Institusi Keluarga Makin Tenat, Aktivis Syed Azmi Dedah Realiti Bapa Tiri Jadi Musang Berbulu Ayam

Share

Pesan al-Imam Ibn al-Qayyim bahawa peranan seorang ayah sangat berat. Seorang ayah yang leka boleh memberikan kesan terhadap kerosakan anak-anaknya. Kata al-Imam:

فَمَا أفسد الْأَبْنَاء مثل تغفل الْآبَاء وإهمالهم

“Maka telah rosak anak-anak atas kesan mengikut kelekaan serta kelalaian ayah-ayah mereka” (Tuhfatul Maudud).

Seorang ayah berperanan untuk mendidik anak-anaknya. Tidak kira bapa kandung atau bapa tiri, adalah menjadi tanggungjawab itu ke atas lelaki untuk mendidik anak-anak bersolat, menjaga kehormatan diri dan lain lain.

Malah dua perkara tauhid yang harus difahami ialah menyembah Allah SWT dan tidak mensyirikkannya. Malah agama turut menuntut kita berbuat baik sesama ahli keluarga.

Dalam surah An Nisaa’ ayat 36 bermaksud:

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sembahlah Allah SWT dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapa, ahli keluarga, anak yatim, orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri. Sebelum kita melakukan kebaikan kepada orang lain, perlu dilihat adakah kebaikan atau ihsan kita sampai kepada kedua-dua ibu bapa dan ahli keluarga kita terlebih dahulu."

(Surah an-Nisaa', ayat 36)

Tapi hari ini institusi kekeluarga semakin tenat. Ada amanah harus dipikul tapi ramai yang lalai.

Pendedahan aktivis, Syed Azmi Syed Alhabshi mengenai kisah seorang gadis dirogol bapa tirinya pada usia 15 tahun selain terlanjur dengan teman lelaki selepas mahu berkahwin ditolak mentah-mentah oleh bapa tiri ini wajar kita jadikan tauladan bahawa institusi kekeluargaan hari ini semakin tenat.

Baca perkongsian di fb miliknya.

Disentuh ayah tiru umur 15, kini dah 20 tahun dan terlanjur dengan bf, AYAH TIRI TAK BAGI KAWEN.

(cuba baca whatsapp mesej di bawah)

Kejadian 2 hari yang lalu.

Saya sudah berbual melalui fb live dengan anak ini. Sila tonton fb live itu ye. (Dengan izin)
https://www.facebook.com/syed.azmi.148/videos/10158280359756478/?d=n

"Assalamualaikum tuan. Saya berumur 20 tahun. Saya pernah dirogol oleh bapa tiri saya ketika umur saya 15 tahun. Tapi pada masa tersebut saya terpaksa berdiam diri kerana bapa tiri ugut jika saya laporkan pada ibu atau menolak, dia akan ceraikan ibu saya. Dan dalam beberapa bulan selepas itu, saya ada buat cubaan kantoikan perlakuan bapa saya kepada ibu saya dan saya berjaya.

Masa itu kat rumah makcik. Kami baru balik dari air terjun. Saya dalam bilik tengah tukar baju tiba tiba abah masuk and dia cuba nak raba saya. Kebetulan saya teringat masa saya masuk rumah, ibu baru nak masuk jugak. So saya biar je abah usik. Memang dalam hati doa semoga ibu lalu. Alhamdulillah ibu lalu nak ke dapur.

Tetapi kes terpaksa ditutup kerana ibu saya percaya yang bapa tiri saya akan berubah dan atok nenek saya merayu supaya kes tersebut tidak dibawa kemana mana. Tapi sehingga sekarang, bapa tiri saya masih ada buat cubaan untuk menyentuh saya. Saya ada suarakan benda ni kepada ibu saya tetapi hanya mendapat respond, pandai lah kamu jaga diri, ibu tak boleh nak buat apa apa. Hanya itu sahaja tuan.

Disebabkan hanya diusik sebegitu, nafsu aaya bergolak. Dan saya pernah cuba kenalkan someone untuk saya jadikan suami. Dua orang ditolak mentah mentah oleh bapa tiri saya. Pada awal tahun ni, saya ada berhubung dengan seorang lelaki. Dia dari awal mengaku yang dia pernah ada sejarah tak baik. Dia pernah bersetubuh dengan pasangan dia sebelum ni.

Jadi dia tak nak perkara sama berlaku kepada kami. Dia bersungguh ajak saya kawin. Tapi kami tersilap langkah. Kelmarin kami telah terlanjur. Dan kantoi dengan ibu bapa saya. Dia dibelasah teruk oleh bapa saya. Setelah berbincang, kami berua setuju untuk ambik tanggungjawab atas apa yang berlaku.

Saya ada berbincang dengan adik saya tentang saya nak mintak izin ibu bapa saya untuk nikah secepat mungkin. Kebetulan bapa saya dengar. Malam tu dia whatsapp saya. Dia bagitau dia tak setuju saya nikah dengan lelaki tu. Tapi saya seolah olah rasa dia sengaja tak.

Saya sebenarnya nak mintak pendapat. Saya tak tau patut tak saya bagitahu ibu saya tentang perbualan kami. Dan macam mana saya nak yakinkan ibu saya untuk izinkan kami nikah.

Saya takda siapa yang boleh dipercayai. Saya pernah berkongsi dengan kaunselor. Tapi kisah saya disebarkan selepas tu. Sekarang saya memang tak percaya sesiapa."

Published by
almaswa Haji Che Ros