Isteri Dedah Dr Ali Suka Bersedekah Walau Sedikit Setiap Hari! Arwah Juga Sangat Memuliakan Ibunya

Share

Semalam tular kisah Dr Ali Noor Hassan yang pada awalnya disangka meninggal kerana kepenatan bertugas sebagai frontliners dalam menangani pandemic COVI-19 yang angkanya sentiasa mencecah antara 3000 ke 4000 kes setiap hari.

Namun diberitakan allahyarham meninggal akibat pendarahan dalam otak, bukan disebabkan tekanan tinggi dalam dunia pekerjaannya.

Dalam pada itu, pemergian allahyarham mendapat liputan meluas dan ramai yang mengirimkan doa selepas pemergiannya.

Dalam pada itu atas nama akaun fb Asilah Alqarny, isteri kepada doktor berkenaan memaklumkan bahawa pemergian suaminya bukan disebabkan kepenatan sebaliknya pendarahan dalam kepala.

Tulisnya, "Dia meninggal di HKL kerana acute respiratory distress bukan sebab covid/kepenatan bertugas melawan covid"


Ini yang dikongsikan oleh Asilah Alqarmy di fbnya selepas pemergian suaminya.

""Tiba tiba banyak dapat request friend. Sebab dah viral. Ramainya yang doakan arwah suami Dr Ali Noor Hassan. Beribu-ribu orang share dan doakan dia. Alhamdulillah.

Cuma maklumat kurang tepat sebab kematian. Dia meninggal di HKL kerana Acute Respiratory Distress bukan sebab COVID-19 /kepenatan bertugas melawan Covid.

Memang dia banyak terlibat dengan aktiviti jemaah tabligh. Periksa pesakit secara percuma semasa ijtimak tabligh. Tidak berkira kerja dengan kawan kawan dan dia antara yang suka ziarah sahabat/saudara sakit. Ramai yang mesej Dr ali antara orang yang pertama melawat apabila kawan kawan Tak sihat.

Beliau jugak banyak bersedekah. Setiap hari walau sedikit.

Sangat memuliakan ibunya dan sanggup ambil separuh gaji nak jaga ibu sakit

Semasa ibunya masih ada, banyak memuliakan dan berbakti kepada ibu. Setiap kali beli lauk untuk family mesti akan belikan lauk yang sama untuk arwah emak dia semasa hidup. Mak nak ke klinik atau rawatan memang dia akan usahakan cuti untuk berkhidmat kepada mak dia.

Sehingga mak dia di diagnose lung cancer pada August 2018 sanggup ambik cuti separuh gaji untuk jaga emak dia. Sehingga ke akhir hajat mak dia di IKN, dia antara yang ajarkan mak kalimah syahadah.

Damailah di sana wahai suamiku.

Published by
almaswa Haji Che Ros