Nabi Muhammad SAW sudah lama pergi meninggalkan kita. Namun percaya atau tidak, satu-satunya sahabat Baginda masih ada lagi hingga kini dan kekal utuh di tempatnya sejak 1400 tahun lalu.
Ia disebut pokok Sahabi yang menjadi tempat Rasulullah melepaskan keletihan dan berlindung dan masih hidup segar sehingga ke hari ini. Para pengkaji sejarah mendapati pokok Sahabi ini kekal rendang di tengah panas terik padang pasir yang terletak di sebuah daerah di Jordan. Bahkan ramai para ilmuan tertanya-tanya bagaimana pokok ini masih bertahan hidup hingga ke hari ini.
Dikisahkan, di waktu Nabi ﷺ masih kecil (berusia di antara 9 atau 12 tahun), Rasulullah telah mengikut pakciknya Abu Thalib menuju Syam. Seorang paderi Kristian yang ketika itu namanya Bahira menyatakan bahawa Muhammad adalah Rasul terakhir akan disambut oleh pohon al-Buqay’awiyyah.
Ads
Kerana itulah dirinya menunggu orang-orang yang berteduh di bawah pohon tersebut dan memperhatikan tanda-tandanya namun dirinya tidak menemukan ciri-ciri itu pada sesiapa pun.
Ads
Suatu hari dirinya melihat ada rombongan datang berlindung di bawah pokok tersebut. Biarawan Kristian itu merasakan bahawa pohon Sahabi itu kenal akan Nabi kerana cabang-cabangnya memberikan perlindungan dari panas terik matahari. Masa yang sama, awan turut melindungi Nabi.
Ads
Dalam hal ini, Bahira mendekati Nabi dan berpesan agar menjaga anak saudaranya itu dengan baik kerana Nabi akan membawa keberkahan dan petunjuk kepada seluruh umat lslam. Dan dikatakan pokok ini masih utuh hingga ke hari ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap wanita pastinya mahu tampil cantik dan menarik untuk lebih berkeyakinan tika berhadapan dengan orang ramai.
Bukan sahaja penampilan dari segi berpakaian tetapi juga ada yang sanggup menggunakan keadah teknologi tertentu untuk tampil cantik.
Misalnya suntikan filler untuk hilangkan kedutan di wajah serta penyambungan bulu mata (eyelash extension) serta sulam bedak.
Namun ramai wanita yang melakukan kaedah cantik ini dengan mengenepikan sama sekali soal agama dalam penggunaannya.
Gambar sekadar hiasan.
Seperti perkongsian seorang pengguna di laman sosial Facebook bagaimana dia menggunakan eyelash extension ini untuk tampil cantik.
Walau bagaimanapun keinginan itu terpaksa dilupakan apabila mendapat pandangan dari pengalaman seorang rakannya yang sering terbabit memandikan jenazah wanita.
1-185
“Saya tanya dia, ada tak jenazah yang meninggal dengan cantik siap sulam bedak, eyelash extension, warnakan rambut dan sebagainya? Dia jawab ‘memang ada’.
“Jadi saya tanya ‘akak buat macam mana?’ Mengejutkan, dia beritahu, dia dan kawan-kawannya tak cukur rambut, tak cabut kuku, tak cabut atau gunting bulu matanya yang disambungkan, atau tonyoh pipi yang sulam dengan blusher tu.
“Dia biar sahaja kerana dia memang tak boleh padamkan dan tak boleh buat apa pun, walaupun sewaktu mandi tidak kena air dan tidak sah mandinya. Mayat pun rasa sakit,” tulis pelayar itu.
Tambah pelayar itu lagi, rakannya itu hanya mampu berdoa agar Allah mengampunkan dosa dirinya dan si mati.
“Seram saya dengar. Memang tak berani nak warnakan rambut dan sebagainya,” tulisnya lagi.
Sementara itu menerusi komen yang lain, seorang wanita turut membuat perkongsian mengenai pengalamannya yang menghentikan perkhidmatan memasangkan eyelash extension gara-gara satu tragedi yang benar-benar membuatkannya insaf.
Menurut wanita ini, dia pernah mengambil kursus dan membuka perniagaan yang menyediakan perkhidmatan pemasangan eyelash extension.
Jenazah yang pakai filler rupa dia Nauzubillah… Jadi tolong sangat-sangat yang pakai, sila remove.
Gambar sekadar hiasan.
Sungguhpun agak ragu-ragu, wanita itu bagaimanapun berkata dia tidak mempedulikan keadaan tersebut, sehinggalah berlaku satu peristiwa yang akhirnya mengubah keputusannya itu.
“Belum sampai tiga pelanggan, aku dah dapat petunjuk di mana arwak makcik suami aku meninggal secara tiba-tiba kerana serangan jantung. Kebetulan dia baru sahaja buat eyelash extension.
“Saudara mara sebelah suami tahu aku buat perkhidmatan eyelash extension, dan aku dipanggil untuk remove eyelash jenazah. Ya Allah, dah ditolak permintaan itu tapi semua orang merayu dekat aku.
“Menggigil tangan aku remove eyelash jenazah. Dan bermula saat itu, aku berhenti buat service tu lagi. Allah dah beri petunjuk kepada aku,” tulisnya.
Dalam pada itu, seorang pelayar, Xinger Yan yang pernah mempunyai pengalaman memandikan jenazah wanita turut berkongsi kisah di mana dia dan rakan-rakannya berdepan dengan tugas berat sekiranya diminta memandikan jenazah wanita sedemikian.
“Jenazah yang pakai filler rupa dia Nauzubillah… Jadi tolong sangat-sangat yang pakai, sila remove… yang itu pemandi jenazah tak dapat tolong. Apabila badan dah kaku, filler bentuknya berketul-ketul… cacat jenazah.
“Cuma nasihat saya, elakkanlah tabarruj (mencantikkan diri). Anda bayangkan apabila darah berhenti, bukan semudah ABC nak tonyoh buang semua. Berpeluh nak bersihkan foundation, eyeshadow dan celak. Sedih tengok terasa perit sangat kena tonyoh kuat-kuat tapi apakan daya,” ujarnya.
‘Ibadat haji beri kesan mendalam.’ 8 tahun tiada tawaran kerja, Shamsul Ghau Ghau percaya rezeki Allah. Benarlah bila kita berubah kepada sesuatu yang lebih baik seperti berhijrah pasti ada ujiannya.
Bagi Shamsul Ghau Ghau, dia berusaha menjadi insan yang lebih baik selepas pulang mengerjakan ibadat haji pertama kalinya pada tahun 2012. Memang haji pertama yang dia lalui memberi impak yang besar buat kehidupannya.
Malah empunya diri turut mengakui pintu hatinya terbuka untuk memperbetulkan segala kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini. Namun perubahan ini tidak bermakna dia meninggalkan dunia seni.
“Sebenarnya mereka salah anggap. Bila kita berhijrah, ramai orang anggap kita berhijrah termasuklah dalam urusan kerja contohnya panggil shooting tak boleh, pergi show tak boleh.
‘Masyallah, saya bukan begitu. Saya perlu bekerja sebab saya ada anak-anak dan mempunyai hutang untuk dibayar. Tapi bila saya berhijrah, orang pun tak nak panggil saya lagi.
“Bila saya berhijrah, saya banyak lalui perkara sukar kerana tiada job. Paling sedih ada orang gelar saya ‘bekas selebriti’. Tapi saya tetap berdoa dan anggap segala yang berlaku adalah ujian selepas hijrah,’ kongsi Shamsul Ghau Ghau yang mesra disapa Paksu.
8 Tahun Tiada Tawaran Kerja
Menurut Shamsul, dia bernasib baik sepanjang diuji dia memiliki simpanan untuk digunakan. Semua yang berlaku adalah atas jasa dan nasihat almarhum Mr Os.
‘Suatu ketika dahulu, Mr Os ada remind saya dan suruh simpan duit kalau dapat duit job. Dengar nasihat Mr Os, memang saya mula menyimpan sampai saya mampu beli 3 biji rumah dan ada duit simpanan dalam bank.
‘Jadi bila kita diuji dengan tidak ada kerja. Simpanan dan rumah yang ada memang membantu. 8 tahun tiada kerja, sudahnya saya jual rumah untuk teruskan hidup. Tapi tetap yakin dengan Allah, alhamdulilah ada kerja datang, saya terima,’ terangnya lagi.
Shamsul Ghau Ghau Percaya Rezeki Allah
Shamsul paling teruja dalam kesempitan dia meneruskan kehidupan, dia direzekikan untuk belajar Al-Quran dan akhirnya mendapat tauliah untuk mengajar mengaji di negeri Selangor.
Semuanya gara-gara tiada tawaran kerja, dirinya mempunyai banyak masa untuk pengajian Al-Quran. Shamsul aktif sebagai guru al-Quran selepas menjadi artis pertama menerima pentauliahan mengajar kitab itu daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Mac 2018.
Seorang ibu sebolehnya mahu yang terbaik untuk anaknya. Sebab itu seorang ibu akan sentiasa menegur dan memberi nasihat terhadap mana-mana tindakan anak yang dilihat tidak kena di matanya.
Kadang-kadang hampir setiap hari ada saja teguran yang diberikan oleh sang ibu hingga ada yang berasa rimas.
Namun begitu seorang anak perlu berlapang dada menerima teguran dan nasihat, jangan sesekali memberontak atau melawan jika nasihat dan teguran yang diberi tak dapat diterima sehingga menyebabkan ibu berkecil hati.
Apatah lagi sehingga melukakan hati ibu dan dan mengucapkan kata-kata seperti ‘mak tak nak cakap apa dah’, ‘apa nak jadi, jadilah’, ‘kalau mak nasihat sepatah, kau jawab 10 patah’.
Hati hati jika ibu keluar ayat ini
Menurut Ustazah Asma’ Harun jika ibu mengeluarkan kata-kata ini maka berhati-hatilah.
Ujar beliau sememangnya sifat seorang ibu sentiasa ingin memberi nasihat dan teguran.
“Ketahuilah bahawa sekiranya seorang anak menghalang ibunya untuk memberi nasihat, maka putuslah rahmat dalam hidupnya, ungkapnya.
“Apabila seorang ibu cakap ‘mak tak nak cakap apa dah’, ‘apa nak jadi, jadilah’, ‘kalau mak nasihat sepatah, kau jawab 10 patah’, berhati-hatilah.
“Kalau seorang ibu mula diam, mula tak bersuara, mula tidak mahu berkata apa-apa lagi untuk kehidupan anaknya, maka sebenarnya anak ini telah terputus laluan ataupun perantaraan rezeki daripada ALLAH, rahmat daripada ALLAH dan pertolongan daripada-NYA,” katanya dalam satu video yang dimuat dalam laman sosial Facebook miliknya.
Kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah yang sudah tua, Ustazah Asma’ menitipkan pesanan berharga buat renungan bersama.
Beliau menjelaskan, semua itu ujian buat kita kerana pada usia sebegitu, adakalanya ada sahaja suatu perkara yang tidak ‘kena’ pada mata mereka, menyebabkan orang tua kita bersuara.
“Ada sahaja benda salah dan hendak ditegur. Renungkanlah, bagaimana kita masih kecil dulu, ibu dan ayah sabar melayan kita, ulang salah yang sama walaupun sudah ditegur setiap hari.
“Begitulah yang berlaku kepada kita esok apabila tua. Bila kita tua, sampai masa akal kita mula ‘separuh’.
“Sebab itu hari ini bekalan kita sabar dengan anak. Walaupun kita diuji dengan anak, menantu atau cucu, jangan pernah berhenti berdoa untuk mereka,” ujarnya.
Seronok beraya, pergi rumah terbuka bertemu saudara mara dan rakan taulan tapi tanpa sedar kita turut sama melakukan dosa.Dikongsi oleh Ustazah Asma' Harun, terdapat...