Lelaki bujang mengaku bujang, memang tidak menjadi isu. Tetapi apabila suami mengaku bujang, ia akan menjadi isu besar. Takut-takut jatuh talak.

Setiap perkataan yang menjurus kepada pensabitan talak tidak boleh dituturkan sewenangnya. Niat sekadar gurauan akhirnya mendatangkan masalah. Kita baca penjelasan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan apakah hukumnya jika suami mengaku bujang. Jatuh atau tidak talaknya?

Artikel berkaitan:  Masalah Besar Bukan Talak Semasa Hamil Tapi Bahaya Mudarat Talak Itu Kepada Bekas Isteri-PU Rahmat Ikhsan

Artikel berkaitan: Hati-hati Menziharkan Wajah Isteri Dengan Arwah Nenek

SOALAN:

Assalamualaikum ustaz. Saya ada satu soalan nak tanya ustaz. Ada seorang hamba Allah datang bertanya kepada sy. Ceritanya secara ringkas begini. Si isteri pulang ke kampung dengan membawa anaknya sekali.

Dan semasa di airport, isteri ada bertanya kepada suami kenapa mesti memakai pakaian cantik-cantik sedangkan hanya ke airport. Dan si suami membalas dengan berkata. “Nak keluar lah sekejap lagi, kan bujang hari ini”. Tapi hakikatnya hanyalah dengan niat gurauan tanpa ada maksud begitu.

IKLAN

Adakah kata-katanya itu sebenarnya telah terjatuh talak kepada isteri dia?
Kerana ada kawan isterinya memberitahu walaupun dgn gurauan, hakikatnya telah jatuh talak. Boleh tuan mufti jelaskan. Sangat berharap tuan mufti boleh memberi penjelasan tentang perkara ini.

JAWAPAN:

Satu rukun daripada rukun-rukun talak ialah sighah, yakni bentuk ucapan talak itu. Jika tiada sighah talak maka tidak jatuhlah suatu talak. Sighah itu terbahagi kepada dua:

Pertama: Sighah Sarih

Sighah sarih bermaksud bentuk ucapan talak yang jelas dan tidak menanggung maksud lain selain talak. Ini seperti perkataan talak, cerai, berpisah. Kalimah-kaimah ini jika disebut tidak memerlukan kepada niat untuk menjatuhkan talak. Sekalipun jika seseorang menafikan selepas itu: “Aku tidak berniat talak.” Maka tetap tidak diterima penafian itu.

IKLAN

Kedua: Sighah Kinayah

Kinayah bermaksud kiasan. Kalimah kiasan memiliki banyak maksud dalam suatu masa. Justeru, ia memerlukan niat cerai sewaktu dilafazkan perkataan kinayah itu.

Jika tidak wujud niat talak sepanjang lafaz kinayah itu disebutkan, maka tidak jatuh talak. Contohnya seperti si suami berkata kepada isterinya: “Engkau telah kosong,” “Engkau bebas,” “Baliklah ke rumah ibu bapamu,” dan “Engkau telah halal.”

Dalam kes di atas tentang sahabat yang mengaku bujang kami berpendapat tidak termasuk dalam lafaz talak. Dan jika dimasukkan sekalipun termasuk dalam lafaz kinayah yang sangat lemah.

IKLAN

Isteri Gusar Ingin Tahu, Apa Hukum Suami Mengaku Bujang
Ini kerana perkataan bujang membawa banyak maksudnya:

• Boleh jadi maksudnya ialah bujang tiga bererti lelaki yang sudah berkahwin satu boleh berkahwin lagi tiga.
• Boleh jadi juga membawa maksud dia ingin menceraikan isterinya.
• Boleh jadi juga bermaksud dia menipu menyatakan dia tidak pernah berkahwin, kerana mengaku bujang tidak sama jika mengaku duda.
• Mungkin juga maksudnya ialah dia berasa seperti seorang bujang yang memiliki masa lebih lapang untuk urusan peribadi.

Begitulah seterusnya.

Justeru kami berpendapat tidak jatuh talak jika seorang lelaki mengaku bujang kerana perkataan itu tidak termasuk dalam lafaz sarih atau kinayah bagi talak.

Jika termasuk sekalipun ia termasuk dalam makna yang paling ganjil dan lemah kerana bujang bermaksud tidak pernah berkahwin dan berbeza dengan duda.

Kami mengambil kesempatan di sini untuk menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dalam memilih ucapan supaya selamat daripada sebarang kekeliruan.
Wallahua’lam.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI