Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Pengakuan penyanyi Ireland Sinead O’Connor meninggalkan agama Kristian dan memeluk agama Islam begitu mengejutkan. Pendedahan tersebut dikongsi penyanyi yang popular dengan lagu “Nothing Compares 2 U” itu menerusi akaun Twitter miliknya.

Inilah Yang Dinamakan Hidayah Daripada Allah, Penyanyi Ireland Sinead O’Connor Peluk Islam, Tukar Nama Menjadi Shuhada’ Davitt


“(Twit) Ini untuk mengumumkan bahawa saya bangga telah menjadi seorang Muslim. Keputusan ini sangat alami, sebuah kesimpulan dari perjalanan teologi saya. Semua telaah kitab suci mengarah pada Islam,” tulis O’Connor di akaun Twitternya.


Sinead O’Connor juga telah mula berhijab dan mengubah namanya menjadi Shuhada’ Davitt.

https://twitter.com/MagdaDavitt77/status/1055498371610361857


https://twitter.com/MagdaDavitt77/status/1055587834730569728

Kesahihahan mengenai Sinead O’Connor telah memeluk agama Islam boleh dilihat daripada akaun Twitter terbarunya, @MagdaDavitt77. Di situ, penyanyi 51 tahun itu menulis serangkaian twit tentang Islam.

IKLAN

Beliau turut menggayakan pakaian Muslim berdasarkan gambar.

Inilah Yang Dinamakan Hidayah Daripada Allah, Penyanyi Ireland Sinead O’Connor Peluk Islam, Tukar Nama Menjadi Shuhada’ Davitt

“Kawan rapat saya, Elaine memberikan hijab pertama kepada saya dan beliau seram sejuk seluruh badan melihat saya memakainya,” katanya.

Inilah Yang Dinamakan Hidayah Daripada Allah, Penyanyi Ireland Sinead O’Connor Peluk Islam, Tukar Nama Menjadi Shuhada’ Davitt

IKLAN

Selepas menukar nama kepada Shuhada, beliau memuat naik rakaman video melaungkan azan.

“Ini adalah cubaan pertama saya menyanyikan azan. Saya ada kesilapan sebutan kerana emosi, namun beratus lagi cubaan akan dilakukan. Apabila saya sudah berlatih 30 kali, saya akan membuat dunia terpegun,” katanya.

https://www.youtube.com/watch?v=VJ0RdoiSZgk&feature=youtu.be

Pengislaman Sinead O’Connor menarik perhatian ramai peminatnya. Ini komen-komen mereka.

IKLAN

Inilah Yang Dinamakan Hidayah Daripada Allah, Penyanyi Ireland Sinead O’Connor Peluk Islam, Tukar Nama Menjadi Shuhada’ Davitt

 

Inilah Yang Dinamakan Hidayah Daripada Allah, Penyanyi Ireland Sinead O’Connor Peluk Islam, Tukar Nama Menjadi Shuhada’ Davitt

Saat ini Sinead O’Connor sedang menyiapkan mini album yang penjualannya akan didermakan kepada pesakit kanser. Dalam penghasilan album tersebut, dia berkolaborasi dengan Ronnie Wood “Rolling Stones,” aktor Irlandia Cillian Murphy, Nick Mason “Pink Floyd,” dan penyanyi Imelda May.

Semoga Sinead O’Connor terus istiqamah dengan penghijrahan yang dilakukannya. Aamiin….

Sumber Kredit: Irishpost.com dan Twitter

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI