Inilah Satu-Satunya Sahabat Nabi Yang Masih Hidup, Berusia 1400 Tahun

Share

Nabi Muhammad SAW sudah lama pergi meninggalkan kita. Namun percaya atau tidak, satu-satunya sahabat Baginda masih ada lagi hingga kini dan kekal utuh di tempatnya sejak 1400 tahun lalu.

Ia disebut pokok Sahabi yang menjadi tempat Rasulullah melepaskan keletihan dan berlindung dan masih hidup segar sehingga ke hari ini. Para pengkaji sejarah mendapati pokok Sahabi ini kekal rendang

di tengah panas terik padang pasir yang terletak di sebuah daerah di Jordan. Bahkan ramai para ilmuan tertanya-tanya bagaimana pokok ini masih bertahan hidup hingga ke hari ini.

Dikisahkan, di waktu Nabi ﷺ masih kecil (berusia di antara 9 atau 12 tahun), Rasulullah telah mengikut pakciknya Abu Thalib menuju Syam. Seorang paderi Kristian yang ketika itu namanya Bahira menyatakan bahawa Muhammad adalah Rasul terakhir akan disambut oleh pohon al-Buqay’awiyyah.

Kerana itulah dirinya menunggu orang-orang yang berteduh di bawah pohon tersebut dan memperhatikan tanda-tandanya namun dirinya tidak menemukan ciri-ciri itu pada sesiapa pun.

Suatu hari dirinya melihat ada rombongan datang berlindung di bawah pokok tersebut. Biarawan Kristian itu merasakan bahawa pohon Sahabi itu kenal akan Nabi kerana cabang-cabangnya memberikan perlindungan dari panas terik matahari. Masa yang sama, awan turut melindungi Nabi.

Dalam hal ini, Bahira mendekati Nabi dan berpesan agar menjaga anak saudaranya itu dengan baik kerana Nabi akan membawa keberkahan dan petunjuk kepada seluruh umat lslam. Dan dikatakan pokok ini masih utuh hingga ke hari ini.

Published by
almaswa Haji Che Ros