Jodoh itu datangnya tak cepat dan tak lambat. Ia datang ‘ngam-ngam’ saat paling sesuai buat kita. Namun, usaha mencari bakal pasangan hidup tetap perlu dilakukan.
Ia tidak akan datang bergolek sama lah halnya dengan rezeki. Dari luh mahfuz lagi Allah telah tetapkan siapa gerangannya yang bakal menjadi pasangan hidup kita. Siapa tahu, mungkin sekarang jodoh kita telah pun berada di depan mata. Mungkin juga, kita rasa yakin si dia adalah jodoh kita, tapi tak yakin.
Cuba lihat sebahagian daripada gambaran ciri-ciri ini. Mungkin ia dapat memberi hint bahawa jodoh sebenarnya dah dekat. Perancangan Allah adalah yang terbaik.
Semoga sahaja jika ada ciri-ciri ini pada si dia, maka kebarangkalian besar itu lah jodoh kita. Bagaimanapun, ini bukan telekan. Ia hanyalah sebagai garis panduan buat kita untuk mengagak.
Terasa Getaran Perasaan
Perasaan yang timbul ini terasa berlainan berbanding jika kita bersama orang lain. Jodoh bermula dari perasaan yang timbul dalam hati, sehingga kita benar-benar boleh tahu siapa yang faham diri kita. Apabila ia adalah jodohmu, maka tidak akan ada penghalang perasaan yang timbul dalam hati kamu sebab untuk hati yang saling mencintai, maka kita dapat merasakannya baik dari gerak geri dan perasaan yang terbit.
Boleh Memaafkan Si Dia
Jika dia adalah jodoh kita, maka dia akan selalu memiliki alasan untuk boleh memaafkan kita sebab perasaan yang hadir itu sangat tulus. Namun itu tidak bermakna kita boleh sewenangnya ambil kesempatan untuk melakukan kesilapan demi kesilapan. Kalau begitu, tiada siapa pun boleh tahan dan bersabar.
Pemberi Motivasi
Hidup ini umama roda. Ada masa di atas dan ada masa di bawah. Pada saat inilah, kita sangat memerlukan seseorang yang sanggup bersama dan memberi semangat. Bukan semua mahu bersusah payah bersama, kecuali dia memang ada hati dengan kita.
Kehadirannya terasa seperti malaikat yang menyelamatkan kita dan memiliki cara tersendiri untuk memberikan motivasi kerana dia inginkan segala yang baik untuk bersama.
Selesa Bersama
Ke mana sahaja pergi, kita selalu bersama dengan si dia. Tiada rasa bosan saat bersama. Semakin kerap bersama, kita rasa selesa dan gembira. Jika tetiba berjauhan, maka akan terasa sedikit tertekan serta rindu ingin
Tampil Bersahaja
Tiada kepalsuan dari penampilannya. Jika dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka mungkin saja ini menjadi petanda jika jodohmu sudah dekat. Segala yang ditunjukkan adalah dirinya sebenar.
Ads
Tetap hati
Jika kita memiliki ketetapan hati pada si dia, maka ini menjadi tanda bahawa dia merupakan jodoh untuk kita. Bagaimanapun ketetapan hati ini harus dimulakan dengan memohon petunjuk dari Allah.
Rasa Tenang Kalau Bersama
Hubungan yang tak serasi biasanya selalu berakhir dengan pertengkaran. Apabila pertengkaran ini tidak ada penghujungnya dan membuat kita tidak tenang serta gelisah, maka singkirkan harapanmu pada orang tersebut meskipun dilihat dari segi material, fizikal dan inteleknya adalah baik.
Sebaliknya, jika orang tersebut memberikan ketenangan jiwa yang selalu membuat kamu serasa damai seperti pada Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
” Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. [QS.A-Ruum : 21]
Menjaga Akhlak & Tutur Kata
Nampaknya jodoh menghampiri apabila kita dapat lihat semua tutur kata dan juga akhlaknya selalu positif dan si dia kerap membuatkan kita dekat kepada Allah SWT. Orang tersebut akan mengubah semua perasaan galau, sedih yang kamu rasakan menjadi sumber kebahagiaan. Mustahil untuk si dia berlakon untuk kekal menjaga akhlak dan baik tutur kata sepanjang bersama.
Iman dan Kebaikan Tidak Jauh Berbeza
Kalau bertemu orang yang memiliki iman serta kebaikan yang tidak terlalu jauh berbeza, maka inilah dia jodoh yang dicari. Sudah tertulis pada ayat Al-Quran jika wanita-wanita baik untuk laki-laki baik dan begitu pun sebaliknya. Dari sini, kita dah boleh lihat dan mengukur jodoh kita yang baik.
Ads
Pandai Simpan Rahsia
Jika kita sudah ada rasa yakin si dia pandai menjaga rahsia dan kita pun rasa selamat dan selesa bercerita dengan dia, maka ini boleh jadi satu tanda si dia mungkin jodoh kita. Boleh jadi juga kita sampai tahap tidak mampu untuk merahsiakan apa-apa lagi daripadanya. Jika yang terjadi sebaliknya, maka tolak orang tersebut dengan cara yang baik.
Tidak Peduli Dengan Kisah Silam Kita
Orang yang tidak peduli dengan masa silam kita, terima keluarga kita seadanya dan juga tidak peduli dengan siapa kita bercinta masa lalu, ini boleh menjadi salah satu tanda jika Allah sudah mendekatkan orang tersebut sebagai jodoh kita.
Tidak Mencari Pasangan Lain
Andai orang tersebut membuat kita berhenti mencari pasangan lain, walaupun dia tidak sempurna mana, namun kita merasa hidup tidak lengkap tanpa kehadiran orang tersebut sekaligus menjadi yakin jika dialah orang tepat yang diberikan Allah pada kita, maka ini mungkin bermaksud jodoh kita dah dekat.
Diterima Baik Oleh Keluarga
Jika keperibadian si dia menepati ekspektasi keluarga kita; disenangi dan mereka juga dapat merasakan adanya chemistry, mungkin ini petanda si dia adalah jodoh kita.
Mempermudahkan Urusan
Tatkala bersama dengan si dia, kita dapat rasa, segalanya berjalan lancar, dan urusan dipermudahkan. Tiada berbahasan atau pertikaian timbul yang akan merosakkan hubungan. InsyaAllah, mungkin itu tanda jodoh dah dekat. Pucuk pangkalnya, segala sesuatu urusan semakin dipermudah oleh Allah SWT.
Selalu Senang Bekerjasama
Apabila diminta untuk melakukan sesuatu bersama dan dia memberikan kerjasama baik maka ini juga petanda jodoh kita sudah dekat.
Segala ketentuan daripada Allah SWT. Kita sebagai manusia hanya merancang. Allah akan memberikan kita beberapa petunjuk iaitu dengan cara Istikharah dan tawakal untuk meminta petunjuk dariNya, sehingga jodoh yang kita dapatkan akan selalu baik menurut Allah SWT.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Lagi lima enam hari sahaja sebelum kita bertemu Ramadan. Walaupun kita berada di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini tetapi tetap perlukan tenaga untuk membuat aktiviti berfaedah lain.
Dan pastinya buah kurma memang hidangan terbaik yang boleh memberi kita tenaga berkekalan untuk bekalan seharian berpuasa.
Kebiasaannya waktu sahur atau ketika berbuka kita akan menjamah buah kecil ini. Tetapi sebenarnya buah kurma juga boleh di pelbagai cara kegunaannya.
Antaranya adalah dengan merendamnya dengan air dan boleh diminum begitu sahaja. Cara ini dipanggil air nabeez yang bermaksud air rendaman.
Kurma atau kismis direndam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan kemudian diminum keesokan paginya ketika mahu bersahur.
Air nabeez juga dikatakan merupakan sajian kegemaran Rasulullah SAW. Nabi merendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) dan meminum air rendaman tersebut di pagi hari esoknya.
Airnya Nabi minum dan buah kurma yang sudah lembut, Nabi langsung menelannya tanpa mengunyah terlebih dulu.
Ada beberapa hadis yang menyebutkan tentang cara membuat air nabeez ini, salah satunya riwayat dari Imam Muslim,
Aisyah pernah ditanya tentang nabeez, kemudian ia memanggil seorang wanita pelayan asal Habasyah. “Bertanyalah kepada wanita ini!”
Kata Aisyah. “Kerana ia dahulu pernah membuat nabeez untuk Rasulullah SAW,” tambahnya. Lalu wanita asal Habasyah itu berkata, “Aku pernah membuat nabeez untuk beliau dalam sebuah kantung kulit pada malam hari.
Kemudian aku mengikatnya dan menggantungnya. Lalu di pagi harinya beliau SAW meminumnya.
”Dari Aisyah dia berkata, “Kami biasa membuat perasan untuk Rasulullah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di malam hari, atau membuat rendaman di malam hari lalu meminumnya dipagi hari.” (HR Muslim).
Walau bagaimanapun diingatkan eloklah membuatnya sekali dan terus diminum. Bimbang ia menjadi masam pula nanti.
Bahan Diperlukan:
Kurma / kismis
Air suam
Cara Membuatnya:
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil dan carikkan isi kurma berkenaan.
2. Rendam isi kurma dalam air masak sebelum tidur. Letak di luar tak perlu simpan dalam peti sejuk.
3. Bolehlah diminum esok untuk bersahur.
p/s: Jangan campurkan kurma dengan kismis. Kalau mahu buatlah air secara berasingan. Diingatkan juga eloklah membuatnya sekali dan terus diminum. Bimbang ia menjadi masam pula nanti.
Khasiat Air Nabeez:
1. Minuman yang mengandungi alkali yang dapat membantu proses pembuangan
2. Kelebihan asam pada perut dan memulihkan sistem pencernaaan tubuh. Juga membantu menyingkirkan toksin berbahaya dari tubuh. Ia juga sangat berguna sebagai detox.
SUMBER: TRIBUNNEW.COM
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jika mendengar tarian ballet selain dari lenggok lembutnya, kita mesti membayangkan pakaian yang digayakan penarinya.
Hanya baju kecil dan seperti leging dengan padanan skirt tutu disarung sahaja untuk memudahkan pergerakan.
Malah kebanyakan penari ballet ini kebanyakan adalah gadis atau wanita yang tidak berhijab kerana tuntutan atlet ballerina itu sendiri.
Namun sebenarnya jika minat yang mendalam tiada apa dapat menolak untuk terus menyertai sukan ini.
Hal ini pun berlaku bagi balerina profesional berasal dari Sydney, Stephanie Kurlow. Di negaranya, Australia, Stephanie adalah dianggap sebagai muslim yang minoriti.
Namun hal ini tidak membantutkan impiannya untuk mengejar mimpi menjadi seorang balerina.
Menariknya, Stephanie menjadi ballerina pertama yang berhijab, tidak hanya di Australia, tapi juga di dunia.
Bahkan, kini remaja berusia 17 tahun itu telah menunjukan kehebatan dan kredibilitinya dalam seni tari balet. Malah minat dan kecintaan Stephanie terhadap balet ini juga telah ada dalam dirinya sejak berusia dua tahun.
Namun begitu, ketika dia dan keluarganya memutuskan memeluk Islam dan berhijab di tahun 2010, Stephanie mengambil keputusan berhenti menjadi seorang ballerina. Malah tidak aktif dalam sukan ini selama tiga tahun dari dunia yang dicintainya.
Namun pada akhirnya, dia sedar bahawa hijab bukan penghalang untuk menjadikan mimpinya jadi kenyataan sebagai balerina profesional.
Malah untuk memantapkan kariernya Stephanie mengaku terinspirasi oleh Zahra Lari, seorang ice-skater berhijab.
Selepas melihat anak perempuannya terpaksa berkorban minat, ibunya membuka akademi balet untuk gadis Muslim agar Stephanie dapat berlatih dengan bebas.
Selepas melihat Zahra Lari, peluncur ais pertama yang membuat persembahan dengan pakaian menutup aurat, Stephanie yakin dia juga boleh menjadi penari balet profesional dengan hijabnya.
Gadis berusia 17 tahun dari Australia itu tekad mengejar impiannya untuk menjadi penari profesional.
Kini Stephanie dikenali sebagai balerina berhijab pertama di dunia. Dia turut menyarankan agar gadis muslim yang lain juga tidak melihat hijab sebagai sekatan untuk mempelajari seni dan tarian.
“Saya ingin menyuarakan kepada generasi muda bahwa kita semua memiliki kesempatan yang sama untuk menjadi sukses dan mengejar mimpi, apapun perbedaan budaya, agama, ras, latar belakang, atau pendidikan yang dimiliki. Maka jangan takut bermimpi dan berusahalah untuk menjadi hebat,” ujar Stephanie dalam satu temubual ketika berkunjung ke Bandung, Indonesia beberapa tahun lalu.
Dia kini kembali semula ke dunia balet dengan penampilan baharu iaitu skirt tutu yang labuh dan berpenampilan berhijab. Walaupun kelihatan berbeza dan lebih sopan tetapi ia lebih istimewa.
Peribahasa Melayu ada menyebut, jangan jaga tepi kain orang.
Tapi tahukah dalam ajaran Islam, kita disuruh jaga tepi kain orang.
Berkongsi kenapa hal ini perlu dilakukan, pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun menyatakan sebab kenapa kita perlu ambil tahu hal orang lain di instagramnya @ustazahasmaharun. Dan perlu difahami kenapa islam menyuruh khususnya untuk perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran.
“Tengok firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 199
“Ambillah kemaafan, maafkan mereka, Subhanallah. Suruhlah berbuat baik. Maka berpalinglah. Atau buat tak tahulah orang-orang jahil ini
Tuan puan sekalian, memang inilah tips terbaik. Kadang kala kita nie jelaskan kenapa kita buat macam ni. Atau pun kena marah, kena herdik ada orang buruk sangka.
Tuan/ puan sekalian, akhirnya kita berpaling buat tak tahu sahajalah.
Orang-orang yang jahil, orang yang tidak tahu, orang yang tidak tahu dia akan cakap dengan kejahilan. Tapi ada waktunya kita kena beri penjelasan, supaya tak ramai tidak mengikuti penjelasan tersebut.
Faham ya, contoh baru-baru ini ada isu-isu panas saya tulis panjang lebar. Bukan apa, bukan kita kata buat tak tahu sajalah, dah orang jahil. Kita tak suka cakap orang jahil. Kita pun jahil tuan/ puan sekalian. Tapi bila ada ruang untuk beri penjelasan supaya tak ramai yang menggunakan hujah yang sama. Kita bimbang sekiranya apabila kita tak beri penjelasan, maka mudah saja. Apabila berlaku situasi yang sama, terus jawap aa kamu kamu jangan buat kerja Tuhan lah. Kamu sibuk hal kamu sajalah, kenapa nak sibuk.
Kemungkaran dan kemaksiatan perlu dicegah. Teguran perlu dibuat depan2 agar tiada lagi perbuatan sebegini.
Ini adalah agama yang suruh jaga tepi kain tuan/puan sekalian.
Kan? Istilah bahasa Melayu kita jangan jaga tepi kain orang. Tapi Islam suruh jaga. Ha, islam suruh jaga. Tapi pepatah melayu tu pun betul. Maksud jangan jaga tepi kain orang, benda yang tak perlu. Kan sibuk-sibuk nak tahu, sibuk nak intai, sibuk-sibuk nak siasat, itu yang dilarang.
Tetapi kalau kain dah terselak, kain dah koyat, maka wajiblah kita bagi tahu. Kain terselak tu, nampak aurat. Dia pun pergi tukar.
Sekarang islam adalah agama yang menyuruh.
“Kamu adalah umat terbaik yang dikeluarkan di kalangan manusia. Yang menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kalau kamu buat perkara itu, kamu adalah umat yang terbaik. Subhanallah.
Nabi SAW bersabda, barang siapa yang melihat kemungkaran. Kamu perlu cegah dengan tangan kamu. Maksudnya kalau kamu ada kuasa.
“Kalau kamu tidak mampu dan tidak ada kuasa pun untuk cegah, maka dengan lidah, sama ada cakap atau tulis. Dan sekiranya tak mampu cakap atau tulis, maka dengan hati kamu.
Iaitu kamu benci dan tidak suka dengan perbuatan tersebut. Dan itu adalah selemah-lemah iman.
Selemah-lemah iman kalau berdiam diri lihat kemungkaran
Tuan/ puan sekalian, siapa yang lihat kemungkaran depan mata, sama ada depan mata secara alam fizikal atau depan mata di media sosial tidak ada rasa apa-apa. Nabi sebut, itu adalah selemah-lemah iman.
Siapa tak ada rasa apa-apa bimbang, dah tak ada iman.
Sebab iman ini yang selalu bersuara kalaulah sesuatu yang tidak betul. Tapi jika tuan puan sekalian kita tak rasa apa-apa, kena bimbang, kena takut. Bimbang hati kita dah tak ada iman sehingga bila lihat kemungkaran tak rasa apa-apa.
Boleh denda dan penjara
Tuan/puan sekalian, rupanya dalam akta di bawah Tatasusila menjaga kesusilaan, ada akta dia.
Kan kita ada rukun negara. Setiap rukun negara, itu ada akta-akta dia. Dan bila yang ke lima, kesopanan dan kesusilaan, rukun negara yang kelima itu ada akta dia.
“Barang siapa yang berkelakuan di tempat awam. Awam nie sekarang nie, bukan fizikal sahaja. Awam jugalah tu media sosial. Maka boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ribu atau enam bulan penjara.
Tuan puan sekaliana, kalau sekali ada. Bukan nak suruh penjarakan orang. Tapi kalau ada satulahkan, artis ke, orang biasa ke, buat sesuatu di khalayak. Terlalu berlebihan, dah hilang sopan, dah hilang kesusilaan, dah ramai pun yang buat aduan. Seorang sahaja. Mungkin kena denda satu ribu atau pun kena penjara sebulan. Contohkan, atau seminggu, sudah tentu akan jadi pengajaran.
Ini maksudnya Nabi kita sebut, siapa yang nampak kemungkaran cegah dengan kuasa. Kamu ada kuasa, kamu pemimpin. Kamu boleh gunakan kuasa kamu dan siapa yang nak marah? Siapa yang nak hentam? Kalau kamu tak mampu juga nak guna kuasa.
Lidah cakap. Tulislah dekat websitekah, apakah pesanan-pesanan kepada rakyat?
“Wahai rakyat jelata, walau pun sekian-sekian jagalah daripada dimurkai oleh Allah. Contoh-contoh macam itulah. Wallahualam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bayar Deposit Beli Barang Tapi Tak Jadi Ambil, Duit Pendahuluan Ini Hak Pembeli Atau Penjual?Dalam urusan jual beli hari ini, bayaran pendahuluan atau deposit...