Tiada apa yang lebih menyedihkan apabila kehilangan tiga ahli keluarga serentak yang mana sehingga kini nasib mereka tidak diketahui sama ada masih hidup atau tidak dalam tragedi banjir yang melanda 9 kampung di Baling semalam.
Sehingga berita ini dilaporkan, tiga sekeluarga termasuk seorang wanita hamil empat bulan dipercayai hilang selepas rumah didiami mereka dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir yang melanda Kampung Iboi, Kupang.
Menurut suami Nurul Hanis, Khairul Ashraf Nor Azman, 24, berkata ketika kejadian dia sedang bekerja di Pulau Pinang dan sepatutnya pulang hari ini bagi membawa isteri melakukan pemeriksaan kandungan.
Mereka baru berkahwin Februari lalu dan kini isterinya sedang mengandung empat bulanTregedi rempuhan kepala air mengakibatkan banjir besar di Baling
Katanya, dia menerima panggilan daripada kakaknya mengenai kejadian banjir itu dan terus bergegas pulang, namun apabila sampai rumah yang didiami isterinya itu hilang dibawa arus deras.
“Saya dan isteri tinggal di Pulau Pinang, namun isteri minta balik ke kampung dan tinggal dengan emak saya untuk jaga dia sebab emak kena strok,” katanya yang mendirikan rumah tangga pada Februari lalu.
Khairul Ashraf berkata kali terakhir dia bertemu dengan isterinya pada minggu lepas dan isterinya sempat meninggalkan pesan supaya menjaga dirinya baik-baik. “Sebelum kejadian kami juga sempat berbalas mesej dan dia meminta saya membelikan dia makanan dan macam-macam benda lain, tapi bila kejadian ini berlaku tak sempat saya nak tunaikan permintaan dia,” katanya.
Ads
Khairul Ashraf berharap isterinya dan ahli keluarganya yang lain dapat ditemukan dengan selamat, namun dia reda dengan segala ketentuan.
Abd Rahman Said menunjukkan ahli keluarganya yang hilang dalam tragedi ini di mana rumahnya hanyut sama sekaliDoakan keselamatan ketiga-tiga mangsa yang masih hilang ini
Dalam pada itu, bapanya Abd Rahman Said, 71, berkata ketiga-tiga mangsa yang hilang adalah ahli keluarganya iaitu isterinya Salmah Mat Akib, 53, menantunya Nurul Hanis Abu Hassan, 23, dan anak tirinya Mohd Khairul Ikhwan Nor Azman, 14.
Beliau berkata ketika kejadian pada kira-kira 4 petang, menantunya itu sempat menelefon memberitahu keadaan air yang semakin naik di kawasan rumah.
“Ketika kejadian saya tidak berada di rumah dan bila menantu telefon saya beritahu dia saya dalam perjalanan balik. Tapi dalam perjalanan balik itu banyak halangan di jalan raya. Jadi saya lambat sampai ke rumah.
Ads
“Bila sampai saya lihat jambatan tidak ada sebab sudah dihanyut arus, saya terus parkir kereta dan berlari ke rumah tapi saya tengok rumah saya pun sudah tidak ada,” katanya ketika ditemui pemberita di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai di sini hari ini.
Beliau berkata isterinya yang terlantar kerana strok ditemani menantunya yang sedang mengandung anak sulung serta anak tirinya di rumah itu tidak sempat menyelamatkan diri kerana kejadian berlaku begitu pantas.
Tambah beliau, kejadian banjir itu adalah yang terburuk pernah berlaku di kawasan itu yang menyebabkan rumahnya musnah 100 peratus dan dihanyutkan arus deras. “Setakat ini saya belum terima apa-apa berita mengenai nasib mereka, tapi saya berharap mudah-mudahan mereka selamat. Tapi jika ditemukan tidak selamat sekalipun saya reda,” katanya sambil mengesatkan air mata.
Banjir besar melanda daerah Baling akibat hujan lebat selama 3 jamKemusnahan teruk di kawasan terlibat di mana banyak rumah terlibat
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat mengesahkan polis menerima laporan mengenai kehilangan tiga individu itu dan menggerakkan operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan kesemua mangsa, namun setakat 2 pagi tadi pihaknya belum menjumpai sebarang petunjuk.
Ads
“Pada malam ini (tadi) operasi tidak dapat diteruskan memandangkan tempat itu gelap, ada takungan air dan keadaan berlumpur. Pada petang tadi (semalam) pasukan kita sudah meninjau lokasi kejadian dan mendapati rumah tersebut telah musnah,” katanya ketika ditemui di PPS sama.
Beliau berkata operasi mencari kesemua mangsa diteruskan semula pada 7 pagi ini dan akan memperluaskan kawasan pencarian dengan pembabitan anggota daripada pelbagai agensi berkaitan.
Dalam perkembangan sama, Shamsudin menafikan dakwaan yang mengatakan seorang mangsa ditemukan terkorban dalam kejadian banjir itu seperti yang tular dalam media sosial.
Menurutnya, setakat ini dua mangsa disahkan mengalami kecederaan dalam kejadian itu membabitkan seorang lelaki dan seorang perempuan yang telah dibawa dan menerima rawatan di Hospital Baling.
“Mereka yang berusia dalam lingkungan 40-an hingga 50-an mengalami cedera ringan dan dalam keadaan stabil dan selamat. Saya berharap orang ramai tidak menyebarkan perkara yang tidak betul berkenaan kejadian ini,” katanya. Sumber : Harian Metro . Gambar : BERNAMA
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Tangan letak atas ubun-ubun, baca surah Ar-Rahman ayat 1-4.’ Tasha Mashahar kongsi doa anak cepat belajar, kurang tantrum.
Setiap anak berbeza perangai dan perkembangannya, tapi apa salahnya sebagai ibu kita berusaha sebaik mungkin, selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Tasha Mashahar, sebagai ibu sudah tentu dia inginkan yang terbaik untuk anaknya dan dalam masa yang sama setiap yang berlaku segalanya atas izin Allah.
Mak-mak kita dulu pun ramai sudah amalkan tapi zaman mereka dulu tak ada sosial media (socmed). Saya mula amalkan sebab tengok @ustazahasmaharun share.
I nak share magicnya amalan ini dalam development anak-anak I terutama Muammar (since dia sudah sekolah). Wallahi niat cuma nak memanfaatkan platform socmed yang ada follower tak seberapa ini.
Supaya lebih ramai dapat amalkan sama. Benda baik kita kena kongsi. I uploaded on tiktok tapi video ini kena removed.
I amalkan masa sebelum Muammar start sekolah lagi sebenarnya usually sebelum tidur malam. Bila sudah sekolah, I baca every time sebelum hantar dia ke sekolah.
Kadang-kadang bila terlupa, Muammar sendiri cakap “Mommy bacalah doa dekat kepala abang.”
Tangan kanan letak atas ubun-ubun anak, bacakan Surah Ar-Rahman ayat 1 hingga 4, doa Rasulullah dekat Ibn Abbas, dan bolehlah tambah doa atau niat lain. Semoga anak terang hati terima ilmu.
Tasha Mashahar Kongsi
Alhamdulillah, I perasan now Muammar lebih seronok ke sekolah. Honestly tiap pagi hantar school masih bergenang air mata. Tapi tak ade sudah drama meraung dekat pagar.
Ambil dia balik school happy saja. Muammar cepat belajar. Kurang tantrum. Lebih senang bila ajak bincang. Of course dalam mendidik ni kena banyak sabar dan juga selalu konsisten. Tapi asbab amalan ini byk Allah mudahkan urusan I.
Doa Anak Cepat Belajar
By the way, I bacakan untuk Mateen juga sebelum tidur atau sebelum tinggalkan dia untuk I pergi kerja. Tapi apa-apa pun, tiada apa yang berlaku tanpa izin Allah. Jemput share doa-doa lain yang kita boleh amalkan sama untuk anak-anak.
Disclaimer: Muammar is just a 4y boy. He’s a smart boy masyallah Alhamdulillah. But, he’s not perfect. He has bad days too, just like other kids.
Ada benda dia belum pandai. Let us not compare our children, who goes fast or who goes slow. Tak fair untuk mereka. Every child has their own pace.
Sebagai ibu bapa, kita cuma perlu acknowldge setiap sekecil-kecil progress yang anak tunjukkan, hargai sekecil-kecil effort mereka, and continuously support them to do better every day. Hope this helps.
Tidak susah bagi kita kaum wanita untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin. Malah sebelum tidur juga kita digalakkan untuk melakukan beberapa adab seperti yang dipesan Rasulullah SAW kepada isterinya Aisyah Ummul Mukminin (ra).
Jika kita melakukan amalan-amalan ini akan mengaut ganjaran pahala serta kelebihan yang sangat besar jika melakukannya.
Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah Ummul Mukminin (ra), isteri tercintanya:
“Wahai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan EMPAT perkara ini, iaitu: 1. Sebelum mengkhatamkan Al-Qur’an.
2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di Hari Akhirat.
3. Sebelum para Muslim meredhaimu.
4. Sebelum kau laksanakan Ibadah Haji dan Umrah.
Aisyah pun, bertanya kepada Rasullah SAW: “Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara ini, seketika?”
Rasullah SAW tersenyum dan bersabda: “Sebelum engkau tidur (lakukan ini): 1. “Jika engkau akan tidur , membacalah Surah al –Ikhlas tiga kali. Seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran.
2. “Bacalah selawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai kamu.
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.
“Subhanallaahi Walhamdulillaahi Walaailaaha Illallaahu Allaahu Akbar ( 3x ).
Semoga kita bersama-sama dapat mengamalkan 4 perkara ini dan memperolehi ganjaran pahala yang dijanjikan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebelum itu pelakon cantik ini sudah lama memasang niat untuk berhijab. Dan ternyata niat itu kemudiannya terlaksana apabila mengesahkan dirinya sudah mula bertudung sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.
Isteri kesayangan pelakon Beego ini memberitahu dia mula mengubah penampilan dengan gaya lebih sopan san memenuhi ciri wanita Muslimah sebenar.
“Sebenarnya sejak beberapa tahun lalu lagi saya sudah menyatakan hasrat hendak bertudung tapi banyak sahaja halangan dan dugaannya.
“Namun saya akui saya bermula dengan memakai baju lengan panjang dan labuh paras punggung.
“Menjadi titik permulaannya saya bertudung ketika PKP baru-baru ini. Banyak hikmahnya, bila saya duduk di rumah banyak buat ibadah seperti solat sunat dan sebagainya ia sekaligus menggerahakan hati saya untuk mahu bertudung terus,” katanya kepada Astro Gempak.
Menurut Linda lagi, dia bukan sahaja mahu mengubah imejnya sahaja, malah mahu berhijrah menjadi seorang muslimah yang sejati.
“Saya tidak mahu dilihat baik hanya kerana saya bertudung sahaja. Saya mahu perbaiki diri saya luar dan dalam.
“Jadi sebelum saya bertudung saya telah cuba memperbaiki dalaman saya dengan menjadi seorang yang lebih beradab serta berkawan dengan orang-orang yang baik.
“Sejujurnya ini penghijrahan diri saya dari dalam dan luar,” katanya lagi.
Linda dan Beego merupakan pasangan selebriti yang banyak membintangi drama Melayu di stesen televisyen.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 5, Anggun Cassandra, 4 dan Indah Camella, 1.
Suami Beri Pilihan Kepada Isteri Untuk Ceraikan Diri Sendiri, Boleh Ke?Konflik rumah tangga yang berlaku memungkinkan perkara ini berlaku. Bila mana suami sendiri memberi...