Penantian 10 tahun pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah untuk menimang cahaya mata menjadi kenyataan apabila isterinya, Fazema Mohd Fuad, selamat melahirkan bayi lelaki. Umum mengetahui bahawa Adam dan isterinya begitu menginginkan zuriat. Pasangan ini tidak pernah jemu-jemu berusaha dan berdoa agar dikurniakan zuriat. Alhamdulillah hajat pasangan ini untuk memiliki zuriat darah daging sendiri menjadi kenyataan.
Apa sahaja keinginan hendaklah disertai dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah. Ya! 10 tahun bukan satu tempoh yang singkat. Namun Adam dan isterinya sentiasa positif dan sentiasa berusaha kerana mereka percaya bahawa Allah pasti akan memberikan rezeki kepada mereka. Hakikatnya tiada kejayaan jika tidak disertai dengan usaha.
Adam Fateh Lee cahaya mata yang dinanti-nantikan sejak 10 tahun lalu. Bayi lelaki ini menjadi penyeri hidup Adam dan isterinya.
Ramai yang bertanya kepada Adam tentang tip dan amalan untuk mendapatkan zuriat. Adam tidak lokek untuk berkongsi tip dan amalan terutama bagi pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.
Kongsi pelakon berusia 50 tahun yang mendirikan rumah tangga pada 2008 ini antara amalan dan usaha untuk mendapatkan zuriat yang dilakukannya bersama isteri ialah:
1. Buat temujanji serta pemeriksaan suami dan isteri dengan doktor pakar sakit puan.
2. Ikut saranan doktor rawatan yang perlu dibuat.
3. Jangan ambil sebarang suplemen tanpa saranan daripada pihak doktor.
4 .Usaha, doa dan tawakal.
5. Sabar… Insya Allah tiba masanya Allah akan hibahkan zuriat.
6. Bercintalah dengan pasangan sepanjang masa.
Antara petikan dalam caption di instagram miliknya, “Kita hanya mampu berusaha dan merancang tapi Allah yang tahu apa yang sesuai untuk hambaNYA. Senyum selalu, bersangka baik InsyaAllah hati tenang.”
Sumber: Instagram Adam Corrie