Isu poligami agak taboo. Ini kerana isteri pertama sering kali merasa terpinggir selepas suami kahwin lain.
Namun isteri pertama YB Khalid Samad ternyata membuat tindakan bijak kerana membuat tuntutan di mahkamah akan haknya sebagai isteri sebagai imbalan suaminya berpoligami. Inilah yang harus wanita bangkit kerana tidak salah lelaki berpoligami asalkan kebajikan mereka terjaga.
Dikongsi dari satu fb Abdul Razak Nordin, yang merupakan kakitangan di pejabat agama Islam Daerah (PAID) Petaling dirinya akui antara individu terlibat dalam mengendalikan poligami Khalid Samad. Dan dirinya gembira nasihatnya diterima oleh isteri Yang Berhormat itu untuk melantik peguam dalam kesnya.
Baca perkongsiannya.
Naik satu berita Khalid Samad dibenarkan poligami.
Seperti yang aku pernah cakap sebelum ini aku antara yang mengendalikan poligami Khalid Samad. Dan Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan. Aku juga yang menasihatkan isterinya untuk melantik peguam, terutama sekali bagi membuat tuntutan. Dan akhirnya win-win situation.
Seperti yang pernah aku tulis sebelum ini, aku lebih menghormati mereka yang mengikut saluran undang-undang. Dan aku akan membantu dari segi prosedur. Apabila dia berjumpa dengan aku, aku menerangkan dari segi prosedur dan dia jelas dan faham serta mengikut saluran yang ditetapkan. Khalid Samad bagi aku seorang yang berani dan sesuai dengan peranannya sama di dalam parlimen. Dia tidak suka berselindung.
Ads
Isterinya pula bijak dalam membuat pembelaan tuntutan. Dan sebenarnya ini adalah amalan biasa dalam Mahkamah Tinggi Syariah khususnya di negeri Selangor bila mana Mahkamah membenarkan poligami tanpa menidakkan hak isteri pertama.
Berbulan aku ditanya orang sekeliling, tapi aku diamkan diri kerana menghormati semua pihak. Banyak andaian yang dibuat oleh mereka kurang faham mengenai prosedur.
Kini semuanya terjawab dan proses Mahkamah Tinggi Syariah pun telah selesai. Kes ini bukanlah kali pertama buat aku. Tapi mungkin yang terakhir buat aku.
Khalid Samad setuju serah penthouse, banglo & X70
Ads
Dalam pada itu semalam laporan dari Free Malaysia Today memaklumkan, Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam semalam membenarkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berpoligami selepas bersetuju menunaikan hak-hak isterinya, Zaiton Abu Bakar.
Hakim Abdul Halim Abdullah membuat keputusan itu dengan membenarkan permohonan pembelaan daripada Zaiton untuk melakukan penyelesaian secara baik dengan suaminya di hadapan beliau.
Peguam daripada Tetuan Asri Musa & Co yang mewakili Zaiton, Nurfarhana Abd Manaf berkata, anak guamnya mengarahkan untuk berbincang secara baik dengan Khalid bagi memastikan hak-haknya sebagai isteri pertama ditunaikan.
“Kita telah membuat satu perjanjian persetujuan Khalid dengan defendan, antaranya adalah nafkah isteri direkod dan diputuskan di hadapan hakim.
Ads
“Khalid sebagai plaintif bersetuju hendak memberikan sebuah rumah banglo diduduki mereka sekarang bersama sebuah ‘penthouse’ yang kedua-duanya terletak di Shah Alam, ditukar nama kepada Zaiton.
“Kemudian beliau juga bersetuju memberikan sebuah kereta yang sedang digunakan, iaitu Proton X70 selain tambahan elaun, iaitu kad kredit kepada defendan. Selain itu, perjanjian tersebut turut direkodkan nafkah bakal isteri yang akan diberikan,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia.
Menurutnya, pertukaran nama hartanah dan kereta atas nama Zaiton akan dilakukan sebaik sahaja bayaran sewa beli dan ansuran diselesaikan.
Pada 8 Disember lalu, Zaiton memfailkan pembelaan dan tuntutan balas terhadap permohonan poligami oleh suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah sebelum Pendaftar Mahkamah, Norbyetty Mohd Nasir membenarkannya dan menetapkan sebutan semula pada 20 Disember lalu.
Sementara itu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai keputusan mahkamah dan menolak hal peribadinya dikaitkan dengan pendiriannya dalam parti.
“Itu isu peribadi, tak perlu hendak diheboh-hebohkan, saya cuma ikut peraturan sahaja. Cadangan saya kalau ada apa-apa yang berkaitan dengan undang-undang, ikut peraturan,” katanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hari ini bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi enam negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Putrajaya & Labuan), Melaka, Pulau Pinang, Johor dan Sabah. Dengan perintah PKP ini bermakna kawalan pergerakan dihadkan di mana individu yang tinggal di enam negeri ini tidak dibenarkan melintas negeri mahu pun daerah berbanding negeri lain yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Bagaimana pun, berikutan PKP dikuatkuasa, ia tentu menyukarkan bagi mana-mana pasangan yang sudah menetapkan tarikh pernikahan mereka di sepanjang tarikh PKP berkuatkuasa.
Tidak mahu menyulitkan dan Allah turut mempermudahkan urusan pasangan ini, Izatul Israq dan Shah Rezza Arbaei keduanya selamat dinikahkan di pejabat agama semalam. Lebih menarik keduanya berpakaian kerja sahaja, berbeza dengan kebanyakan pasangan yang mengenakan baju Melayu dan pakaian nikah bagi perempuan. Ini kerana keduanya sedang bekerja ketika hal ini terjadi.
Tak kisah tentang dikenakan, keduanya bersyukur kerana urusan mereka dipermudahkan semalam dan mendapat restu dari kedua belah pihak. Paling penting akad nikahnya dan restu ibu ayah
Baca perkongsian Izatul Israq di fbnya:-
Assalamualaikum.
Di hari terakhir kita bebas sebelum PKP, saya selamat dinikahkan.
Semua benda jadi tanpa sebarang planning. Saya and suami eh dah ada suami rupanya. okay. Sambung..
Kami struggle call pejabat agama and tanya macamana urusan nikah yang sepatutnya pada 01 Feb 2021, so pejabat agama bagi option sama ada tunda and borang kena buat semula atau nikah by today. Call mak abah explain everything, kami semua decide nikah harini. And yes, saya tengah kerja and ambil el untuk today and suami saya dari siap2 nak pergi kerja terus ke pejabat agama.
Terima kasih mak Saudah Napiah , abah Abuhashim Hashim sedara mara dan sahabat yg membantu saya memudahkan urusan saya harini. Dan ye, saya nikah guna baju kerja. Thank you everyone. Dengan sekali lafaz, dia suami saya.
Sumber / gambar : FB Izatul Israq
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramai menantu terutamanya menantu perempuan yang mungkin tak sebulu atau susah nak serasi dengan ibu mertua atas alasan kerana suami jenis anak mak atau disebabkan mertua terlalu cerewet.
Payah dan tak seronok kalau menantu perempuan jenis tak ‘sekepala’ mertua. Akan ada sahaja perkara yang tidak kena di mata ibu mertua. Sudah tentulah rumah tangga akan sentiasa ‘panas’ dan bergolak.
Buat ibu mertua pula, usahlah terlalu ikut hati. Restuilah pilihan anakmu. Doakan kebahagiaan rumah tangga anak menantu.
Ikuti perkongsian yang dipetik dari catatan Firdaus Shakirin di laman Facebooknya.
“Mak, isteri saya tu, mungkin bukan seperti yg mak impikan, yg mak bayangkan, yg mak harapkan, tapi dia pilihan saya”
“Saya terima baik buruk dia, kekurangan, kelemahan dia seadanya dirinya, dan saya harap, mak pun sama, dapat terima…”
Entah kenapa…masih ada segelintir mertua yg xdpt menerima siapa menantunya seadanya diri menantunya itu walhal menantunya itu adalah seseorang yg merupakan pilihan anaknya sendiri…buah hati anaknya…cinta anaknya…
JANGAN BANYAK TANYA
“Kenapa bini kau bangun lambat?” semalam anak buat perangai mak, dia xbleh tdo…”kenapa bini kau balik keje lewat?” dia ada meeting mak, pastu jem, sbb tu dia lewat sampai…”kenapa bini kau dduk dlm bilik” dia menyusu anak mak, xkan nk menyusu kat ruang tamu, abg nmpk nnt…
Kenapa…kenapa…kenapa…
Byk perkara yg mertua boleh persoalkan semata2 utk mencari kesalahan si menantu…kadang2 ada yg sengaja menyalahkan menantu atas sebab2 yg tidak logik dek akal…kesalahan yg sengaja diada2kan, dibuat2 utk menampakkan buruk si menantu, utk membuatkan anaknya meninggalkan menantunya itu…atas alasan, dia xsuka menantu itu, dia tak sebulu dgn menantu itu, dia tak expect yg dia akan dpt menantu mcm tu…
Expectation dia lebih tinggi…
Tolong terima menantu anda seadanya dirinya…itu pilihan anak anda dan bukannya anda…anak anda yg bakal berkongsi hidup dgnnya, dan bukannya anda…tolong jgn membebankan mental, emosi dan perasaan menantu hanya disebabkan DIA BUKAN PILIHAN ANDA.
KASHOORGA: Doakan sahaja kasih sayang anak menantu terus kembang mekar hingga ke syurga.
Bagi Muslimah, puasa ganti adalah satu ibadah wajib sebagai membayar ganti semula hutang puasa Ramadhan yang lalu. Ia diganti di luar bulan Ramadhan sebelum tibanya Ramadhan tahun berikutnya. Namun dalam menjalankan ibadah puasa ganti ini, ada juga dilema terjadi apabila suami ingin bersama isteri.
Dalam hal ini, suami isteri sepatutnya ada cara komunikasi yang jelas. Apabila masing-amsing sering memaklumkan perancangan awal tentang sesuatu perkara, maka tidak akan timbul masalah berbangkit kerana masing-masing sudah sedia maklum.
Sewaktu komunikasi berlaku, pastinya pasangan menuntut penjelasan lanjut; itu dan ini. Komunikasi awal akan banyak membantu melanacarkan urusan harian.
Jika tiada perancangan awal, maka apabila ada urusan yang mengejut dan ia akan menyebabkan dilema, maka jangan salahkan sesiapa.
Salahkan diri sendiri kerana tidak berbincang terlebih dahulu dengan pasangan, contohnya apabila sang suami berkeinginan bersama atau melakukan hubungan intim namun saat itu isteri sedang lakukan ibadah puasa ganti.
Dalam keadaan ini bagaimana nak bertindak? Diteruskan berpuasa atau membatalkan puasa ganti tadi? Sedangkan kedua-duanya adalah tanggungjawab penting.
Kita ikuti pandangan Dr. Khalid Al-Musyaiqih, pensyarah di Fakulti Syariah, Universitas Muhammad bin Suud KSA.
Dr. Khalid Al-Musyaiqih mengatakan, “Tidak boleh bagi suami untuk membatalkan puasa wajib yang sedang dilakukan isterinya, baik dengan hubungan badan atau lainnya. Baik puasa wajib ini adalah puasa ganti ramadhan atau puasa nazar.
“Jika suami telah mengetahui puasa wajib yang dilakukan isterinya, maka dia berdosa kerana telah dengan sengaja merosakkan puasa isterinya. Dia wajib bertaubat kepada Allah. Seharusnya yang dia lakukan adalah membantu isterinya untuk melaksanakan puasa yang menjadi kewajibannya”
Beliau juga memberikan nasihat kepada pihak isteri,
“Demikian pula, tidak boleh bagi isteri untuk mentaati suami agar membatalkan puasanya. Jika isteri mentaati keinginan suami, dia juga melakukan dosa dan wajib bertaubat kepada Allah. Dan dia wajib mengganti puasa ganti hari itu”
Beliau melarang para suami untuk menyuruh isterinya membatalkan puasa ganti, kerana puasa ini, termasuk puasa wajib.
Sementara puasa wajib tidak boleh dibatalkan tanpa uzur yang dibenarkan syariat.
Tatkala diajak suami untuk berhubungan intim, ia bukanlah uzur yang membolehkan sang isteri untuk membatalkan puasanya.
Menunaikan kewajiban Allah lebih didahulukan dibandingkan kewajiban makhluk.
Dari Ali bin Abi Thalib r.a bahawa Nabi SAW bersabda,
“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Sang Khaliq,” (HR. Ahmad 1095, Ibn Abi Syaibah dalam Mushanaf 33717, dan sandarnya disahihkan Syuaib Al-Arnauth). Allahu a’lam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...