Ramai orang suka menyebut perkataan sumpah. Sumpah biasanya dibuat bagi membuktikan dirinya benar, tidak melakukan perbuatan tersebut, menegakkan berita dan mengikrarkan hukum.

Sumpah berasal dari bahasa Arab, Al-Qasam dalam Al-Quran.Seorang muslim yang bersumpah, biasanya akan menepati janjinya kerana ia bersumpah membawa nama Allah.
Dalam kebanyakan kes rumah tangga bila mana tembelang suami atau isteri mula terserlah, biasanya pasangan akan menyebut sumpah bahawa dirinya tidak melakukan perbuatan tersebut.Malah dalam sesetengah kes sanggup membuat penafian sedangkan bukti-bukti kukuh ada di depan mata.

Apa yang difahami dengan sumpah palsu ini? Adakah ia sekadar satu ungkapan biasa atau ada makna di sebaliknya?

Zaman ini ramai melakukan sumpah palsu untuk menyelamatkan diri bila sudah terjerat tanpa sedar perbuatan itu bukan sekadar ungkapan biasa terlahir dari lidah tidak bertulang. Biasanya orang yang bersumpah palsu ini tidak mengakui kebesaran Allah SWT. Malah orang-orang yang biasa menyebut sumpah palsu ini akan merasakan tiada apa-apa akan terjadi dan masa yang sama mereka sebenarnya mengingkari sumpahnya kepada Allah subhanahu wa ta’ala.

IKLAN

Lantas, apa hukumnya kepada yang melafazkan sumpah palsu?

Para ulama bersepakat bahwa sumpah palsu itu hukumnya haram dan merupakan dosa besar. Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam sebuah hadis, di mana Rasulullah SAW memasukkan sumpah palsu ke dalam kategori dosa besar yang menghampiri syirik.

IKLAN

Dari Abdullah bin ‘Amr, dia berkata: Seorang Arab Badui datang kepada Nabi Muhammad SAW lalu berkata, “Wahai Rasulullah! Apakah dosa-dosa besar itu?” Baginda menjawap “Isyrak (menyekutukan sesuatu) dengan Allah,”. Dia bertanya lagi, “Kemudian apa?” Nabi menjawab, “Kemudian derhaka kepada orang tua,”. Dia bertanya lagi. “Kemudian apa?” Baginda menjawab, “Sumpah yang menjerumuskan.” Aku bertanya, “Apa sumpah yang menjerumuskan itu?” Baginda Rasulullah menjawab, “Sumpah dusta yang menjadikan dia mengambil harta seorang muslim.” (HR. Al-Bukhari no. 6255).

IKLAN

Allah SWT juga menjelaskan dalam firman-Nya:

“Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan mensucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih.” (QS. Ali-Imran : 77).

Jadi, dalam apa jua situasi, jangan sesekali bersumpah palsu kerana akibat dan kesannya amat buruk pada kehidupan kita.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI