar Eduqids.
Bukan itu sahaja, mereka turut menyampaikan beberapa anugerah kepada tenaga pengajar yang memberikan perkhidmatan cemerlang sepanjang Al Kauthar Eduqids ditubuhkan.
Kalau dulu masa kecik-kecik, suka melihat depan televisyen semata-mata mahu melihat dan mendengar berita disampaikan oleh Penyampai Berita, Farit Ismeth Amir.
Aura figura ini sangat dikagumi dengan intonasi jelas membacakan berita terkini perkembangan dalam dan luar negara.
Tetapi kini, namanya hanya tinggal kenangan. apabila bekas pembaca berita di Televisyen Malaysia (RTM) ini telah meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada pagi tadi di Hospital Assunta, Petaling Jaya Selangor.
Berita ini disahkan oleh anaknya, Farzwa De-attaher Emir atau lebih dikenali sebagai DJ Fuzz.
“Farit Ismeth Emir baharu sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya.
“Allahyarham dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan warga RTM merupakan individu yang penting dan sudah tentu beliau akan dirindui,” katanya.
Allahyarham yang dilahirkan pada tahun 1954 adalah penyampai berita veteran RTM dan amat popular pada era 1990-an terutamanya menerusi Dunia Jam 10.
Farit, 66 tahun yang mempunyai tujuh anak pernah meminjamkan suaranya untuk iklan-iklan komersil dan membawakan watak doktor dalam drama radio popular RTM, Nombor 5 Persiaran 1.
SUMBER: HARIAN METRO
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hidup tanpa sahabat atau teman dah tentu membosankan. Namun dalam memilih sahabat kita haruslah lebih berhati hati terutama pada zaman sekarang.Seorang sahabat membawa pengaruh...