Pingat emas yang sepatutnya dimenangi oleh atlet paralimpik negara dalam acara lontar peluru F20 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Muhammad Ziyad Zolkefli bagaimana pun terlepas kerana kelewatan memasuki call room dalam tempoh beberapa minit. Walau mencatat rekod dunia 17.94 namun kemenangannya dibatalkan selepas menerima bantahan dari kem Ukraine sekaligus menyaskikan emas berkenaan bertukar tangan menjadi milik Maksym Koval yang mencatat rekod 17.34 m.
Ramai yang kecewa dengan insiden terlepas emas ini tapi apa yang membuat lebih ramai orang kecewa, bila mana netizen dari negara ini menyerang Instagram atlet Ukraine, Maksym Koval dengan kata-kata kesat. Dengan kata-kata agak kesat, langsung tidak mencerminkan adab kita adalah bangsa yang disanjung tinggi di mata dunia kerana sikap sopan santun kita. Sehinggakan timbul persoalan siapa yang OKU sebenarnya? Tidak tahan dengan insiden diserang secara peribadi, Koval telah meminta maaf di atas instastorinya.
Tidak tahan dicerca, Maksym Koval meminta maaf di atas isu ini selepas pingat emas diberi kepadanyaBanyak kata-kata nista dilemparkan oleh netizen di instagram atlet Ukraine iniSepatutnya kita perlu memiliki adab yang tinggi dalam memberi pandangan
Hal ini turut mendapat perhatian dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang berkongsi tweet mengenai insiden memalukan ini kerana hal Ziyad Zolkefli, kesalahan tidak seharusnya diletakkan di tangan atlet Ukraine tersebut kerana mereka ada hak membantah.
Islam merupakan agama yang mengajar penganutnya agar menjaga akhlak dan tingkah laku yang baik. Tidak sepatutnya bagi seorang Muslim itu berkelakuan kurang sopan apatah lagi menyakiti orang kurang upaya (OKU).
Sabda Rasulullah SAW: ملعون من كمه أعمى عن الطريق
Maksudnya: “Adalah dilaknat orang yang memesongkan orang buta dari jalan laluannya”. Al-San’ani mengatakan hadis ini sebagai pedoman buat umat Islam supaya membantu orang kurang upaya (OKU) dari segi emosi dan fizikal, agar boleh menjalani kehidupan seperti orang lain.
Maka tidak seharusnya seorang Muslim itu menyakiti orang kurang upaya (OKU) melalui kata-kata dan perbuatan yang boleh menyakitkan mereka. (Lihat al-Tanwir Syarah al-Jami’ al-Saghir: 9/569).
Ads
Nasihat kami kepada orang-orang yang menyakiti orang kurang upaya (OKU), jagalah akhlak dan tingkah laku kita semua daripada perkara keji. Ingatlah sesungguhnya Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk memperbaiki akhlak dan budi pekerti, seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
إنما بعثت لأتمم صالح الأخلاق
Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik”.
Semoga kita semua menjadi contoh teladan buat keluarga, masyarakat dan negara secara keseluruhannya. Wallahua’lam.
Ads
Sekalipun kita kecewa dan marah, tidak patut untuk menghamburkan kata-kata kesat. Ingat, setiap perbuatan dan tulisan kita akan dihitung oleh Allah SWT.
Ziyad terlepas emas dalam acara lontar peluru walau mencatat rekod dunia selepas menerima bantahan akibat kelewatan memasuki call room
Seluruh pasukan harus dipersalahkan, bukan Ziyad
Ads
Memetik kata, bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong bersama Bernama, adalah sukar bagi IPC untuk merombak keputusan itu, selain jawatankuasa itu perlu menghormati peraturan Olahraga Para Dunia (WPA).
“Peraturan adalah peraturan. Peraturan dan undang-undang dibuat untuk dipatuhi bukan untuk dilanggar,” katanya kepada Bernama.
“Takkan mereka (IPC dan WPA) nak longgarkan peraturan hanya untuk menyelesaikan kes Malaysia, pada awalnya kenapa kita tidak mengikut peraturan ditetapkan,” tambah Zolkples yang juga Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik London 2012.
Beliau berkata, berhubung pembatalan pingat emas dimenangi Muhammad Ziyad pada temasya berprestij itu, kontinjen negara dan juga rakyat Malaysia tidak seharusnya menyalahkan pasukan Ukraine, sedangkan mereka mempunyai hak untuk melakukan bantahan.
“Keseluruhan kontinjen, daripada CDM (chef-de-mission) ke urus setia, pengurus pasukan dan jurulatih, mereka semua kena bertanggungjawab. Ini satu kecuaian bagi saya dan kecuaian yang tidak boleh diterima. Sepatutnya mereka menjaga atlet, Muhammad Ziyad tidak sepatutnya dipersalahkan,” katanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Walaupun kita suami isteri sibuk keluar bekerja mencari rezeki untuk keluarga, tetapi tanggungjawab dan amanah pada anak-anak tetap dilaksanakan sebaiknya.
Hargailah amanah Allah ini sebaiknya kerana merekalah yang akan mendoakan diri kita apabila sudah tiada nanti.
Dan perkongsian Ustazah Asma Harun serta suami sangat bagus untuk kita amalkan sebagai ibu bapa kepada anak-anak kita.
Menurut suaminya, sudah menjadi rutin semua anak-anaknya akan menghulurkan kepala kepada ibu mereka sebelum ke sekolah untuk diusap dan digosok perlahan-lahan.
Keluarga bahagia Ustazah Asma Harun
Sambil menggosok kepala serta membaca zikir dan ayat Al-Quran dengan harapan semoga Allah menjaga anak-anaknya sepanjang pemergian mencari rezeki.
Didoakan semoga Allah menjaga akhlak dan dipelihara diri sepanjang ketiadaan mereka berdua nanti di rumah.
RUTIN PAGI UMMI DENGAN ANAK²NYA.
Kebiasaannya masing² akan menghulurkan kepala kepada umminya sebelum ke sekolah. Raihanah pun suka, dia pun beratur sama. Suka kepalanya digosok2 Umminya walaupun baru 3 tahun, lalu dibacakan;
1. Ya Hafiz (Yg Maha Menjaga) Ya Muhaimin (Yg Maha Memelihara) x3. 2. Surah Ar Rahman ayat 1 hingga 4. 3. Dipesan احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ (jagalah Allah, Allah akan menjagamu).
Dengan harapan kepada Allah jualah diserahkan anak2 untuk dijaga. Dijaga akhlak mereka dan dipelihara diri mereka. Kerana di sekolah dan dimana2, Allah jualah sebaik2 penjaga dan pemelihara.
Kemudian, dihulurkan kepala ke dalam kereta.. Jom Abi, dah lewat ni.. baiiik..
** 2 Hari ini Ummi dan Abi ke Perak setelah bercuti bersama 3 Hari, nanti Ummi doakan dari jauh dan ada yang menghantar ke sekolah.
** Alhamdulillah, mereka juga ternanti2 rutin malamnya..
**Gambar dibawah Abi rakam ketika Ummi Asma Harun tinggalkan amanah dalam fail masing² sebelum keluar beberapa hari untuk dakwahnya.
Tinggalan amanah dalam fail untuk anak-anak sepanjang ketiadaan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Pasti setiap dari kita berazam menjadi tetamu Duyufurahman. Mahu dipanggil Allah sekaligus melengkapkan rukun islam ke lima iaitu mengerjakan haji ke tanah suci. Kebanyakan dari kita biasa mendaftar dengan Tabung Haji dan biasa ia mengambil masa lebih 50 tahun jika baru mendaftar. Kadang ia menjadi bahan gurauan kita sudah bongkok tiga baru dipanggil.
Tapi sebenarnya ada banyak cara untuk menunaikan fardu haji termasuk menggunakan syarikat swasta. Jika kita mahu mengikut giliran iaitu Haji Muasasah, ianya lebih lama kerana pakej ini paling murah kerana adanya subsidi. Tapi jika ada duit lebih sedikit, kita boleh mengambil pakej penuh Haji Muasasah VIP yang harganya bermula dari RM20-25K.
Berikut adalah perkongsian yang boleh kita manfaatkan untuk pergi haji musim akan datang. Paling utama berdoalah kepada Allah agar dipanggil kerana banyak orang punya duit banyak tapi Allah tidak menjemputNya ke Tanah Suci.
Biasa orang fokus pada HAJI yang di kelola oleh Tabung Haji yakni Haji Muasasah. Sebenarnya bermacam-macam kaedah untuk tunai Haji. Jika budget kecil, boleh pilih pergi haji muasasah dan jika budget banyak dan mahu pergi cepat, selesa boleh pilih pergi dengan PAKEJ.
1) HAJI MUASASAH TH
– 100% Haji di bawah kelolaan TH. – Kelayakan: HAJI tahun ni (mereka yang telah mendaftar Haji pada 2009 dan ke bawah). – Perlu menunggu giliran yang lama. – Jarak hotel yang jauh antara 800 – 1,400 meter. – Sebilik 4 – 8 orang. Tiada bilik berdua suami isteri. – Satu petugas/mutawif untuk 100-200 jemaah – Nisbah penginapan khemah di Arafah / Mina, satu khemah untuk 80 – 100 orang jemaah. – Penyediaan makanan di hotel berbentuk packaging (siap bungkus satu seorang). – Lawatan selepas haji terhad. – Pengangkutan di urus Muasasah SAUDI.
Harga di tawar kepada jemaah dengan harga subsidi:- Bukan B40 – RM12,980 Kump B40 – RM10,980
Jemaah juga boleh pilih untuk naik Haji Muasasah dengan harga bayaran penuh :- RM25,540. Harga subsidi ini dibayar dari hasil duit dividen penyimpan akaun TH. Jika kita mampu dan sanggup bayar mahal dan tak mahu tunggu giliran lama dan mahu duduk dekat serta bilik hotel lebih selesa kita boleh pilih HAJI PAKEJ.
HAJI MUASASAH KOUTA VIP
– Tak perlu tunggu giliran haji, memadai dengan dah ada pendaftaran haji, layak memohon. – Di kelola sama seperti Haji Muasasah, cuma tak perlu menunggu giliran yang lama. – Harga dalam RM20K – RM25K – Bayaran penuh HAJI Muasasah
Nota:- (Haji tahun ni, haji kouta VIP tidak dikeluarkan oleh TH)
HAJI PAKEJ KOUTA VISA TH
– Hanya 20 – 25 syarikat dilantik untuk bawa jemaah melalui HAJI PAKEJ. – Daftar haji tahun 2018 ke bawah layak memohon. – Jarak hotel dekat, dalam 50 – 300 meter. – Sebilik 2-5 orang. Boleh duduk bilik berdua suami isteri. – Hotel taraf 3 star ke atas. – Satu petugas/mutawif 40 – 50 jemaah. – Nisbah penginapan khemah di Arafah / Mina, satu khemah untuk 40 – 50 orang jemaah. – Penyediaan makanan di hotel berbentuk buffect hotel (mewah). – Banyak tempat tempat lawatan selepas haji, kilang kurma, kilang Quran, Thoif dan lain-lain – Pengangkutan diurus Muasasah SAUDI. – Harga RM35K – RM45K
HAJI PAKEJ FURADA
– Tak perlu Daftar Haji (tidak melibatkan TH) – Kouta Visa direct Saudi – Haji kali ke 2 atau ke 3 boleh pergi. – Harga bergatung kepada jarak hotel, jenis hotel, tiket penerbangan dan lain-lain. – Kondisi sama dengan haji Pakej kelolaan TH, jarak dekat, hotel 3 bintang ke atas. – Kelebihan penerbangan akhir. – Pergerakan BAS @ pengangkutan sendiri. – HARGA RM35K-RM55K
Untuk daftar haji perlu ada RM1,300 sama ada dalam akaun TH atau guna duit dalam KWSP. Satu lagi jika kita tak cukup duit untuk naik haji, kita terpilih tunai haji, kita boleh keluar duit untuk naik haji dari KWSP, maksima RM3K. Sumber :-FB Rosli Md Isa
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kejian boleh dibalas kejian tetapi ada syaratnya, namun memaafkan lebih dituntut dalam agama. Walaupun bukan sesuatu yang mudah tetapi perkara itulah yang dituntut dalam agama.
Umpama membalas dendam, bila orang mengeji kita pastinya kita secara automatic akan mengeji semula. Namun adakah perkara ini dibenarkan?
Jika dibenarkan pula apakah batasan-batasan yang perlu diketahui dalam membalas dendam? Ikuti perkongsian Dr Syed Shahridzan Ben-Agil dan hadam penjelasannya baik-baik.
Dalam bab hudud dan qisas fuqaha menjelaskan bahawa seseorang yang dihina atau dikeji oleh seseorang boleh membalas kembali kata kejian itu. Namun ia tertaluk dengan beberapa syarat tertentu.
Kejian itu mestilah setara dan tidak boleh melebihi daripada kadar hinaan yang dilemparkan. Sebagai contoh: seseorang dihina dengan ayat “kau bodoh”, kemudian dibalas dengan ayat “kau ni terlalu bodoh”, atau dengan bahasa kasar “kau ni bangang nak mampus”.
Tetapi Ada Syaratnya
Kejian itu tidak boleh berunsurkan penipuan, iaitu kejian itu dibalas dengan sesuatu yang tidak pernah wujud dalam diri pengkeji. Contohnya “Kau ni pekak tuli” sedangkan pengkeji seorang sempurna deria pendengarannya.
Manakala ayat “kau bodoh” tidak termasuk dalam kategori penipuan kerana setiap manusia tidak terlepas daripada kekurangan dan kelemahan, antaranya sifat bodoh.
Kejian yang dibalas juga tidak boleh dalam bentuk ‘qazf’, iaitu dengan ayat “kau seorang penzina”, “kau anak zina”, atau “kau bukan anak bapak kau”. Penghinaan seperti ini layak dijatuhkan hukuman hudud jika dia gagal mendatang 4 orang saksi yang adil.
Selain daripada kejian yang setara, ia juga boleh dibalas dengan perkataan yang semakna dengannya menurut uruf masyarakat. Sebagai contoh perkataan “dungu” boleh digantikan dengan perkataan “tolol”.
Namun Memaafkan
Kejian juga tidak boleh melibatkan penghinaan terhadap individu lain seperti ibu, bapa dan adik beradik pengkeji. Sebagai contoh, jika seseorang dikeji dengan ayat “mak kau hijau”, maka si mangsa tidak dibenarkan menghina kembali ibu si pengkeji.
Peruntukan hukum ini berdasarkan hadis yang menceritakan perselisihan faham yang pernah berlaku di antara isteri-isteri Rasulullah saw, Sayyidah Zainab R.A dan Aisyah R.A.
Suatu hari Zainab telah melemparkan kata kejian kepada Aisyah, kemudian Baginda saw mengarahkan Aisyah membalasnya untuk memberi hak dan keadilan pada dirinya.
Lebih Dituntut Dalam Agama
Walaubagaiaman pun, tidak dinafikan bahawa sikap pemaaf dan tidak membalas kejian itu adalah jalan yang terbaik dan sikap yang terpuji.