Dikongsi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berikut adalah Fiqh banjir yang dikeluarkan sebagai panduan ibadah untuk umat Islam ketika banjir.
Solat dengan pakaian basah atau berlumpur tetap sah selagi diyakini tiada najis pada pakaian tersebut.
Solat di atas sampan atau perahu adalah sah dengan syarat menghadap kiblat dan dalam keadaan berdiri sekadar mampu. Jika tidak mampu, solat hormat waktu boleh dilakukan dan wajib qada’ selepasnya
Tidak dibolehkan jamak ketika banjir kerana mangsa pada kebiasaannya ditempat di dalam penempatan sementara dan tidak melibatkan jarak yang jauh.
Menurut pendapat yang muktamad dalam Mazhab Syafie, tidak boleh menjamakkan solat ketika banjir. Namun begitu, andai ada kesukaran dan keperluan mendesak seperti menyelamatkan nyawa dan diri, maka dibolehkan jamak mengikut pendapat sebahagian ulama seperti Imam An-Nawawi.
Dibolehkan untuk berwuduk dengan air banjir dan sah kerana air banjir selalunya datang daripada air sungai dan hujan yang mana kedua-duanya ialah air mutlak.
Bagaimanapun, jika air itu sudah digunakan untuk berwuduk, mandi dan menghilangkan najis, maka ia tidak lagi suci.
Solat di dalam air adalah sah dan wajib rukuk serta sujud seperti biasa sekiranya sekiranya mampu kerana paras air tidak terlalu tinggi.
Namun begitu, terdapat sebahagian pendapat mengharuskan untuk solat dengan isyarat sahaja seperti menundukkan sedikit kepala lebih daripada rukuk, tetapi tidak sampai ke dalam air sebagai isyarat bagi sujud.
Ia wajib sekiranya penempatan mangsa banjir mencukupi 40 orang yang diwajibkan solat Jumaat ke atas mereka.Sekiranya terkandas di dalam rumah disebabkan banjir, maka ia tidak diwajibkan.
Harus memberikan zakat kepada golongan yang terkena mudarat atau bencana yang menyebabkan rumah mereka musnah dan tidak ada lagi apa-apa yang dimiliki. Mereka dikategorikan sebagai golongan al-Gharimin.
Haram mengambil barang tanpa izin, kecuali dalam keadaan darurat untuk kelangsungan hidup. Barang tahan lama harus dijaga dan wajib dihebahkan selama setahun. Jika pemiliknya tidak muncul selepas setahun, barang tersebut boleh dimanfaatkan.
Wajib mengasingkan lelaki dan perempuan ajnabi di pusat pemindahan, namun yang berkeluarga boleh ditempatkan bersama. Persentuhan dengan yang bukan mahram adalah haram melainkan dalam keadaan darurat seperti misi menyelamat.
Terdapat dua pendapat iaitu membakarnya atau menanamnya. Kedua-dua kaedah itu diharuskan kerana ia bermatlamat untuk memuliakan al-Quran atau mashaf.