‘Isteri nekad bakar suami kedekut.’ Nafkah anak tetap jadi tanggungjawab bapa walaupun sudah bercerai. Apatah lagi pasangan ini belum bercerai.
Dengan anak pun hendak berkira, lagipun sang isteri bukan meminta duit untuk berjoli sebaliknya membeli buku anak.
Tindakan berani mati isteri tentu saja disebabkan rasa marah yang meluap-luap dan perkara pastinya bukan pertama kali terjadi.
Artikel Berkaitan:
Suami Tak Faham Hukum, Bab Nafkah Pun Berkira. ‘Minggu Lepas Bagi RM200, Takkan Dah Habis?’
Seorang wanita di Kalimantan Barat, Indonesia nekad membakar suaminya yang sedang tidur di kandang lembu, lapor laman berita Kompas.
Akibat kejadian itu, 60 peratus bahagian badan mangsa melecur. Ketua Polis Kubu Raya, Ade Ardiansyah berkata, kejadian berlaku di sebuah kandang lembu dekat daerah Kubu Raya pada 6 Ogos lalu.
Seorang wanita bernama TM, 40, pada awalnya meminta wang daripada suaminya untuk membeli buku sekolah anak mereka.
Bagaimanapun, permintaan itu ditolak lelaki tersebut disertai kata-kata kasar terhadap isterinya.
“Akibat beremosi, pelaku menyiram mangsa dengan minyak petrol. Dia pada awalnya ingin menggertak namun keadaan semakin tegang apabila mangsa mencabar pelaku,” kata Ade.
Tidak lama kemudian, TM menyalakan mancis dan membakar suaminya. Mangsa menjerit meminta tolong sambil berlari ke arah kolam untuk memadamkan api pada badannya.
“Dalam keadaan panik, wanita itu menarik mangsa dari kolam dan terus membawa mangsa ke pusat kesihatan untuk mendapatkan bantuan,” jelas Ade.
Mangsa kini dalam rawatan rapi manakala isterinya dalam siasatan polis. – Agensi
Tanggungjawab bapa ialah menyediakan nafkah mengikut kemampuannya.
Taraf kemampuan bapa ni dibahagikan begini:
1. Senang (T20)
2. Sederahana (M40)
3. Susah (B40)
Dan si bapa perlu sediakan nafkah anak merangkumi:
1. Makan minum
2. Pakaian
3. Tempat tinggal
4. Pendidikan
5. Perubatan
Bab nak sediakan nafkah anak ni, kita kena bezakan mana satu:
1. Keperluan
2. Kehendak
Terkadang si ibu terlupa nak bezakan dan masukkan hampir semua itu sebagai suatu keperluan anak.
Dan terkadang ada juga si bapa lupa hendak laksanakan tanggungjawab atas alasan “aku sudah bercerai dengan mak dia”
Bapa-bapa kena faham satu perkara, yang bercerai itu cuma pihak-pihak suami dan isteri saja.
Anak itu masih menjadi tanggungan si bapa walaupun anak itu tinggal dengan si ibu.
Jadinya bila berlaku perceraian dan ada anak, sebagai bapa yang bertanggungjawab seharusnya tunaikanlah hak anak semampunya kerana nafkah itu tanggungjawab yang akan disoal di akhirat kelak.
Kashoorga: Bab nafkah anak jangan diremehkan kerana ia tanggungjawab seorang ayah sampai bila-bila.
Sumber: Kosmo Online, Muhammad Syarafi
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.