Istimewanya Adik Naja, Lumpuh Otak Namun Hafal 30 Juzuk Al-Quran

Share

Istimewanya anak syurga ini. Dirinya dilahirkan dengan masalah cerebral palsy namun Allah memberikan sejuta keistimewaan buat anak kecil ini.

Kisahnya pernah viral dalam Hafiz Indonesia 2019 kerana kemampuannya menghafal 30 juzuk al-Quran dan ramai menzahirkan rasa kagum dengan kebolehan dimilikinya pada usia 9 tahun itu. Biar sudah tiga tahun berlalu namun setiap kali kisahnya disorotkan media, ramai yang kagum dengan didikan ibu bapanya dan kecerdasan akal anak kecil ini.

Memiliki nama Muhammad Naja Hudia Afifurrohman, anak kecil ini dilahirkan di Mataram, Indonesia.

Menurut ibu Naja, Dahlia Andayani, anaknya itu dilahirkan seperti kanak-kanak normal lain dan pada awalnya dia dan suami tidak menyedari keadaan sebenar Naja.


Bagaimanapun doktor mengesahkan Naja menghidap kelumpuhan otak apabila perkembangannya tidak seperti bayi lain.

“Saya juga kagum dengan kemampuan Naja yang mampu menghafal kitab suci al-Quran dengan cepat,” katanya memaklumkan ketika dalam kandungan lagi, alunan ayat suci sentiasa didengarkan buat anaknya itu. Bahkan dalam tempoh 10 bulan saja, anaknya itu sudah mampu hafal Al-Quran.

Selepas kisahnya mencari viral kerana keistimewaannya menghafal Al-Quran walau bacaan dihentikan pada mana-mana surah selain mampu menghafal semua ayat termasuk muka surat berapa.

Bahkan ketika dia menyuarakan keinginan bertemu Presiden Indonesia, Jokowi, Bapak Presiden ini amat senang mengalu-alukan kedatangannya. Dan Naja sempat membacakan surah At-Taubat di hadapan Presiden ini.

Ramai golongan agamawan kagum dengan kebolehan anak kecil ini bahkan ulama terkenal Indonesia, Syekh Jaber Ali yang meninggal tahun lalu akibat Covid-19, pernah mencium kaki anak kecil ini selain kaki dan kepalanya ketika Naja tampil di program tersebut.

Biar dakwahnya dikagumi jutaan orang dan jumlah pengikutnya sangat ramai, namun Syekh Ali Jaber punya alasan tersendiri mengapa dia mencium kaki anak kecil itu.
Katanya, tubuh Naja sudah “terisi” dengan al-Quran (penghafal) dan dirinya wajar dimuliakan.

“Kerana saya ingat Rasulullah. Kerana kemuliaannya dengan al-Quran. Ia umpama Quran yang berjalan. Dan oleh kerana itu pantas saya memuliakan kakinya,”kata Syekh Ali Jaber. Bahkan ulama itu berkata, Naja jauh lebih hebat darinya.

Dalam satu perkongsian dari Ustaz Muhammad bin Abdullah (Ustaz Amin), Ustaz memaklumkan antara doa-doa mustajab selain ibu bapa, antaranya kita mengharapkan doa orang soleh.

Seterusnya yang keempat perlu diharapkan adalah doa daripada orang-orang yang soleh dan alim. Mereka yang antaranya terdiri daripada guru-guru kita atau sesiapa sahaja yang akhlak mulia serta berilmu tinggi yang berkesempatan kita berjumpa mohonlah supaya mendoakan kita. Ini kerana banyak kejayaan orang-orang terkenal sekarang adalah hasil daripada doa guru-guru mereka.

“Carilah kesempatan menziarah orang-orang alim ketika bercuti contohnya. Bahkan dengan perkataan ‘insyaAllah’ atas perkataan yang baik daripada orang-orang alim itu juga dianggap doa dari orang-orang alim yang dipilih antara doa yang dimakbulkan Allah. Ini kerana doa-doa daripada orang-orang alim yang ikhlas akan didengar oleh Allah SWT. Justeru itu lazimkanlah untuk mencari dan bertemu dengan orang-orang alim dan mohon doa daripada mereka,” katanya lagi.

Published by
almaswa Haji Che Ros