Jadi suami hargailah isteri. ‘Orang rumah tak kerja, bukan dia membuta dari pagi sampai petang.’
Kalau dia goyang kaki tak buat apa-apa, mengadap handphone 24jam mungkin dapur tak berasap, baju tak berbasuh. Rumah bersepah itu biasa sebab rumah kita bukan rumah contoh nak kena kemas selalu.
Dekat rumah bukan ada isteri seorang, ada anak-anak yang sedang membesar, tak reti diam, nakal membuatkan tugas isteri bertambah berganda-ganda. Suami penat bekerja, isteri pun penat di rumah.
Ikuti perkongsian lelaki ini da hadam baik-baik apa yang disampaikan:
Dalam rumah tangga, kalu kita nak lawan siapa yang lagi penat, siapa yang lagi banyak buat kerja, maka sampai bila-bila pun kita akan bergaduh dan bermasam muka…
Ads
Prinsip rumah tangga saya, buat setakat yang larat sahaja, tak boleh buat, tinggal. Jangan paksa diri, jangan hendak perfect…
Orang Rumah Tak Kerja
“Malam ni masak apa…?”
Wife jawab tak tahu lagi, tak decide lagi sebab tengah ajar anak buat kerja sekolah…
Terus saya reply, “Tak payah masak, saya tapau makan malam…”
Balik rumah, sampai saja rumah, tengok baju masih dekat ampaian. Panggil anak, minta dia ambil bakul…saya kutip. Bawa masuk dalam rumah. Lepas maghrib, sambil tengok berita, saya lipat.
Ads
Bukan Dia Membuta
Boleh saja saya balik rumah, lepas itu tanya, “Kenapa tak masak lagi, lepas tu kenapa baju tak kutip lagi, kenapa itu dan kenapa ini…” saya sudah penat kerja kot… Takkan balik rumah kena buat macam-macam lagi…
Tapi saya tak buat macam itu sebab isteri pun ada kerja dia sendiri. Isteri bukan membuta dari pagi sampai ke petang… Isteri bukannya goyang kaki, tak buat apa-apa. Jangan hanya kerana kita tak nampak apa yang dia buat, itu bermakna dia tak buat apa-apa…
Larat kemas, kemas… Tak larat, biar bersepah. Kemudian, larat masak, masak… Kalau tak larat kita tapau luar…larat lipat baju, lipat… Tak larat, esok kita buat…
Dari Pagi Sampai Petang
Ada yang jenis nak perfect, siapkan juga walaupun tak sempat… Boleh, teruskan dan buatlah… Tak ada paksaan pun cuma jangan merungut sajalah kalau pilih hendak buat macam tu…
Dalam rumah tangga ini, penat itu dua-dua kena rasa… Kalau salah seorang sahaja yang penat, maka rumah tangga itu TENAT..
Saya nak tahu apa hukum dan fadilat puasa sunat 27 Rejab sempena Isra’ Mi’raj?
Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya.
Sebarang bentuk, puasa sunat tidak dianggap sunat melainkan terdapatnya nas sama ada daripada al-Quran atau hadis yang menggalakkan puasa sunat tersebut. Kami kemukakan di sini dari kitab al-Fiqh al-Manhaji (2/114-117) berkenaan dengan puasa sunat yang terdapat dalam Islam.
Antara jenis puasa sunat ialah:
Puasa pada Hari Arafah
Sunat berpuasa pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan ibadat haji.
Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Qatadah RA katanya: “Rasulullah SAW ditanya tentang puasa pada hari Arafah. Baginda bersabda:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Maksudnya: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.”
Riwayat Muslim (1162)
Hari Arafah adalah hari yang afdhal antara hari yang lainnya. Ini berdasarkan hadith, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tiada hari lain yang lebih banyak Allah membebaskan hamba-hamba-Nya daripada api neraka selain hari Arafah.”
Riwayat Muslim (1338)
Adapun orang yang sedang mengerjakan ibadat haji, tidak sunat berpuasa pada hari tersebut, bahkan dia sunat berbuka mengikut perbuatan Nabi SAW, di samping menguatkan tenaga untuk berdoa pada hari tersebut.
Puasa pada Hari Asyura’ dan Tasu’aa’
Asyura’ adalah hari yang kesepuluh bulan Muharam, manakala Tasu’aa’ pula adalah hari yang kesembilan pada bulan tersebut. Ini berdasarkan hadith, daripada Ibn Abbas RA, katanya:
Maksudnya: “Jika aku masih hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari yang kesembilan Muharram.”
Riwayat Muslim (1134)
Namun, Rasulullah SAW telah wafat sebelum tiba masa tersebut.
Hikmah berpuasa hari Tasu’aa’ dan hari Asyura’ adalah untuk berhati-hati daripada kemungkinan berlaku kesilapan awal bulan. Begitu juga halnya supaya tidak menyamai perbuatan orang Yahudi. Mereka juga berpuasa pada hari kesepuluh bulan Muharam. Justeru, sesiapa yang tidak berpuasa pada hari Tasu’aa’ dan hari Asyura’, dia sunat berpuasa pada hari yang kesebelas bulan tersebut.
Gambar sekadar hiasan.
Puasa pada Hari Isnin dan Khamis
Dalil sunat berpuasa pada kedua-dua hari tersebut ialah hadith, daripada Aisyah R.Anha, katanya:
Maksudnya: “Semua amalan dipersembahkan pada hari Isnin dan Khamis. Justeru, aku ingin amalanku dipersembahkan ketika aku sedang berpuasa.”
Riwayat al-Tirmizi (747)
Puasa Selama Tiga Hari pada Setiap Bulan
Hari yang afdhal untuk melakukan puasa tersebut ialah pada malam bulan mengambang, iaitu pada hari yang ke-13, 14 dan 15 setiap bulan Islam yang dikenali juga sebagai hari-hari putih (الأيام البيض). Ini kerana malam hari tersebut terang benderang kerana cahaya bulan. Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Hurairah RA, katanya:
Maksudnya: “Rasulullah SAW meminta aku melakukan tiga perkara, iaitu puasa selama tiga hari pada setiap bulan, solat Dhuha dua rakaat dan solat Witir sebelum tidur.”
Riwayat al-Bukhari (1124) dan Muslim (721)
Hadith seterusnya, daripada Abu Qatadah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Rasulullah SAW menyuruh kami berpuasa pada hari-hari putih, iaitu 13, 14, dan 15 haribulan. Baginda juga bersabda: Puasa tiga hari tersebut seolah-olah puasa sepanjang tahun.”
Riwayat Abu Daud (2449)
Walau bagaimanapun, puasa pada 13 Zulhijjah dikecualikan kerana haram berpuasa pada hari tersebut.
Puasa Selama Enam Hari pada Bulan Syawal
Cara yang afdhal adalah puasa berturut-turut sebaik sahaja selepas Hari Raya Aidilfitri. Namun, cara demikian tidaklah menjadi syarat. Malah, sunatnya tetap didapati, sekalipun dilakukan secara berselang-selang hari. Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Ayub RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.”
Riwayat Muslim (1164)
Berdasarkan kitab ini, dan juga dalil-dalil yang dikemukakan jelas menunjukkan kepada kita bahawa puasa 27 Rejab tidak dianggap termasuk dalam puasa-puasa sunat yang dituntut kecuali ia berlaku pada hari Isnin atau hari Khamis. begitu juga sebagaimana yang kami bahaskan bahawa penentuan Isra’ Mi’raj pada 27 Rejab juga menjadi khilaf di kalangan ulama’ tarikh.
Marilah sama-sama kita beramal dengan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan inilah yang diajar oleh Islam kepada kita. Semoga kita sentiasa mendapat taufiq dan hidayah daripada-Nya.
Kota Tarem yang terletak di Hadramaut, Yaman merupakan tempat bersejarah yang sangat terkenal. Dikenali sebagai kota seribu wali kerana merupakan tempat himpunan berkumpulnya wali Allah, masyarakat di sini sangat dikenali kerana memiliki keturunan Nabi Muhammad SAW.
Rasulullah SAW menceritakan berkenaan Yaman menerusi sabdanya yang bermaksud: “Telah datang ahli Yaman, mereka adalah orang yang selembut-lembut hati dan selembut-lembut sifat, iman itu di Yaman dan fiqh itu di Yaman dan hikmah juga di Yaman.” (Hadis riwayat Muslim).
Di sebalik kisah Kota Seribu Wali ini pasti ramai tertanya-tanya bagaimana keadaan pelajar di sini.
Dikongsi dari fb milik Al Faqir Mustaffa Kamal, dirinya yang berhijrah ke Kota Tarem berkongsi keunikan di kota ini. Katanya, pelajar di sini, tidak disibukkan dengan cerita akhir zaman tapi diajar tentang ilmu selain mengamalkan zikir.
Al Faqir Mustaffa Kamal bersama anak-anaknya
Diari seorang pelajar:-
Mestilah kena bangun sebelum Subuh, kemudian kejutkan anak-anak sebelum pergi ke Musalla Dar Musthofa. Di situ, kita berzikir beramai-ramai sehingga solat subuh berjemaah. Selepas itu kami akan membaca beramai-ramai Azkar pagi dari kitab Khalasoh Madad sambil bersalaman dengan Al Habib Omar dan para Habaib dan pelajar-pelajar yang lainnya.
Selesai bersalaman dan berzikir lalu masing-masing masuk dalam Halaqah pengajiannya, Al Faqir masuk halaqah bersama Allamah Habib Omar mendengar syarahan Kitab Muwattho’ Imam Malik.
Habis pengajian dengan Al Habib, halaqah kami akan membaca surah Yasin dan doa, kemudian masing-masing solat sunat dhuha, Al Habib Omar biasanya solat dhuha 8 rakaat dan dalam solatnya Al Habib membaca Al Quran dengan panjang. Istiqamah, khusyuk dan penuh tunduk kepada Allah. Semoga Allah panjangkan umur Al Habib dalam kebaikan.
Beginilah rutin kehidupan kami di Tarem setiap pagi. Waktu sebelum Subuh hingga terbit matahari adalah waktu yang paling utama kita beribadat. Pastikan permulaan kehidupan dengan ibadat dan jangan sampai hari kamu dimulakan dengan maksiat.
Orang Tarem bangun pagi, mula-mula yang dibaca adalah zikir, kemudian ilmu kemudian Al Quran dan begitulah sehingga masa makmur dengan ibadat. Wahai teman, ayuh kita ubah kehidupan kita dengan makmur dengan ibadat, tulisnya.
Dari celik mata hingga matahari terbenam, masa mereka dipenuhi dengan belajar ilmu dan berzikir
Dalam pada itu, Al Faqir Mustaffa Kamal menjelaskan, mereka di sini tidak disibukkan dengan dengan cerita akhir zaman tetapi disibukkan dengan belajar ilmu dan berzikir, Habaib di sini (Tarem) menekankan 3 perkara asas iaitu :-
1- Belajar ilmu dan berzikir, 2- Beribadah dan berakhlak mulia 3- Berserah kepada Allah dalam semua usaha.
Al Faqir duduk di sini (Tarem) tidak pernah mendengar baik daripada Habaib atau Masyaikh mengkritik atau menjatuhkan satu sama lain. Yang Al Faqir lihat mereka saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Bahkan Allamah Habib Omar masih lagi duduk dalam majlis ilmu Habib Abu Bakar Balfaqeh di Suq.
Tarem bukan saja, kota ilmu, bahkan ia adalah kota adab dan akhlak. Ianya dapat dilihat daripada ulama-ulama di sini. Apa yang dapat kita belajar dari kota Tarem adalah:-
1.Para ulama atau pendakwah mestilah mengajak masyarakat kepada ilmu dan amal, tidak membawa cerita atau isu yang menakutkan orang ramai.
2- Masyarakat hendaklah disajikan ilmu yang membawa kepada taqwa, maksudnya ia menjuruskan kepada:- a- Mengingatkan nikmat Allah dan Kebesaran Allah. b- Membawa kepada beramal dan meninggalkan maksiat, c- Berakhlak mulia sesama manusia.
3- Para ulama dan pendakwah hendaklah menjadi contoh kepada masyarakat agar ilmu yang disampaikan akan memberi kesan.
Semoga Allah merahmati kita semua.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hal yang paling ditunggu oleh kebanyakan orang bekerja sama ada kerja swasta mahu pun kerajaan ialah hari gaji. Ia dianggap rezeki yang bakal dibawa pulang ke rumah untuk digunakan bagi keperluan keluarga, diberi kepada ibu ayah atau untuk membeli sesuatu atas nama menghargai kepenatan bekerja itu.
Di sebalik perkataan GAJI dan REZEKI, keduanya punya maksud yang berbeza. Ini yang perlu kita sama-sama hayati.
GAJI itu ada slipnya. REZEKI itu tidak ada.
GAJI itu dari Bos. REZEKI itu dari Allah SWT.
GAJI itu hanya wang. REZEKI boleh berupa banyak hal.
GAJI itu diperoleh dengan kerja. REZEKI itu diperoleh dengan iman.
GAJI itu sudah diduga, REZEKI itu sering tak terduga.
Rezeki Allah luas seluruh alam..
GAJI mungkin sudah besar, tapi terasa kurang. REZEKI itu selalu mencukupi, meski tak seberapa.
GAJI harus dikejar, dicari dan diusahakan dengan bekerja. Namun REZEKI boleh datang bagi orang yang percaya.
Tidak semua orang memiliki GAJI, tetapi setiap orang memiliki REZEKI.
GAJI kemungkinan tertukar dengan lain orang, tetapi REZEKI tidak akan pernah bertukar (tak pernah salah alamat).
Besarnya GAJI ditentukan oleh masa kerja dan kelayakan, sementara besarnya REZEKI ditentukan iman dan percaya kita pada Allah SWT.
Jadi, jangan pernah cemas, khuatir, resah, berasa sedih, mengeluh dan gundah gundah terhadap nasib yang akan datang, terlebih jangan pernah merasa susah dan sedih terhadap masa lalu kerana REZEKI itu setiap orang sudah ditentukan oleh Allah SWT.
Sumber :- IPHINCOW
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Salam bersalaman memohon kemaafan memang sudah jadi budaya kita ketika menyambut raya. Namun begitu batasan untuk bersalaman meskipun bersama ahli keluarga perlu juga dijaga.Ini...