Bagi orang dewasa, kita mungkin memahami kenapa kita perlu sentiasa berdoa untuk kesejahteraan bumi Palestin dan apa itu Masjid Al-Asqa yang menjadi perebutan antara Zionis Yahudi dan warga Palestin. Menjadi kiblat pertama umat Islam, tidak hairanlah Masjid Al-Aqsa wajib dipertahankan oleh semua umat Islam dan bukannya warga Palestin sahaja.

Tapi bagaimana nak memberitahu anak-anak tentang sejarah bumi Palestin dari sudut yang paling mudah untuk anak-anak faham?

Pengacara Irma Hasmie dalam satu perkongsian di IGnya @irmahasmie berkongsi apa yang perlu ibu ayah ajarkan dan tanamkan dalam jiwa anak-anak kenapa kita harus memberi perhatian kepada isu Palestin dan selalu mengikuti isu semasa di Baitul Maqdis?

Ternyata ianya sangat baik untuk anak-anak memahami sejarah negara ini.

Apabila anak kita bertanya,

“Mengapa kita memberikan perhatian kepada PALESTIN dan selalu mengikuti isu semasa di Baitul Maqdis?”

IKLAN

Irma Hasmie Kongsikan Kenapa Ibu Ayah Wajib Ajar Anak Kecil Tentang Palestin, Di Bumi Anbia Ini Tempat Tinggal Para Nabi

Apa jawapan kita?

Ceritakan kepada anak kita:

Wahai anakku, sesungguhnya PALESTIN adalah tempat tinggal para Nabi.

Nabi kita Ibrahim عليه السلام hijrah ke PALESTIN.

IKLAN

Nabi Lut عليه السلام diselamatkan oleh Allah dari azab yang turun pada kaumnya menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi PALESTIN.

Nabi Daud عليه السلام tinggal di PALESTIN dan membangun mihrabnya.

Dan Nabi Sulaiman عليه السلام memerintah seluruh dunia dari PALESTIN, kisahnya yang popular berkaitan semut yangg berkata, “Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.” Tempat yang disebut dengan wadi an-Naml (lembah semut) itu terletak di PALESTIN dekat (‘Athqalan).

IKLAN

Di PALESTIN juga, terdapat mihrab Zakaria عليه السلام, sebagaimana Musa عليه السلام meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah, beliau menamakan dengan al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi.

Demikian juga ketika Rasulullah ﷺ melakukan Isra’, baginda pergi ke Baitul Maqdis sebelum Mi’raj ke langit. Inilah terminal pertama baginda berhenti setelah berangkat dari Mekah sebelum menuju ke langit, dan baginda menjadi imam solat para Nabi.

Banyak mukjizat yang terjadi di dalamnya, di antaranya kelahiran Nabi ‘Isa عليه السلام dari ibunya Maryam, seorang gadis tanpa suami, dan Allah mengangkatnya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya.

Di PALESTIN, Maryam menggoyang batang pohon kurma setelah kelahirannya dalam keadaan paling lemahnya wanita.

Termasuk tanda-tanda akhir zaman di PALESTIN, Nabi ‘Isa عليه السلام akan turun di menara putih Syria, dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod PALESTIN, serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di PALESTIN, di antaranya kisah Talut dan Jalut.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI