Anak adalah anugerah Allah tidak ternilai kurniaan dari Allah. Dan pengalaman melalui detik bergelar ibu satu perjalanan yang sangat menakjubkan.
Bukan sahaja isteri yang perlu menanggung kepayahan seorang diri, suami juga perlu membantu dalam memberikan semangat dan keyakinan mengharungi detik sehingga kelahiran.
Dan sebagai bakal ibu bapa yang sakinah dan mawaddah, ada beberapa amalan boleh diamalkan sepanjang isteri mengandung.
Selain tidak mengabaikan suruhan Solat, beberapa amalan lain juga boleh dilakukan supaya bayi yang dikandung nanti sihat dan menjadi anak soleh.
Perkongsian ini di laman sosial Facebook memberitahu amalan baik yang boleh dilakukan dari hari pertama disahkan mengandung hingga saat kelahiran.
PERANAN SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG 1. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT.
2. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
3. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
5. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
6. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
7. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.
Ads
8. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.
9. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
10. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
11. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
12. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A’raf ayat 189 dan ayat Kursi.
ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG
Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :
1.Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
Ads
2.Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
3.Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
4.Jangan mudah mengeluarkan perkataan talak kepada isteri.
5.Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, “La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin” maksudnya “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim”
6. Suami hedaklah kerap solat sunat atau solat hajat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.
Mengandung akan memberi tekanan terhadap wanita dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi, maka tugas para suamilah yang menjaga hati para isteri
DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN
Ads
Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat.
Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin. Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya.
Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi. Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu.
* Korbankan ego dan nafsu anda seketika wahai suami-suami. Layan la isteri anda seelok-elok nya ketika dia mengandung kerana dia sedang mengandungkan zuriat anda, waris anda. Saya kagum dengan suami yang beralah/mengalah dengan isteri ketika isterinya mengandung. Sweetnya kalau si suami empaty dengan isteri…bukan sekadar simpati. * Ketika isteri sedang sarat/sedang berpantang, jangan la anda pula si suami menggatal dengan perempuan lain. Jagala emosi dan hati isteri anda. Dia bergadai nyawa melahirkan zuriat anda kemudian menjaganya siang malam. Makan/tidur terganggu sedangkan anda pula berseronok di luar dengan perempuan lain. Keluar makan, menonton wayang, shopping dll. Tidakkah anda si suami terfikir duit yang anda keluarkan untuk berfoya-foya itu adalah lebih baik di laburkan untuk anak-anak.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
‘Semoga roh arwah dicucuri rahmat.’ Mulianya hati penderma, tiga pesakit pulih penglihatan selepas dapat sumbangan organ. Benarlah orang yang baik, kebaikannya akan disebut-sebut biarpun telah pergi.
Malah pemergiannya memberi sinar baru buat pesakit yang memiliki masalah penglihatan. Bayangkan tanpa sebarang pertalian darah, namun dengan keluhuran hatinya telah mendermakan kornea mata kepada yang memerlukan.
Seramai tiga pesakit mata pulih penglihatan selepas mendapat sumbangan organ daripada seorang lelaki yang meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) akibat masalah perubatan.
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin, proses pemindahan kornea Finno Joitol, 54, telah dipersetujui oleh pihak keluarga selepas dimaklumkan mengenai pilihan untuk menderma organ.
Mulianya Hati Penderma
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya, berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit yang masing-masing menghadapi masalah kornea kiri dan kanan.
“Kornea yang didermakan juga berjaya ditransplan dan memulihkan penglihatan tiga pesakit iaitu kornea kanan kepada seorang penerima, dan kornea kiri dibahagikan kepada dua orang penerima.
“Pihak keluarga turut berbesar hati supaya kisah pendermaan ini boleh menjadi dorongan kepada orang ramai khususnya masyarakat di Sabah supaya tampil menjadi penderma organ,” ujar Rose Nani dalam satu kenyatan media.
3 Pesakit Pulih Penglihatan
Pada masa sama, Rose Nani turut mengucapkan takziah kepada keluarga Finno atas pemergian beliau serta merakamkan penghargaan terhadap kemuliaan penderma dan seluruh ahli keluarga atas sumbangan terhadap pesakit yang memerlukan.
Beliau turut mengingatkan orang awam yang ingin menderma organ agar mendaftar diri sebagai pengikrar penderma organ melalui aplikasi MySejahtera.
Selepas Dapat Sumbangan Organ
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan pihak keluarga diberi kekuatan menghadapi kehilangan ini. JKNS menyeru orang ramai agar menjadikan kemuliaan para penderma organ dan keluarga mereka sebagai teladan.
“Pendaftaran sebagai pengikrar penderma organ juga boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera”, Rose Nani menambah.
Ramai yang sebenarnya agak kurang rapat dengan ayah sendiri. Mungkin karektor orang lelaki yang sukar menunjukkan kasih sayang secara terbuka, khususnya bila anak-anak sudah meningkat dewasa membuatkan perhubungan anak ayah itu tidak semesra mana. Malah kita sering melihat anak-anak lelaki mahu pun perempuan lebih rapat dengan ibu yang mungkin dilihat agak mudah diajak berbincang berbanding mengadakan perbincangan terbuka dengan bapa.
Namun satu perkongsian di Tik Tok atas nama @aidaroslan_ini pasti membuatkan kita semua terharu dan rasa sebak. Ya terharu kerana “ayah selalu menjadi super hero” kita di saat hati kita terluka. Malah kata-kata dan pelukannya sudah cukup membuatkan kita rasa selamat dan sentiasa disayangi. Betul tak?
Sebagai perempuan, kita pasti mahukan kehadiran seorang lelaki selain ayah dalam hidup kita. Untuk kita berkongsi segala-galanya dan andai ada jodoh, kita mahu melangkah ke alam perkahwinan. Namun semasa perhubungan terjalin, segala kemungkinan boleh terjadi termasuk putus di tengah jalan.
Dari perkongsian @aidaroslan_ ini, ternyata kasih sayang seorang ayah cukup menebal buat anaknya. Mahu sentiasa menjadi pelindung di saat jiwa pedih dan tercalar kerana perhubungan terhenti di tengah jalan.
Kata Aida, hendak dijadikan cerita, semalam dia dan ayahnya keluar menaiki kenderaan dan mereka lalu di satu tempat. Pada awalnya tiada sebarang masalah dan secara tiba-tiba, dari dalam kereta dia ternampak bekas kekasihnya bersama kekasih baru dan pasangan itu terlihat sedang bahagia. Awalnya, dia ok saja dan tersenyum melihat bekas kekasihnya yang kini bahagia. Namun segalanya berubah, bila mana ayahnya juga menyaksikan gelagat bekas kekasihnya itu selain ayahnya ternampak reaksi mukanya semasa melihat pasangan ini dari jauh.
“Tanpa sedar, ayah terus peluk saya dan menangis sambil mengucapkan “ dia dah bahagia, anak abah pun boleh bahagia. Anak abah kuat”.
Dari kata-kata abahnya itulah, Aida akui dirinya tak mampu menahan sebak dan terus auto melalak secara spontan. Kongsinya lagi, betullah kata orang, ayah sentiasa jadi pelindung pada anak perempuan dan anak perempuan juga merupakan permaisuri di hati seorang ayah. Bukan itu saja, hati anak perempuan itu milik ayah juga.
Ya, begitulah sikap abah kita yang sentiasa menjadi pelindung dalam apa jua situasi. Ayah umpama super hero yang akan menjadi penyelamat dan penenang jiwa kita pada bila-bila masa kita perlukan
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar Dan Maha Bijaksana. Jika Dia berkehendak begitu, maka akan jadilah apa yang dihajati.
Baru-baru ini viral sebuah naskhah Al-Quran yang ditemui masih dalam keadaan baik, walaupun bas ekspress yang membawa 12 penumpang musnah dalam kebakaran di Hentian Rehat & Rawat (R&R) Sungai Perak.
Dalam laporan Sinat Harian Online, dalam kejadian sekitar jam 1.50 petang itu kelihatan kandungan al-Quran itu masih berkeadaan baik tanpa satu ayat pun terkena api kecuali bahagian kulit muka dan belakang sahaja terdapat kesan terbakar.
Gambar dari ihsan pembaca Sinar Harian.
Pemandunya, Nuzul Hakimi Anuar, 31, berkata, menjadi rutin dia bersama rakan setugas Mohd Tarmizi Mohd Faad, 30, membaca al-Quran di waktu lapang ketika berhenti solat.
“Kalam itu disimpan elok pada papan pemuka bersama surah Yasin. Sepanjang bertugas, naskhah ini akan dibawa bersama ketika berhenti solat.
“Selepas operasi pemadaman oleh anggota bomba selesai, saya terkejut apabila naskhah ini tidak terjejas sedangkan papan muka bas ini sudah cair,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.
Menurutnya, dia bersyukur apabila penumpang dan rakannya berjaya menyelamatkan diri tanpa melibatkan sebarang kecederaan.
“Kejadian itu disedari apabila saya turun bas dan ternampak asap di bahagian belakang. Kami menggunakan lima tong pemadam api namun tidak berjaya.
“Dengan bantuan rakan-rakan pemandu lori dan bas sedia ada, mereka juga dapat selamatkan beg-beg penumpang daripada hangus,” katanya.
Sumber Foto: Sinar Harian Online.
Nuzul Hakimi berkata, kesemua penumpang telah meneruskan perjalanan ke Kuala Nerang dan Pendang, Kedah.
Dalam kejadian itu, dua pemandu dan 12 penumpang terselamat apabila kebakaran dipercayai bermula di bahagian enjin telah memusnahkan 80 peratus bas dua tingkat itu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Cium jenazah suami, isteri atau ahli keluarga buat kali terakhir antara amalan biasa dalam masyarakat kita sebelum jenazah dikafankan.Namun begitu masih ada yang keliru...