Ini Sebabnya Kenapa Pasangan Pengantin Baru Kena Sambut Raya Pertama Di Kampung Isteri

Share

Khas untuk Pasangan Yang baru berkahwin:

DAH BUAT KEPUTUSAN NAK BALIK MANA RAYA NI?

Ini tipnya::

JIKA DI RUMAH KAMPUNG ISTERI

1. Isterinya tidak stres dan sisuaminya biasanya “cool”. Bersama buat objektif raya pertama kali ini untuk menghiburkan ibu ayah dan kelaurga siisteri.

2. Isteri beri taklimat kepada suami budaya ayahnya semasa menyambut hari raya. Agar suami boleh bersedia bersama menghiburkan mertuanya. Ikut waktu dia ke masjid, fesyen pakaian lebih kurang sama dengan ayahnya, apa minat makanannya, tajuk-tajuk yang ayah suka berborak dan aktiviti yang lain yang ada releven.

3. Rancang bersama, apabila tiba di rumah, Sisuamilah yang memberikan hadiah kepada ibu mertuanya (kueh atau makanan) dan ayah mertuanya (pakaian yang dah siap). “First time” mesti ambik hati orang tua.

4. Sisuami bersama-sama mengangkat beg2 ke bilik yang tersedia untuk pasangan pengantin ni. Biasanya bilik isteri masa mudanya. Tunjukkan suami ni ringan tulang orangnya.

5. Untuk aktiviti harian di rumah nanti, Si isteri mesti proaktif beri taklimat kepada suami siapa jiran sanak sedara yang akan datang bertandang agar dia tidak kekok semasa melayani nanti. Tak perlu ke dapur membantu orang-orang perempuan memasak melainkan memang kerja anda tukang masak di hotel2.

6. Jika suami tak sempat ke masjid, solat berjamaah bersama isteri dan ahli keluarga yang ada di rumah itu. Eloknya jadi imam.

7. Masa nak meninggalkan rumah itu nanti, Si suami yang menghulurkan wang sekadar yang mampu sebagai tanda terima kasih kepada ibu mertua. Untuk ayah mertua, cukup sekadar mencium tangannya.

JIKA DI RUMAH KAMPUNG SUAMI

1. Tetapkan bersama objektif untuk menghiburkan ibu ayah dan keluarga di kampong.

2. Buat perancangan rapi selama berada di rumah itu (seeloknya tak lebih 3 hari), Siisteri rancangkan baju apa yang akan dipakai berdasarkan “aturcara” nanti. Apa hadiah yang akan diberikan kepada ibu dan ayah (Suami yg beri pandangan mengikut minat ibu dan ayahnya). Sampai di rumah, si isteri yang menghulurkan hadiah2 tersebut kepada kedua mertuanya.

3. Suami terangkan kepada isterinya budaya ibunya menyambut hari raya sebelum dan seleas raya agar boleh bersedia untuk menghiburkan ibu mertuanya.Termasuk cara ke dapur memasak, membasuh kain dan mengemas rumah. Sebaik-baiknya sentiasa bersama ibu mertuanya di dapur membantu. Ini adalah kaedah taaruf dengan ibu mertua dengan lebih mesra, cepat dan dekat. Jangan terperap dalam bilik je.

4. Jika suami ada ramai adik beradik dan saudara mara, dia mesti menceritakan setiap satu perangai mereka agar isteri boleh bersedia bersemuka, bersembang dengan mereka. Supaya isteri tidak terasa hati jika ada keluarga mara yang kaki mengusik.

5. Suami harus sentiasa ada disisi isterinya untuk berikan sokongan terutama sekali apabila timbul perkara yang asing atau baru bagi isteri. Terutama sekali loghat isteri dengan suami jauh berbeza. Suami pembela dan penterjemah untuk isteri.

6. Berpakat dan selesai di dalam bilik (berdua sahaja) jika timbul perkara yang tidak menyenangkan.

7. Buat jadual untuk bagi ruang kepada suami keluar ke masjid atau berjumpa beraya dengan kawan2nya sekampung. Pada masa ini,siisteri bersembang dengan ibu mertua atau keluarga ipar.

8. Bila suami keluar, sila update isteri menggunakan “Live location” agar dia tahu kedudukan suaminya agar tenangkan jiwa isteri yang keseorangan di rumah.

8. Setiap malam sebelum tidur bersyukurlah jika apa yang dirancang diizinkan Allah.

9. Bila pulang nanti, si isteri yang menghulurkan wang sekadar yang mampu sebagai tanda terima kasih kepada ibu mertuanya. Untuk ayah mertua, cukup dengan mencium tangannya.

Selamat merancang. Ini bukan hukum atau fatwa ye. sekadar panduan. Pak Utih.

Sumber kredit: Pak Uteh’s Page

VIDEO KASHOORGA:

 

Published by
wan erni