Isteri Kena Praktikkan Cara Romantik Ini Dengan Suami, Supaya Si Dia Tak Akan Berubah Cinta Lepas Kahwin

Share

Seperti kita tahu ego lelaki memang sangat tinggi. Mereka ini dikatakan jarang mahu bersikap romantik dengan isteri.

Jika kita merajuk, mereka tidak akan terus memujuk, tetapi tunggu berhari-hari barulah sedar yang sang isteri sedang merajuk.

Jadi sebagai isteri jangan bersikap memendam perasaan. Kalau boleh tunjukkan rasa kasih sayang pada mereka ini.

Bagaimana untuk memastikan mereka terus menyayangi dan bersikap romantik pada kita dalam apa situasi.

Ayuh, kita kongsikan caranya.

Gambar sekadar hiasan

Isteri Perlu Tunjukkan Perasaan Sayang, Penuh Emosi

Kaum lelaki sememangnya diketahui sebagai kaum yang susah untuk menunjukkan perasaan sedih atau romantik mereka di khalayak ramai. Mereka ini jenis yang susah nak luah perasaan.

Ianya bukan satu penyakit tetapi lebih kepada sifat dalaman lelaki itu sendiri. Ada kalanya kaum lelaki tersebut berasa malu dan kekok untuk tunjukkan perasaan mereka walaupun kepada pasangan mereka sendiri.

Namun begitu, walaupun kaum lelaki tersebut tak menunjukkan apa yang dirasakan mereka kepada orang tersayang dan khalayak ramai, tak semestinya mereka tak rasa sayang kepada pasangan mereka.

Kadangkala kasih sayang atau sifat romantik itu ditunjukkan melalui pengorbanan dan perbuatan seseorang lelaki itu terhadap kebahagiaan pasangan mereka. Dia cuma tidak suka menunjukkan sifat kasih sayang dan kemesraan.

Isteri Jangan Malu Depan Orang Ramai

Bukannya tidak sayang, cuma rasa malu dan agak pelik bila tunjukkan romantik depan orang ramai. Ada juga suami yang rasa malu mahu tunjukkan rasa romantik pada isteri depan anak-anak. Cuma, janganlah sampai malu di dalam bilik tidur. Kasihan isteri.

Perempuan Kena Buang Sifat Ego

Salah satu sifat biasa yang ada pada kaum lelaki adalah sifat ego. Sifat ego atau tidak mahu mengalah ini menyebabkan kaum lelaki sentiasa menyembunyikan perasaan sebenar apabila berada dengan pasangan mereka.

Mereka akan berasa kekok dan malu untuk tunduk kepada perasaan mereka dan oleh itu, menyebabkan mereka dilabel sebagai tak romantik kerana terlalu mengikutkan ego mereka sendiri. Adakah malu itu juga ego? Bergantung pada keadaan.

Gambar sekadar hiasan.

Tunjukkan Bahawa Romantik Itu Penting

Bagi lelaki yang mungkin hatinya sedikit keras, dia akan mengatakan buat apa mahu romantik-romantik. Tidak penting semua itu. Asalkan bertanggungjawab dan memberi nafkah yang sepatutnya, itu sudah lebih dari cukup. Didoakan agar lelaki yang mempunyai sifat acuh tak acuh begini, agar dilembutkan hatinya.

Sesekali, Belanja Orang Lelaki

Ada lelaki yang beranggapan, jika mahu romantik, banyak modal kena keluarkan. Siap kena beli bunga, makan di tempat yang mahal dan hadiah yang membuatkan pasangan senyum hingga ke telinga. Hakikatnya, perempuan tidak mahu pun layanan hingga sebegitu. Namun, jika ada, apa salahnya.

Cuba Selami Kisah Silam Suami

Kisah silam pahit yang dialami oleh kaum lelaki tersebut seperti ditinggalkan untuk lelaki lain, dicurangi dan lain-lain menyebabkan lelaki tersebut serik dengan hubungannya yang sebelum ini. Disebabkan oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk membuang sifat romantis mereka kerana takut perkara silam yang berlaku tersebut menghantui mereka semula.

Apa yang anda boleh buat adalah memberi mereka masa untuk sembuh dan memberikan kata-kata semangat dan keyakinan kepada mereka tentang hubungannya sekarang.

Cara Romantik Dengan Suami, Urut Dia Lepas Balik Kerja

Kadangkala kaum lelaki menjadi tak romantik kerana mereka sering dibendung dengan perasaan penat bekerja dalam menyara keluarga tersayang mereka. Walaupun mereka tak tunjukkan sifat romantis mereka itu, tak semestinya mereka tak sayang kepada pasangan mereka.

Disebabkan oleh terlalu penat dan letih, mereka lebih cenderung menyembunyikan kepenatan mereka tanpa luahan perasaan atau emosi daripada mereka sendiri. Oleh itu, sifat romantis mereka telah disembunyikan di sebalik penat lelah kaum lelaki yang sering bekerja keras untuk mencari rezeki demi keluarga mereka. Hinggakan, pasangannya tertunggu-tunggu kerana lambat balas mesej.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Ini Kongsi Surah Mudahkan Isteri Bersalin, Rupanya Turut Diamalkan Ilmuan Islam Yang Telah Sembuh COVID-19

Cara Romantik Dengan Suami, Layankan Hobinya

Setiap lelaki pasti ada minat yang tersendiri. Kadang-kadang, dengan hobi itulah yang membuatkan dia renggang dengan pasangan.

Apabila kuat sangat melayan hobi dengan kawan-kawan, pasangannya tidak dilayan. Romantik, jauh sekali. Bila ditegur, merajuk. Sangat susah nak pujuk lelaki merajuk. Lagipun, lelaki ialah makhluk yang susah mahu luahkan perasaan dan kuat merajuk serta susah mahu pujuk. Jika terjadinya perkara sebegini, disarankan agar si perempuan itu ikut sekali dengan minat si lelaki itu.

Jangan Jadi Fake Jadi Diri Sendiri

Siaran drama di kaca TV sering meletakkan ‘standard’ atau jangkaan yang tinggi kepada kedua-dua kaum lelaki dan perempuan dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Apabila kaum perempuan menonton siaran drama, mereka akan lebih cenderung untuk mengharapkan reaksi daripada pasangan mereka sendiri iaitu menjadi romantik sama seperti watak dalam drama tersebut.

Itulah yang menyebabkan diri si perempuan itu tergila-gilakan lelaki romantik, yang pandai memujuk. Oleh itu, jika kaum lelaki tak lakukan perkara yang mereka harapkan, maka disebabkan itu kaum lelaki sering dilabel sebagai tak romantik dan tak menyayangi pasangan mereka.

SUMBER: THEROHANI.COM

Published by
Siti Zurina Mat Saman