Ramai yang sering merasakan kerana mereka sama jantina, jadi soal aurat tiada masalah. Ini kerana pada pandangan kita, aurat hanya terbatas pada pandangan lelaki yang bukan mahram saja.

Apa batasan aurat sesama wanita?

Imam Nawawi dalam kitab Nihayatuzein menjelaskan bahawa batasan aurat muslimah yang perlu dijaga terbahagi kepada empat, baik terhadap mahram mahu pun yang bukan mahram. Berikut adalah batasan aurat sesama Muslimah perlu tahu.

1) Bahagian aurat sesama wanita :- Antara pusat ke lutut

IKLAN

Di kalangan Muslimah, boleh melihat tubuh Muslimah lain kecuali bahagian antara pusat dan lutut. Tapi aurat ini hanya terbatas di tempat yang tertutup seperti rumah, bilik tidur, bilik air dan bukannya di tempat umum atau bercampur yang bukan mahram dengan wanita non muslim.

Dalam satu hadith yang diriwayatkan Abu Salamah Radhiyallahu ‘Anhu, “Aku dan saudara ‘Aisyah datang kepada ‘Aisyah, lalu saudaranya itu bertanya kepadanya tentang mandi yang dilakukan oleh Nabi ﷺ. Lantas ‘Aisyah meminta wadah yang berisi satu sha’ (air), kemudian ia mandi dan mencurahkan air di atas kepalanya. Sementara antara kami dan dirinya ada tabir.”

2) Batasan aurat sesama wanita :- Bahagian Bawah Tubuh

IKLAN

Al-Qadhi ‘Iyadh Rahimahullah berkata, “Yang nampak dari hadith tersebut adalah keduanya (yakni Abu Salamah dan  ‘Aisyah) melihat perlakuan Aisyah dari bahagian atas tubuhnya kerana mereka saudara sesusuan. Masa yang sama Aisyah menutup bahagian bawahnya dengan tabir kerana itulah bahagian yang tidak boleh dilihat oleh mahram.

3) Batasan Aurat Sesama Wanita:- Beza dengan Non Muslim

IKLAN

Berbeza dengan wanita bukan muslim, walau sama jantina tapi kita tidak boleh mendedahkan aurat di hadapan mereka walau berada di tempat tertutup. Aurat harus terjaga kemas dari pandangan mereka.

4) Batasan Aurat Sesama Wanita: Sesama Muslim

Jika bersama wanita muslim, maka aurat yang boleh nampak adalah seluruh tubuhnya, kecuali antara pusat hingga lutut. Sedang jika non muslim, maka ia harus tetap menutup auratnya. sumber : Infoyunik

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI