Isu tentang seorang anak muda bernama Muhammad Faiz Roslan atau lebih dikenali dengan panggilan Faiz Roslan tidak pernah surut. Ada-ada sahaja perlakuannya yang menjadi ‘kemarahan’ netizen. Tidak dapat dinafikan ramai yang mempersoalkan mengapa Faiz tidak pernah ditegur oleh mana-mana mufti.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah memberikan kata dua kepada Faiz. Disampaikan dalam nada penuh kelembutan ibarat menarik rambut di dalam tepung, tetapi tepung tidak bersepah, mufti meminta Faiz kembali semula kepada kepada kefahaman Al-Quran dan Al-Sunnah yang telah digariskan dalam Islam.

Berikut seperti yang tertulis di dalam Facebook milik Mufti  Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

*******************************************************************************************************

1. Sehari dua ini, kami terdengar isu yang begitu hangat diperbincangkan oleh netizen Malaysia berkenaan seorang “instafamous” anak muda lelaki yang sering memuatnaik gambarnya dengan pakaian wanita serta mengaku tidak berpuasa di bulan Ramadhan.

2. Sejujurnya, saya baru sahaja meneliti beberapa maklumat yang diperoleh tentang anak muda ini melalui rakan-rakan staf di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Saya juga dimaklumkan yang beliau telah menutup akaun Instagramnya baru-baru ini atas sebab yang tidak diketahui.

IKLAN

3. Kepada saudara Faiz, saya yakin dan percaya saudara mempunyai iman yang baik, semangat serta keberanian yang tinggi. Jika tidak, masakan saudara dan rakan-rakan sanggup hadir jemputan Motif Viral tempohari dan berbincang dengan baik.

Isu Tak Solat Dan Tak Puasa Faiz Roslan, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Ajak Bersua Muka

4. Sudah menjadi kebiasaan manusia kadangkala terkhilaf dalam menyampaikan pandangan dan tindakan. Justeru, sebaiknya adalah kembali kepada kefahaman sebenar al-Qur’an dan al-Sunnah yang telah digariskan dalam Islam. Saya yakin, setiap masalah akan ada titik penyelesaiannya.

IKLAN

5. Ada juga yang meminta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenakan tindakan penguatkuasaan kepada beliau atas kelakuannya yang tidak menghormati bulan Ramadhan. Ingin saya nyatakan bahawa sebarang bentuk tindakan penguatkuasaan undang-undang berkaitan adalah di luar bidang kuasa Mufti dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Isu Tak Solat Dan Tak Puasa Faiz Roslan, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Ajak Bersua Muka

6. Saya dengan penuh rendah diri dan sukacita menjemput saudara Faiz Roslan dan rakan-rakan untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang beralamat di:

IKLAN

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,
Aras 5, Kompleks Islam Putrajaya Blok D,
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, WP Putrajaya.

Saudara Faiz boleh berhubung melalui Setiausaha Mufti di talian 03-88709104 ATAU Ustaz Muhammad di talian 017-2559506. Saya menanti balasan daripada saudara Faiz. Semoga ada penyelesaiannya bagi isu-isu yang berbangkit.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI