Ada kalanya jika badan tidak sihat, makanan paling enak dan selera ditekak untuk dimakan adalah bubur. Walaupun ada dijual bubur segera, tetapi bubur buat sendiri lebih sedap dan menyelerakan.
Malah bubur juga sesuai dimakan untuk mereka yang mahu berdiet. Perkongsian dari seorang pengguna laman sosial facebook menggunakan akaun nama Jauharatuddini Taib yang menyediakan bubur sedap dan mendapat hampir 5 ribu butang ‘share.
Ayuh kita lihat resipinya supaya bila pasangan tidak sihat kita boleh masakkan untuknya Bahan senang dicari dan cara buat yang mudah ini pasti akan membuatkan si dia lebih sayang pada anda. Tak percaya, cubalah!
Rasa memang kena anak tekak sis dini anak beranak termasuk anak gajet memang suke sangat bila buat bubur. Masak dua puk beras pun licin.
Cara sis dini buat
Cuci beras dua puk masak dalam rice cooker biase jer.
Masuk air banyak dari masak nasi biase, biarkan.
Bahan rebus ayam ( lihat gambar )
Bawang besar, bawang putih, halia, lada hitam sedikit, garam, ayam dada atau ayam ada tulang sedikit.
Air ayam ni nanti masukkan dalam bubur nasi yang dah kembang. Ayam tu carik carikkan nanti.
Sis dini hanya campur garam dan secukup rasa dalam bubur setelah masukkan air ayam tadi. Awak agak lah ye nak bubur pekat atau cair setakat mana. Nak cair lebihkan sedikit air. Nak pekat kurangkan air. Sis dini suke sedang2 tak cair dan pekat.
Bahan sayur
taugeh
sawi, pak choy/
daun sup
limau nipis
Bilis goreng asing
Penambah rase
Sambal kicap
chili falakes homemade
Bawang goreng homemade
sambal kicap
cili padi
banyakkan limau kasturi
garam
kicap manis
Ni jer bahan sis dini pakai
Masya Allah memang puas hati dan berbaloi buat dengan apa rasa yang kita nak. Korang cuba arr.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Sampai Masa, Aku Tutuplah Aurat Dengan Sempurna.’ Kena Usaha Dapat Hidayah, Bukan Tunggu Nanti!
‘Nanti sampai masa, aku tutuplah aurat dengan sempurna.’ Kena usaha dapat hidayah, bukan tunggu nanti! Kerana hidayah milik Allah. Kalau tunggu hidayah sampai, memanglah lambat.
Nak berubah jadi baik kenalah ada usaha. Ini tidak, nanti-nantilah sampai hidayah baru aku solat betul-betul, tutup aurat elok-elok. Bukan begitu ya sebenarnya.
Ikuti perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan:
Artikel Berkaitan:
Benarlah Hidayah Itu Milik Allah, Pembantu Jurulatih Kelantan FC Peluk Islam
Sampai Masa
Hidayah mesti diusahakan. Kerana hidayah milik Allah.
Tidak ada orang yang berubah menjadi baik dengan tiba-tiba. Tidak ada orang yang berubah menjadi baik dengan begitu sahaja.
Mesti ada usaha yang telah dia lakukan untuk mencapai kebaikan yang dia idamkan. Hidayah tidak datang percuma.
Aku Tutuplah Aurat Dengan Sempurna
“Nantilah aku solat”.
“Bila sampai masanya, aku akan tutup aurat dengan sempurna”.
“Kita masih muda, kenapa nak kena tergesa-gesa. Enjoy la dulu”.
Hidayah mesti diusahakan. Kerana hidayah milik Allah. Hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih.
Kita boleh bangun tengah malam untuk tengok bola. Usaha sungguh kita. Dengan kesungguhan itulah kita berjaya bangun walaupun masa itu semua orang tidur.
Kena Usaha Dapat Hidayah
Kita boleh kumpul duit semata-mata nak beli gajet yang paling latest. Gajet yang dah lama kita impikan. Walau terpaksa ikat perut, walau terpaksa puasa, kita sanggup.
Kita boleh travel begitu jauh naik bas semata-mata untuk jumpa orang yang kita sayang. Kita sanggup ketepikan keletihan sepanjang hari asalkan dapat enjoy the moment dengan orang yang kita cinta.
Itulah namanya usaha. Hidayah juga begitu. Ia mesti diusahakan. Kerana hidayah milik Allah, bukan milik kita.
Kawan-kawan, jangan bertangguh untuk jadi baik. Usaha dari sekarang juga. Jadi hamba Allah yang baik. Kerana kita tak tahu bila kita akan dijemput balik kepada Allah.
Bukan Tunggu Nanti!
Pasang niat elok-elok. Tanamkan tekad sungguh-sungguh. Usahakan dengan sepenuh hati. Jangan bertangguh-tangguh lagi.
Ubah diri. Lazimi majlis ilmu. Berkawan dengan orang baik dan soleh.
Kerana perubahan tanpa ilmu dan orang keliling yang betul ibarat bercucuk tanam tanpa ditambah baja dan disiram air. Lama kelamaan ia akan mati dan kering kontang.
Minta Doa Dengan Allah
Sambil-sambil kita usaha, jangan lupa selalu minta Allah tolong kita juga. Amalkan doa yang ringkas tapi cukup bermakna ini.
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
“Ya Allah, bantulah aku untuk ingat padaMu, bersyukur dengan nikmat Mu dan memperbaiki amal ibadahku kerana Mu”.
Selamat pagi semua.
#KAB
Baca Di Sini:
‘Berkat Doa dan Istiqamah Seorang Bapa.’ Dia Penyebab Oktavia Manrose Dapat Hidayah & Berhijrah
Kashoorga: Nak berubah jadi baik memang tak mudah, apa lagi mahu istiqamah untuk kekal baik.
Sumber: Ustaz Khairul Anuar Basri
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Ciptalah Memori Bersama, Selagi Nyawa Dikandung Badan.’ Sesibuk Mana Sekalipun Carilah Masa Untuk Pasangan
‘Ciptalah memori bersama, selagi nyawa dikandung badan.’ Sesibuk mana sekalipun carilah masa untuk pasangan kerana bila salah seorang tiada nanti, menyesal pun tak berguna.
Di awal perkahwninan, mungkin banyak masa ditumpukan kepada pasangan. Setelah dikurniakan cahaya mata, tumpuan beralih pula kepada anak-anak dan masa yang selama ini diluangkan pada pasangan makin kurang.
Tanpa sedar lama-kelamaan, hubungan suami isteri menjadi hambar dan tawar. Oleh sebab itu, walaupun mempunyai anak ramai, waktu bersama pasangan jangan dilupa. Ikuti perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri dan hadam nasihatnya:
Artikel Berkaitan: “Arwah Sanggup Tak Pergi Kerja, Sentiasa Luangkan Masa Seolah Tahu…”, Isteri Luah Rasa Sedih
Ciptalah Memori Bersama
Sekali sekala, buatlah surprise kepada pasangan. Yang nak marah, boleh bertukar menjadi senyum.
Malah yang kecik hati, boleh terubat dengan sendiri. Yang tawar dan hambar, boleh jadi manis dan ceria kembali.
Surprise tu bukannya apa-apa pun. Itu tandanya ambil berat dan sangat menyayangi. Walaupun apa yang dibuat untuk surprise tu tak berapa ringgit pun.
Saya tak pandai nak main-main kata. Juga saya tak pandai nak hantar-hantar bunga. Saya bukan yang jenis macam tu kalau nak tunjuk sayang dan kasih mesra.
Selagi Nyawa
Saya percaya ramai suami di luar sana yang sama macam saya. Tak pandai nak buat macam orang perempuan buat dekat suami mereka. Almaklumlah, orang perempuan kan jiwa lembut dan romantis.
Sekadar yang saya boleh buat, saya buat. Macam hari ini saya culik isteri saya di sekolahnya. Tinggal keretanya dekat sana, naik kereta dengan saya. Kami keluar makan tengahari.
Isteri ni kadang-kadang bukan hendak apa pun dari suami. Mereka hendak perhatian saja. Malah, mereka suka kalau dibelai dan dimanja. Mereka suka kalau kita bagi sesuatu dekat mereka.
Dikandung Badan
Yang duit lebih, bolehlah bagi hadiah mahal-mahal. Bagi yang duit banyak, bolehlah bawa melancong merata tempat.
Atau yang skoda-skoda macam saya ini, berilah ikut kemampuan. Nasi goreng, telur mata dan keropok keping pun jadilah tanda ingatan.
Yang penting sebenarnya bukanlah pemberian tu. Yang penting ialah saat bersama tu. Enjoy the moment orang putih cakap.
Makan makanan best dan melancong tempat menarik. Apa yang best? ata apa yang menarik?
Makanan itu ke yang best? Tempat itu ke yang menarik?
Bukan. Sebenarnya, bukan makanan itu yang best. Bukan tempat itu yang menarik.
Baca Di Sini:
Sesibuk Mana Sekalipun
Makanlah makanan paling mahal di restoran paling eksklusif sekalipun, tapi makan seorang diri saja, tak best mana pun.
Pergilah melancong ke tempat paling cantik dengan pakej paling mahal sekalipun, tapi pergi seorang diri saja, tak la best mana pun.
Tapi dengan siapa kita menikmati makanan itulah yang menjadikan makanan itu best. Dengan siapa kita melancong itulah yang menjadikan tempat pelancongan itu best.
Makan roti kosong dengan wife jadi best. Berjalan ke pasar pagi dengan kekasih hati jadi best. Tak ada apa sangat pun kan?
Tapi dia jadi sangat best. Kerana orang yang kita sayang dan kasih itulah akan menjadikan segala di dunia ini jadi best. Para suami dan para isteri sekalian.
Carilah Masa Untuk Pasangan
Hargailah setiap masa pasangan kita masih hidup. Sesibuk mana sekalipun kita, carilah masa untuk pasangan kita. Jika tak sempat nak rancang, secara mengejut pun bolehla.
Masa pasangan kita hidup masih hidup, kita tak ada la rasa benda tu penting sangat. Tapi bila pasangan kita dah tidak ada, itulah memori yang akan kita kenang sampai ke akhir hayat kita.
Ciptalah memori bersama pasangan sementara nyawa masih dikandung badan.
#KAB
Kashoorga : Selagi pasangan masih ada, hargailah sebaiknya. Jangan sampai menyesal di kemudian hari.
Sumber : Ustaz Anuar Basri
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Bila Orang Bukan Islam Meninggal, Lebih Baik Sebut Innalillah Dari Menyibuk Ucap ‘R.I.P’
Bila orang bukan islam meninggal, lebih baik sebut innalillah dari menyibuk ucap ‘R.I.P’. Rata-rata ramai antara kita yang gemar mengucapkan ‘rest in peace’ kepada kematian orang bukan Islam.
Sebenarnya, ucapan ‘innalillah’ itu merupakan lafaz istirja’ yang harus diucapkan ketika kematian atau ditimpa musibah, tidak kira sama ada untuk orang islam atau bukan islam.
Kali ini Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan terpanggil untuk menjelaskan isu berkenaan ucapan RIP ini.
Artikel Berkaitan: Mufti Jelaskan Hukum Ucap Merry Christmas Kepada Mereka Yang Beragama Kristian
Bila Orang Bukan Islam Meninggal
Soalan:
Isu berkenaan ucapan Rest in Peace oleh umat Islam terhadap orang bukan Islam ini kembali diperdebatkan warga internet susulan kematian Ratu British baru-baru ini.
Mohon pencerahan Datuk Mufti tentang pandangan sebenar Islam terhadap isu ini supaya ia tidak lagi menjadi polemik tak berkesudahan.
Lebih Baik Sebut Innalillah
Ringkasan Jawapan:
Seseorang muslim tidak boleh berdoa memohon keampunan bagi orang bukan Islam kerana itu termaktub di dalam nas yang jelas.
Ucapan “R.I.P” atau “Rest in Peace” merupakan doa yang dibacakan oleh orang bukan Islam, maka umat Islam dilarang daripada mengucapkannya.
Namun Islam sangat menghormati kematian manusia di mana sunnah bagi orang Muslim untuk mengucapkan takziah dan ucapan-ucapan yang baik kepada orang bukan Islam.
Dari Menyibuk
Huraian
Dalam persoalan yang diberikan di atas, memberi doa keamanan dan ketenangan buat orang bukan Islam yang meninggal dunia adalah dilarang menurut nas. Ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT:
مَا كَانَ لِلنَّبِىِّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَن يَسْتَغْفِرُوا۟ لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوٓا۟ أُو۟لِى قُرْبَىٰ مِنۢ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَٰبُ ٱلْجَحِيمِ
Maksudnya: “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.” – Surah al-Taubah (113)
Menurut Syeikh Wahbah Zuhaili di dalam tafsirnya, para nabi dan orang-orang beriman tidak boleh turut serta dalam urusan memohon keampunan Allah SWT bagi orang-orang yang syirik.
Ini kerana konsep keimanan islam dan kenabian tidak menerima pengampunan orang yang mati dalam keadaan syirik, maka tidak perlu memohon keampunan untuk mereka.
Perkara ini termaktub seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’, ayat 116, yang mengatakan bahawa Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa golongan yang syirik.
Baca Di Sini:
Ucap ‘R.I.P’
Kesimpulan:
Kesimpulannya, seseorang muslim tidak boleh berdoa memohon keampunan bagi orang bukan Islam kerana itu termaktub di dalam nas yang jelas.
Ucapan “R.I.P” atau “Rest in Peace” merupakan doa yang dibacakan oleh orang bukan Islam, maka umat Islam dilarang daripada mengucapkannya.
Namun Islam sangat menghormati kematian manusia di mana sunnah bagi orang Muslim untuk mengucapkan takziah dan ucapan-ucapan yang baik kepada orang bukan Islam.
Wallahua’lam.
Kashoorga: Tak salah mengucapkan takziah, namun jangan sampai berdoa memohon keampunan buat mereka yang bukan Islam.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI