Sejak semalam tular rakaman audio mendakwa akan kegagalan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya kepada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham yang didakwa menidakkan rawatan untuk pesakit menggunakan ubat Ivermectin hingga membawa kepada kematian tinggi kepada pesakit COVID-19.

Isu itu didakwa timbul apabila 200 doktor sudah menandatangi surat dan sudah pun membuat laporan polis akan keengganan KKM memberikan ubat ini yang didakwa terbukti berkesan di luar negara. Berita begini sudah tentunya menimbulkan kegusaran di hati orang awam yang menyaksikan ratusan pesakit meninggal setiap hari.

Sebagai orang bukan dalam bidang perubatan, kita semua tentunya tertanya-tanya apa itu Ivermectin dan kalau benar terbukti kenapa tidak menggunakannya?. Lebih menakutkan ubat ini ada di jual di platfrom beli belah terkenal dunia pada harga mampu milik dan kita kekurangan ilmu dan terus membelinya, ia pasti memberikan kesan pada tubuh. Dalam pada itu, page Public Health Malaysia berkongsi fakta Ivermectin yang wajar kita semua tahu.

Baca perkongsian ini.

"Along. Belikan ibu kat kedai online ibermectin. Ibu baru je dengar kat wasap ubat ni boleh sembuh c19 kat India. Ibu nak makan. Nak naikkan imuniti badan." Minta si ibu kepada anaknya.

IKLAN

Kebanyakan anda pasti sudah mengalaminya. Serba salah bila nak belikan atau tidak. Kerana tidak pasti kesahihannya. Kini, anda boleh berikan mesej di bawah kepada mereka. Buat masa ini, penggunaan ubat ini hanya diluluskan untuk haiwan sahaja. Walaupun ada digunakan di negara lain untuk manusia, ia hanya krim untuk luaran untuk merawat penyakit kutu tertentu dan penyakit kulit tertentu.

Kita masih di dalam fasa kajian. Sama seperti vaksin dahulu, sebelum boleh digunakan, kita perlu tahu, tahap keselamatan, dose selamat, dose yang berkesan untuk membunuh virus C19.

Contohnya, Jika diberikan secara berlebihan, ianya boleh menjadi neurotoxic atau memberikan kesan sampingan kepada otak dan saraf. Malah ianya tidak beretika jika kita berikan ubat yang belum tentu keselamatannya. Adalah penting untuk kajian penuh diketahui, barulah pihak NPRA KKM boleh menilai penggunaannya secara meluas di Malaysia.

IKLAN

Jadi, jangan belikan ubat yang dibuat khas untuk haiwan digunakan kepada manusia. Kita jaga mak ayah kita dari ubat-ubatan yang diragui ketika ini. Tunggu hasil kajian dan jika terbukti berkesan, pengeluar akan keluarkan ubat tersebut yang mempunyai dos berkesan untuk manusia. Time tu barulah beli.

Ivermectin Digunakan Untuk Haiwan, Ulama Seluruh Dunia Sepakati Fatwa Vaksin

IKLAN

Ulama seluruh dunia sepakati vaksin

Isu vaksin ada pro dan kontranya namun kesedaran mengambil suntikan vaksin sudah mulai wujud di kalangan rakyat. Buktinya lebih tiga juta rakyat sudah menerima suntikan vaksin hingga bulan ini.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut menerima pelbagai pandangan tokoh agamawan dari luar negara sebelum memuktamadkan hukum fatwa vaksin Covid-19. Malah agamawan turut merujuk golongan pakar perubatan.

Akhirnya, pihak Muzakarah Fatwa Kebangsaan memberi keputusan bahawa vaksin itu harus di mana banyak negara berhujah serupa dan pandangan Malaysia senada dengan apa berlaku di seluruh dunia Islam.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI