”Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia mengucapkan perkataan yang benar atau (lebih baik) diam.” (HR Bukhari dan Muslim)
Dalam satu perkongsian ceramah oleh Habib Ali Zaenal Al Hamid dalam fb Kuliah Agama Uztaz Ustazah dipetik dari Tik Tok @mfazzy, pendakwah terkenal ini memaklumkan di hari akhirat nanti, sesiapa yang tidak menjaga lisan iaitu mulutnya akan dicampakkan ke dalam api neraka
Dari perkongsian ceramahnya, Habib Ali Zaenal memaklumkan, orang hari akhirat nanti, manusia akan dicampakkan ke dalam neraka mengikut apa yang mereka lakukan di dunia.
“Ada orang akan dicampakkan ke dalam neraka, mukanya dan kepalanya terlebih dahulu adalah kerana mulut mereka. Kenapa muka dahulu? Sebab di bahagian muka ada mulut!
“Bagi mereka yang tak jaga mulut, mukanya dulu akan dicampakkan oleh Allah SWT. Ada yang kakinya dahulu, boleh jadi badannya dahulu (mengikut dosa apa dilakukan di dunia) tapi bagi mereka yang tak jaga mulut, mukanya dahulu akan dicampakkan oleh Allah SWT ke dalam api neraka.
https://www.tiktok.com/@mfazzy/video/6982509222932122906?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6973624686812366338
Tambah Habib Ali Zaenal, Nabi Muhammad SAW bersabda, sapa orang yang menjaga di antara dua bibirnya atau dua mulutnya iaitu lisan dan dia jaga di antara kedua pahanya, iaitu kemaluan, aku (Nabi) jamin dia masuk syurga.
Jadi semasa hidup, jagalah mulut dan lisan kita dari bercakap hal yang buruk-buruk, memaki hamun orang lain, mengumpat dan lain-lain perbuatan kerana semua itu adalah dosa.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/
Untuk bimbingan awal secara PERCUMA dari Coach Zuhri pula, jom sertai sesi Live CurHat Jodoh bersama Coach jam 9.00 malam – 10.00 malam di:
https://www.instagram.com/kashoorga/ dan
https://www.facebook.com/Kashoorga
.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Ada Yang Pertikai Lafaz Akad Nikah Hanya Sebut ‘Aku Terima’, Ini Penjelasan Dr Zulkifli
Rentetan berita dan video pernikahan artis veteran terkenal baru-baru ini ada yang mempersoalkan lafaz akad nikah yang ringkas diucapkan oleh pengantin lelaki. Lafaz hanya ‘Aku Terima’ dilihat terlalu ringkas malah dipertikaikan sama ada sah atau tidak akad nikah tersebut.
Persoalan tersebut dijawab panjang lebar oleh Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Dr. Zulkifli Mohd Al-Bakri.
Soalan
Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan. Adakah sah sebuah perkahwinan ketika akad nikah, pengantin lelaki hanya menjawab “Aku terima” sahaja tanpa menyebutkan perkataan nikah? Hal ini kerana telah viral isu dua artis veteran terkenal telah berkahwin dan melafazkan seperti di atas ketika qabul. Mohon pencerahan. Terima kasih.
Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:
وَأَنَّهُ خَلَقَ الزَّوْجَيْنِ الذَّكَرَ وَالْأُنثَىٰ
Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan – lelaki dan perempuan.”
(Surah al-Najm: 45)
Yakni Allah SWT menciptakan setiap daripada makhluk itu termasuklah haiwan, berpasang-pasangan yang terdiri daripada lelaki dan perempuan, atau jantan dan betina. (Lihat Ruh al-Ma‘ani, 14/68)
Kita sendiri dapat melihat bagaimana sebaik-baik manusia, yakni para rasul dan anbiya’ juga turut mengahwini wanita-wanita dan tidak mengamalkan hidup membujang. Hal ini secara jelas mengangkat martabat perkahwinan itu sendiri sebagai sunnah para rasul dan nabi terdahulu. Ini dirakamkan oleh Allah SWT di dalam firman-Nya:
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلًا مِّن قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوَاجًا وَذُرِّيَّةً ۚ
Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul sebelum kamu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan.”
(Surah al-Ra‘d: 38)
Firman Allah SWT dalam ayat yang lain:
وَأَخَذْنَ مِنكُم مِّيثَاقًا غَلِيظًا
Maksudnya: “Dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?”
(Surah al-Nisa’: 21)
Oleh yang demikian, seseorang yang melangkahkan kaki dalam alam berumahtangga perlu tahu bahawa Allah SWT tidak mengangkat martabat sesuatu itu melainkan padanya kebaikan serta kelebihan, dan keduanya bergerak seiring dengan tanggungjawab yang wajib digalas oleh setiap pasangan.
Dalam menjawab soalan di atas, para fuqaha menyatakan bahawa suatu pernikahan itu termeterai melalui lafaz ijab dan qabul dengan sighah madhi (kata masa lalu/sudah lepas). Hal ini seperti perkataan seorang wali kepada bakal suami (pengantin lelaki): “زَوَّجْتُكَ ابْنَتِي” (Aku kahwinkan engkau dengan anak perempuanku) atau “أَنَكَحْتُكَ” (Aku nikahkan engkau).
Kemudian pengantin lelaki itu menjawab: “ قَبِلْتُ نِكَاحَهَا” (Aku terima nikahnya) atau “رَضِيْتُ” (Aku redha) kerana sighah madhi (kata masa lalu/sudah lepas) itu lebih menunjukkan kepada penyabitan dan penegasan, berbeza halnya dengan sighah mustaqbal (kata masa akan datang).
Melainkan di sisi ulama al-Syafi‘iyyah, mereka berpendapat bahawa tidak cukup pengantin lelaki itu hanya mengucapkan: “قَبِلْتُ” (Aku terima) sahaja atau “رَضِيتُ” (Aku redha) sahaja.
Bahkan pengantin lelaki mesti mengucapkan: “قَبِلْتُ نِكَاحَهَا” (Aku terima nikahnya) atau “رَضِيتُ نِكَاحَهَا” (Aku redha nikahnya). Sekiranya dia tidak menyebutkan sedemikian, maka tidak sah nikahnya menurut mazhab (pendapat muktamad al-Syafi‘i).
Manakala di sisi jumhur fuqaha’ — al-Hanafiyyah, al-Malikiyyah, al-Hanabilah dan satu pendapat al-Syafi‘iyyah — bahawa memadai/cukup pengantin lelaki mengucapkan: “قَبِلْتُ” (Aku terima) atau “رَضِيتُ” (Aku redha) sahaja dan sah pernikahan tersebut dengan sedemikian. (Lihat al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 41/238).
Menurut al-Buhuti, ucapan pengantin lelaki, “Aku terima” memadai kerana perkara itu adalah jelas sebagai jawapan. Maka, sah perkahwinan dengannya seperti mana jual beli. (Lihat Kassyaf al-Qina‘, 11/235).
Selain daripada itu, al-Khatib al-Syirbini juga ada menjelaskan, ucapan pengantin lelaki sekadar, “Aku terima,” adalah tidak sah menurut mazhab Syafi‘i (pendapat muktamad) kerana tidak terdapat padanya secara jelas perkataan perkahwinan atau pernikahan, dan niatnya sendiri tidak mencukupi.
Manakala menurut satu pendapat lagi yang menyatakan perkahwinan dengan sedemikian itu adalah sah kerana ia kembali kepada apa yang diwajibkan (diucapkan) oleh wali seperti yang dijanjikan secara lafaz (sarih) sebagaimana pendapat yang paling sahih dalam bandingannya iaitu akad jual beli.
Akan tetapi menurutnya lagi, terdapat perbezaan antara kedua-duanya, di mana ia dianggap sebagai kinayah dan akad pernikahan tidak sah dengan kinayah berbeza halnya dengan akad jual beli.
Namun, ada pendapat menyatakan bahawa perkahwinan tidak boleh terjadi melalui cara ini sama sekali, dan ada juga yang berpendapat bahawa ia adalah sah secara mutlak. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 4/230).
Sesungguhnya, wacana ilmiah di kalangan para ulama dan cendikiawan Islam adalah amat baik serta membina makrifah serta kefahaman yang lebih mendalam dan meluas. Kami bersetuju bahawa pandangan yang dikemukakan jelas menunjukkan kepada kita keluasan fiqh itu sendiri. Inilah yang disebutkan oleh Umar bin ‘Abd al-‘Aziz:
مَا أَحِبُّ أَنَّ أَصْحَابَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَخْتَلِفُونَ، لِأَنَّهُ لَوْ كَانَ قَوْلًا وَاحِدًا لَكَانَ النَّاسُ فِي ضِيقٍ، وَإِنَّهُمْ أَئِمَّةٌ يُقْتَدَى بِهِمْ، فَلَوْ أَخَذَ رَجُلٌ بِقَوْلِ أَحَدِهِمْ كَانَ سِعَةً
Maksudnya: “Aku tidak suka bila sahabat Rasulullah SAW tidak berbeza pandangan, sebab kalaulah ia cuma satu pandangan, maka orang ramai akan berada dalam kesempitan. Sesungguhnya mereka (para sahabat) adalah pemimpin yang menjadi ikutan. Kalaulah seseorang mengambil pandangan salah seorang dari mereka (kerana ada khilaf berlaku), dia akan berada dalam keluasan.” (Lihat al-I‘tisam oleh al-Syatibi, 2/577).
Kesimpulannya
Oleh yang demikian, berbalik kepada soalan yang diajukan, kami berpendapat bahawa ucapan balas/jawab pengantin lelaki, “Aku terima” atau “Aku redha,” sahaja sudah memadai dan mencukupi serta perkahwinan itu sudah dikira sah.
Ini adalah sebagaimana pendapat jumhur ulama serta satu pendapat dalam mazhab Syafi‘i. Hal ini kerana ia dapat difahami atau kembali semula kepada ucapan wali sebelumnya, maka jelas ucapan pengantin lelaki itu kembali/merujuk kepada pernikahan dan perkahwinan.
Sekalipun begitu, kami tidak menafikan bahawa jika pengantin lelaki mengucapkan, “Aku terima nikahnya” atau “Aku redha nikahnya” atau seumpamanya adalah lebih baik dan keluar daripada khilaf, ini lebih ihtiyat dan sempurna.
Walau bagaimanapun, dalam konteks negara kita, Malaysia, hal ehwal yang melibatkan perkahwinan penganut-penganut beragama Islam berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam negeri masing-masing. Oleh itu, ia hendaklah dikembalikan atau merujuk kepada jabatan agama Islam masing-masing. Ini bertepatan dengan kaedah menyebutkan:
حُكْمُ الحَاكِمِ يَرْفَعُ الخِلَافَ
Maksudnya: “Keputusan hakim mengangkat perselisihan.”
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Amin.
Kami akhiri dengan doa:
اللَّهُمَّ رَبَّ جِبْرِيلَ، وَمِيكَائِيلَ، وَإِسْرَافِيلَ، فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ، عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ، اهْدِنَا لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ، إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ.
Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan Jibril, Mikail, dan Israfil. Yang Menciptakan langit dan bumi, Yang Maha Mengetahui yang ghaib mahupun yang kelihatan. Engkaulah yang Menghakimi hamba-hamba-Mu di dalam apa yang mereka perselisihkan. Tunjukkanlah kami dengan izin-Mu kepada kebenaran di dalam apa yang diperselisihkan. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk ke arah Sirat al-Mustaqim kepada sesiapa yang Engkau Kehendaki.”
Sumber: maktabahalbakri
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Niat Tak Mahu Bebankan Suami, Wanita Ini Hanya Minta Selipar Jepun & Segelas Air Untuk Mahar Kahwin
Kebiasaannya setiap pengantin lelaki yang berkahwin akan menghadiahkan sesuatu yang bernilai sebagai hadiah mas kahwin untuk isteri tercinta.
Ini adalah sebagai hadiah kepada wanita ini kerana bersedia untuk menerima dirinya sebagai suami dan melayari hidup berumah tangga bersama-sama.
Namun lain pula ceritanya yang berlaku di tanah seberang, Indonesia. Ternyata rasa cinta itu lebih besar nilainya daripada pemberian lain.
Menurut Harian Metro, di Lombok, melaporkan seorang wanita, Helmi, 20 tahun yang juga seorang model Muslimah meminta Selipar Jepun dan segelas air saja sebagai pemberian mas kahwin kepada dirinya.
Dikatakan wanita ini berbuat demikian kerana tidak mahu membebankan suaminya, Yudi Anggata, 24 tahun. Keduanya sah diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri kelmarin.
Kisah pasangan itu mendapat perhatian ramai selepas video perkahwinan mereka tular di laman sosial.
Rakaman video itu menunjukkan Yudi memakai kemeja putih dengan kain sarung berwarna merah.
Dia dilihat beberapa kali melafazkan akad nikah sebelum disahkan sebagai suami isteri. Helmi duduk di sebelah kiri lelaki itu sambil tersenyum melihat pasangannya itu.
Selesai akad nikah, Helmi dilihat meminum air di dalam gelas berwarna coklat. Menurut Helmi, selipar Jepun dan segelas air itu adalah permintaannya sendiri.
“Saya memilihnya (selipar Jepun dan segelas air) sebagai mas kahwin kerana tidak mahu membebankan suami dan keluarganya.
“Tiada alasan lain dan saya minta selipar jepun itu diletakkan di dalam bekas.
“Sekurang-kurangnya pemberian suami itu akan menjadi kenangan yang boleh diceritakan kepada anak kami nanti,” katanya.
Bercerita tentang cara perkenalan mereka, mereka mula berkenalan di media sosial semasa Helmi bekerja di Arab Saudi, dan mereka memutuskan untuk bernikah selepas berjumpa di tanah air.
Jelas Helmi, dia tidak mahu menyusahkan suaminya dalam menyediakan mahar yang membebankan. Yudi sebelum ini pernah bernikah tiga kali sebelum bertemu dengan Helmi.
Artikel Berkaitan: Suami Beri Senaskhah Al-Quran Sebagai Hadiah Mas Kahwin Pada Emma Maembong Di Majlis Pernikahan. So Sweet!
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Selain Azan & Iqamat, Ibu Bapa Harus Lakukan 5 Perkara Ini Ketika Anak Baru Lahir. Perlu Waspada Penyakit Ain’
Anak adalah anugerah Allah buat pasangan. Ia juga amanah yang harus dijaga sebaik mungkin. Ketika anak baru dilahirkan ada beberapa perkara perlu dilakukan oleh ibu bapa.
Apa yang perlu ibu bapa tahu saat anak baru dilahirkan? Ada lima perkara kena lakukan.
1) Ketika anak lahir, berdoalah kepada Allah untuk perlindungannya
Sebagaimana yang dilakukan isteri Imran saat melahirkan Maryam, dalam Surat Ali Imran ayat 36,
فَلَمَّا وَضَعَتْهَا قَالَتْ رَبِّ إِنِّي وَضَعْتُهَا أُنْثَىٰ وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا وَضَعَتْ وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالْأُنْثَىٰ ۖ وَإِنِّي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Maka tatkala isteri ‘Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: “Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk”.
2) Ketika anak lahir, waspadalah terhadap penyakit ain’
Dalam sebuah hadith dijelaskan:-
حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ حُمَيْدِ بْنِ قَيْسٍ الْمَكِّيِّ أَنَّهُ قَالَ
دُخِلَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِابْنَيْ جَعْفَرِ بْنِ أَبِي طَالِبٍ فَقَالَ لِحَاضِنَتِهِمَا مَا لِي أَرَاهُمَا ضَارِعَيْنِ فَقَالَتْ حَاضِنَتُهُمَا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ تَسْرَعُ إِلَيْهِمَا الْعَيْنُ وَلَمْ يَمْنَعْنَا أَنْ نَسْتَرْقِيَ لَهُمَا إِلَّا أَنَّا لَا نَدْرِي مَا يُوَافِقُكَ مِنْ ذَلِكَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَرْقُوا لَهُمَا فَإِنَّهُ لَوْ سَبَقَ شَيْءٌ الْقَدَرَ لَسَبَقَتْهُ الْعَيْنُ
“Telah menceritakan kepadaku dari Malik dari Humaid bin Qais Al Makki berkata; “Suatu ketika dua anak Ja’far bin Abu Thalib dibawa ke hadapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Baginda bertanya kepada perawatnya: “Kenapa aku melihat keduanya sangat kurus?” penjaganya menjawab, “Wahai Rasulullah, penyakit ‘ain telah menyerang mereka berdua dengan cepat. Tidak ada yang menghalangi kami untuk meminta mereka di ruqyah, hanya saja kami tidak mengetahui apakah anda menyetujuinya.’ Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lalu bersabda: ‘Ruqyahlah mereka, karena sesungguhnya jika ada yang dapat mendahului takdir, nescaya penyakit ‘ain-lah yang akan mendahuluinya.”
3) Ketika anak lahir, jangan membencinya jika wajah tidak sempurna
Dalam surat Ali Imran ayat 6 disebutkan bahawa Allahlah yang membentuk rupa setiap bayi yang dilahirkan.
هُوَ الَّذِي يُصَوِّرُكُمْ فِي الْأَرْحَامِ كَيْفَ يَشَاءُ ۚ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
“Dialah yang membentuk kamu dalam rahim menurut yang Dia kehendaki. Tidak ada Tuhan selain Dia. Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana.”
4) Ketika anak lahir, tahniklah anak
Mentahnik iaitu memberi makanan yang telah dikunyah dan mendoakan kesejahteraan anak.
Dalam shahih Muslim menjelaskan,
حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ هِشَامٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَسْمَاءَ
أَنَّهَا حَمَلَتْ بِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ بِمَكَّةَ قَالَتْ فَخَرَجْتُ وَأَنَا مُتِمٌّ فَأَتَيْتُ الْمَدِينَةَ فَنَزَلْتُ بِقُبَاءٍ فَوَلَدْتُهُ بِقُبَاءٍ ثُمَّ أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَضَعَهُ فِي حَجْرِهِ ثُمَّ دَعَا بِتَمْرَةٍ فَمَضَغَهَا ثُمَّ تَفَلَ فِي فِيهِ فَكَانَ أَوَّلَ شَيْءٍ دَخَلَ جَوْفَهُ رِيقُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ حَنَّكَهُ بِالتَّمْرَةِ ثُمَّ دَعَا لَهُ وَبَرَّكَ عَلَيْهِ وَكَانَ أَوَّلَ مَوْلُودٍ وُلِدَ فِي الْإِسْلَامِ
“Telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib Muhammad bin Al A’la; Telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Hisyam dari ayahnya dari Asma’, Ketika dia mengandung anaknya ‘Abdullah bin Zubair, dia masih berada di Makkah. Dia berkata; “Kemudian aku hijrah ke Madinah, pada hal aku sudah sarat mengandung. Kemudian aku berhenti di Quba, dan aku melahirkan di sana.
Lalu aku bawa anakku kepada Rasulullah dan meletakkannya di pangkuan Baginda. Rasulullah meminta sebiji kurma lalu dikunyahnya. Sesudah itu disuapkannya ke mulut bayiku. Itulah makanan yang pertama kali masuk ke mulut bayi itu, kurma yang telah bercampur dengan air ludah Baginda. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mendoakan keberkahan baginya. Dialah bayi yang pertama lahir dalam Islam.”
5) Ketika anak lahir, berilah nama yang baik
Sahih al-Bukhari meriwayatkan,
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ هِشَامٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ
أُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِصَبِيٍّ يُحَنِّكُهُ فَبَالَ عَلَيْهِ فَأَتْبَعَهُ الْمَاءَ
“Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya dari Hisyam dari ayahnya dari Aisyah radliallahu ‘anhuma, ia berkata, “Seorang bayi dibawa ke hadapan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang kemudian Baginda suapi dengan kunyahan buah kurma, ketika bayi itu kencing, Baginda memercikinya dengan air.”
Sumber : Islam Pos & Fikih Pendidikan Anak, Membentuk Kesolehan Anak Sejak Dini/Karya: Musthafa al-’Adawy/Penerbit: Qisthi Press/Tahun: 2016
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI