Tular di media sosial wanita makan di khalayak ramai di sebuah restoran makanan segera di bulan puasa baru ini.
Hal ini mendapat respon segera dari masyarakat. Ada pro dan kontra. Ada mengatakan sah-sah yang makan di restoran itu datang bulan dan tidak salah untuk mereka makan. Ada sebahagian mengatakan, mana perginya adab dan rasa malu kita kalau sekali pun tidak berpuasa. Sekurang-kurangnya kena menghormati situasi Ramadan itu sendiri.
Hal ini mendapat perhatian dari peguam syarie Muhammad Syarafi yang mengulas isu makan di khalayak ramai ini. Katanya makan dan tidak menghormati Ramadan itu adalah dua perkara berbeza bahkan hukuman dan dendanya juga berbeza-beza. Masa yang sama, masyarakat kena memahami isu ini agar tidak menjadi normalisasi.
Berikut adalah perkongsian di fbnya Muhammad Syarafi (Mohd Salleh).
Isu yang lebih utama perlu diberi perhatian kat sini ialah, perbuatan menormalisasikan makan di khalayak awam ketika bulan ramadan tu boleh dianggap sebagai tidak menghormati bulan ramadan.
Isu ni bukan ciptaan manusia bernama lelaki sebagaimana tuduhan dalam ciapan di bawah ye, tapi ketetapan pemerintah dah tetapkan untuk menjaga kemaslahatan bersama,
Terutamanya bagi mereka yang diberi keizinan untuk berbuka disebabkan keuzuran syarie.
Dalam Seksyen 19 Enakmen Jenayah Syariah Selangor misalnya menyebut “tidak menghormati ramadan” dan bukannya “makan ketika ramadan” yang mana peruntukan tersebut jelas menyatakan:-
Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadan-
(a) menjual kepada mana-mana orang Islam atau membeli apa-apa makanan atau minuman atau rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap dalam waktu itu;
(b) secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau apa-apa benda lain yang seumpamanya,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Manakala kalau kita lihat dalam Seksyen 26 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan pula menjelaskan berkenaan “makan dalam bulan ramadan” yang mana peruntukan tersebut memberitahu:
“Sesiapa yang tidak harus berbuka puasa pada Hukum Syarak didapati makan atau minum atau menghisap sebarang tembakau atau seumpamanya pada siang hari dalam bulan Ramadan adalah bersalah atau suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”
Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fiqh al-Siyam tidak menukilkan sebarang syarat khas untuk perempuan yang hamil untuk tidak berpuasa kerana tidak terdapat sebarang dalil mengenainya.
Walaubagaimanapun, terdapat dalil umum dalam isu ini daripada hadis Anas bin Malik RA:
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ شَطْرَ الصَّلَاةِ، وَعَنِ الْمُسَافِرِ وَالْحَامِلِ وَالْمُرْضِعِ الصَّوْمَ، أَوِ الصِّيَا
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah meringankan daripada orang yang musafir dengan separuh solat dan meringankan daripada puasa bagi perempuan hamil dan menyusukan anaknya.”
Riwayat al-Tirmidzi (715), al-Nasaie (2775) dan Ibn Majah (1667)
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dah pernah jelaskan dalam laman web rasmi dibawah tajuk IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADHAN #80: ORANG YANG DIBERI KEUZURAN MAKAN SECARA TERBUKA DI SIANG HARI RAMADHAN berkenaan isu mereka tak berpuasa dan makan di khalayak ni, Mufti WP memberikan pendapat bahawa hukum seseorang yang ada keuzuran untuk tidak berpuasa makan di siang hari bulan Ramadhan adalah HARUS.
Adalah lebih afdhal ianya dilakukan di tempat yang sunyi dari penglihatan orang ramai bagi menjaga dan memelihara diri kita dari fitnah serta menyelamatkan orang ramai dari sangkaan buruk lalu mereka mendapat dosa.
Rujuk: https://muftiwp.gov.my/…/1050-irsyad-al-fatwa-khas…
Bila mufti dah bagitahu harus dan afdal tu kenalah baca ayatnya tu sampai habis supaya kita faham “bagi menjaga & memelihara diri kita dari fitnah serta menyelamatkan orang ramai dari sangkaan buruk lalu mereka mendapat dosa.”
Bukan saja-saja Mufti keluarkan hukum tu.
Dan ketetapan undang-undang tu pula bertujuan untuk menjaga maslahah semua pihak bukan satu pihak saja.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI