Jangan Asyik Pilih Tidur Saja! Ustaz Ahmad Dusuki Nasihat Kalau Nak Berehat Di Alam Kubur

Share

Terkenal kerana banyak berkongsi cerita-cerita menarik mengenai alam akhirat, seperti apa yang ada di syurga dan neraka membuatkan nama Ustaz Ahmad Dusuki bukanlah asing di kalangan warga maya. Melalui ceramah-ceramah disampaikannya, Ustaz Ahmad Dusuki kala ditanya tentang bagaimana mahu berehat di kubur tanpa menjalani seksaan kubur. nasihatnya agar kita tidak melebihkan tidur di dunia. Dan dirinya berkongsikan apa amalan yang dilakukan untuk berasa selesa di kubur. Katanya kita perlu amalkan tiga perkara ni:

1. Baca Al-Quran sebelum Subuh

Saat kita meninggalkan dunia yang fana ni, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Alquran yang dibaca sebelum subuh. Alquran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.

2. Amalkan surah Al-Mulk setiap malam

Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau kat dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Alquran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.

3. Bangun solat tahajud walau 2 rakaat

Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. Pernah rasa?

Kawan-kawan, kita semua memang selalu leka. Sebab tu kita kena sentiasa berpesan-pesan sesama kita. Ingat, malaikat maut ada dekat dengan kita hanya menunggu masa untuk mencabut nyawa. Tapi tulah, dah bersediakah kita, tanyanya?

Published by
almaswa Haji Che Ros