Tidak dinafikan sebagai ibu bapa kita kadang kala tidak terlepas dari sikap ‘pilih kasih’ terhadap anak-anak.
Walaupun sebenarnya tidak berniat ke arah itu tetapi tanpa sedar, kita sebenarnya akan berlaku sikap begini pada anak-anak.
Namun sebenarnya sikap pilih kasih ini sangat tidak bagus untuk diamalkan. Ini kerana boleh menyebabkan berlakunya sikap tidak bertanggungjawab apabila dewasa nanti.
Sebaliknya didiklah mereka sama rata tanpa mengikut gender kerana 20 tahun lagi merekalah bakal memimpin keluarga sendiri.
Seperti perkongsian di laman sosia Facebook, di mana wanita ini Puan Insyirah Soleha tidak membezakan tanggungjawab mengikut gender dalam keluarganya.
Gambar sekadar hiasan.
Bila anak dibanggakan mengikut gender, yang patut dirisaukan adalah tanggungjawab untuk mendidik anak-anak.
Bapa yang dapat ramai anak perempuan akan rasa susahnya nak pelihara anak perempuan, nanti besar khuatir salah memilih jalan.
Bapa yang dapat ramai anak lelaki akan rasa susahnya nak suruh buat kerja rumah, nanti isteri nan seorang dari siang sampai malam macam kain buruk dikerjakan anak-anak.
Kenapa tidak kita melahirkan manusia, tak kira apa jantina tetapi berlaku ihsan dan kasih sayang?
Saya tak ada anak perempuan, jadi kena sedih buat kerja rumah sendirian? Tak. Saya suruh anak-anak lelaki saya buat kerja rumah dan belajar urus diri mereka sendiri.
Untuk langkah pertama, bapalah yang PERLU memainkan peranan. Ada masa suami memasak, ada ketika beliau menyapu sampah, ada hari beliau sidai dan angkat pakaian di jemuran. Tak ada istilah “queen control” sebab dalam hidup ni memang saling memerlukan dan melengkapi kekurangan.
Ads
Ada isteri suka jadi superwomen untuk buat semua kerja sendiri. Tapi, itu hanya akan buat anak-anak melihat contoh yang tidak tepat.
“Hanya ibu buat kerja rumah.”
“Tugas ibu sekian sekian sekian.”
Anak yang sulung, diajar senduk nasi sendiri seawal usia 6 tahun. Belajar untuk hidup, paling kurang bila lapar reti nak masuk dapur.
Bila dah usia 9 tahun, perlahan-lahan diajar memasak dengan pantauan 100% dari kami. Masak saja yang mudah, goreng telur. Belajar untuk hidup, paling kurang bila lapar reti nak buat apa.
Selalu suruh angkat pakaian.
Ads
“Kenapa asyik kena buat kerja je?”
Budak. Selagi boleh bertanya memang dia nak jawapan yang boleh sejukkan hati.
“Sebab Allah suruh buat baik kepada ibubapa. Kalau anak-anak tak nak tolong, ibubapa buat semua. Macammana anak nak dapat pahala? Ni abi suruh buat sebab nak bagi anak-anak dapat pahala.”
“Habis tu abi buat apa?”
“Abi suruh anak buat. Abi dapat pahala juga sebab ajar anak.”
Semalam, saya minta anak sulung basuhkan adiknya buang air besar. Memang tak sangka dia akan berjaya sebab baru 9 tahun, lelaki pula. Saja la nak ‘test power’, dia dengan girang selinsing lengan baju dan singkatkan seluar.
“Jom adik, basuh. Busuk la. Nanti dah basuh, kita main.”
Ads
Adik pun kedek-kedek masuk tandas. Easy peasy.
Saya tunggu depan tandas beri arahan satu per satu. Berjaya dengan cemerlang.
Teringat suami cerita masa kecil kena mengasuh adik, kalau part basuh najis memang lari sebab muntah. Sampai lah dah ada anak sulung baru boleh handle najis anak sendiri. Kasih sayang bapa.
Gambar dari FB Insyirah Soleha.
Semoga 20 tahun mendatang, anak-anak lelaki kami jadi suami yang menyantuni isteri dan anak-anak mereka. Menyayangi anak perempuan dari ibubapa mertua mereka.
Tiada kebanggaan dengan jantina anak, mereka semua perlu diberi kasih sayang dan ilmu kehidupan dunia dan akhirat.
Ada anak perempuan, Allah muliakan.
Ada anak lelaki, tetap juga Allah muliakan.
Semoga Syurga jadi motivasi kita untuk hidup di atas dunia.
Rawatan Islam merupakan rawatan alternatif kepada rawatan moden yang boleh kita amalkan. Rawatan ini banyak menggunakan mukjizat besar surah-surah al-Quran. Kesembuhan adalah dengan izin Allah.
Alhamdulillah, sepanjang penglibatan dalam rawatan Islam, Darul Syifa’ yang ditubuhkan dan diterajui almarhum Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah banyak menyembuhkan pesakit. Semuanya adalah berasaskan ikhtiar, doa dan tawakal.
Berikut adalah cara rawatan yang boleh dilakukan atau biasa dilakukan oleh pengamal rawatan Islam. Keutamaan di sini ialah kita meyakini sepenuhnya bahawa penyakit yang dihadapi dapat disembuhkan dengan izin Allah sendiri.
Pastikan setiap ayat yang dibaca itu kita faham dan hayatinya agar ia meresap ke dalam hati.
Sakit-sakit sendi dan badan berangin
Amalkan bacaan al-Fussilat: ayat 44
Disengat ikan sembilang atau keli
Penawar bagi bisa sengatan ikan ini ialah pada cecair otak ikan. Ketuk lah kepala ikan tersebut dan ambil sedikit cecair seperti gel pada otaknya. Sapukan cecair itu pada bahagian yang disengat.
Tertusuk duri kelapa sawit.
Orang Felda tahu betapa sakitnya apabila tertusuk duri kelapa sawit ini. Cara nak merawat kesakitannya ialah dengan cara mengetuk buah kelapa sawit atau dipecahkan dan ambil minyaknya. Jangan gunakan jari! Sapu bahagian tusukan dengan sabut sawit yang diopecah tadi terus. InsyaAllah hilang rasa sakit.
Disihir untuk menceraikan pasangan suami isteri
Baca lah surah al-Baqarah : ayat 102. Dan berdoa untuk dihilang dan dijauhkan sihir itu.
Resdung
Hanya penghidap resdung tahu betapa siksanya hidup ‘bertemankan’ resdung. Cara merawat resdung ialah :
Ambil tujuh (7) botol air kolah dari tujuh (7) buab masjid berlainan.
Cari masjid yang aktif dengan jemaah yang menunaikan solat dan mengimarahkan masjid.
Isi penuh sebotol air kolah dari setiap masjid tadi.
Ambil air tadi dan letak atas sejadah, dirikan solat hajat untuk sembuh resdung.
Pegang botol menggunakan tangan kanan, baca surah an-Anbiya’: ayat 83
Sebelum masukkan air ke dalam hidung,baca selawat syifa’
Masukkan air ke dalam hidung dan buang semula. Ulang sebanyak tujuh (7) kali
Diikuti dengan bacaan surah an-Anbya’ : ayat 83
6) Masalah sakit tumit dan sakit2-sakit sendi (rheumatism) Ambil minyak zaitun. Baca al-Fatihah dan ayat kursi. Gunakan minyak zaitun tadi dan urut atau sapu pada tempat bermasalah sambil membaca surah at-Taubah: ayat 14 dan surah al-Hasyr: ayat 21
7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita a) Ambil madu asli (gunkan sudu atau bekas plastik sahaja) b) Baca Al- Fatihah & Ayat kursi c) Baca Surah an – Nahl: ayat 69, bacakan ayat tersebut pada madu d)Makan madu tadi sesudu sehari
8) Angin pasang a) Menggunakan madu asli b) Amalkan ayat- ayat di bawah ini Surah Al – Isra’, ayat 82 Surah Al – Hashr, ayat 21 Surah Ash – Shua’ra’ ayat 70
9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung Bahan-bahan utama:
a) Serai 3 batang ( titikkan/ ketuk supaya pecah) b) Sedikit halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang) c) Sebiji buah kelapa muda (isinya nipis dan lembut)
Cara penyediaan: a)Campur semua serai yang dititik tadi ke dalam buah kelapa (sebiji buah kelapa, tiga batang sera) b) Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa. c) Letak buah kelapa tadi atas api gas dan panaskan. d) Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai. e) Minum air kelapa yang telah suam. *Satu biji kelapa, selang 2 hari.
10. Merawat histeria
Bagi merawat orang histeri, genggamlah tangan kanan, baca Bismillah, dan MasyaAllah. Baca 3 kali, tiup dengan tiupan yang lembut, Tepuk atas tulang belikat pesakit yg terkena histeria.
*Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain- As-Saffat : 7
Kashoorga: Sebagai manusia biasa, kita perlu berusaha, berdoa dan tawakal. Yang penting ikhtiar untuk sembuh. Selebihnya Allah akan bantu dan tentukan.
Pesakit perlu terlebih dahulu dapatkan rawatan di pusat rawatan seperti klinik atau hospital untuk diagnosis dan rawatan pakar bagi penyakit yang serius.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Namanya cukup disegani. Lebih 20 tahun bergelar anak seni, kebanyakannya manis-manis belaka bagi lagenda Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Keperibadiannya, sikap pemurahnya, akhlak dan ukhwahnya sangat dijaga. Tak hairanlah peminat sentiasa memberikan sokongan padu buatnya tanpa mengenal usia.
Terkini, nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza sekali lagi dikenang membawa kebaikan apabila menubuhkan sebuah sekolah khusus untuk anak-anak di Palestin.
Mengambil keberkatan nama dua orang cahayamatanya iaitu Muhammad Afwa dan Siti Aafiyah, dirinya memaklumkan telah menyewa sebuah bangunan di negara terbabit dan diberi nama Sekolah Kanak-Kanak Afwa & Aafiyah di Gaza, Palestin.
Dalam satu perkongsian di instagramnya, Dato’ Sri Siti memaklumkan hal ini.
Alhamdulillah, sejak Oktober 2021, sekolah kanak-kanak Afwa & Aafiyah berjaya ditubuhkan di Gaza, Palestin. Sedikit demi sedikit kita bangunkan di bangunan yang disewa serta menggajikan tenaga pengajar dan petugas.
Sekolah ini mengajar hafazan, Al-Quran, akademik serta tentang akhlak/adab. Kita juga menyediakan makanan kepada semua pelajar pada waktu persekolahan.
Ini adalah usaha Siti, suami, Yayasan Nurjiwa serta sumbangan orang ramai yang terus ke Yayasan Nurjiwa dan juga di Tabung Bencana Alam, Palestin dan Covid-19 (ada di linktree di bio instagram @ctdk, boleh klik link untuk membuat sumbangan).
Siti juga melancarkan Music Of The Soul: An Evening Of Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan salah satu tujuannya adalah untuk mengumpul dana bagi pembiayaan sekolah ini. Kepada seluruh pembeli tiket, kami mengharapkan, apa yang anda sumbangkan dirahmati dan dikurniakan keberkatan di atas usaha kita. Sumber : IG @CTDK
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap dari kita pastinya memasang impian untuk berkahwin, walaupun tidak tahu siapa bakal jodoh kita kelak.
Namun tidak ada salahnya jika kita berangan sesuatu untuk majlis perkahwinan itu nanti. Misalnya gubahan hantaran, mas kahwin, idea pelamin atau sebagainya.
Seperti perkongsian lelaki ini di laman twitter mengenai rasa terujanya menyimpan mas kahwin buat bakal isterinya walaupun ketika itu dirinya masih single.
Gubahan mas kahwin ini hanya menggunakan nombor siri dan angka wang kertas yang dipaparkan pada sebuah bingkai gambar, ia tersusun cantik memaparkan tarikh pernikahan beserta nama kedua-dua pengantin.
Menurut empunya diri, Abu Bakar Ramlay, idea untuk gubahan mas kahwin ini tercetus kira-kira tujuh tahun lalu.
“Kira-kira tujuh tahun lalu saya ternampak posting di internet mengenai gubahan mas kahwin menerusi nombor siri wang kertas.
“Masa itu terdetik hati saya, kalau nanti bertemu seseorang untuk dijadikan isteri, saya akan buat mas kahwin dnegan gubahan itu,” katanya kepada Mstar.
Akhirnya dapat diberikan kepada bidadari cinta.
Dia hanya memulakan misi mengumpul mas kahwin dengan nombor siri sepadan itu sejak setahun lalu.
Ini apabila kedua-dua pihak bersetuju memilih tarikh 20 Februari 2020 bagi melangsungkan pernikahan mereka.
Dan dia mula mengenali isterinya itu Najat Nadhirah kira-kira empat tahun lalu sebelum bersetuju untuk bertunang Julai 2019.
Dia kemudiannya mencari jalan penyelesaian dengan mencari nombor siri yang mempunyai dua huruf nama mereka bagi meminimumkan penggunaan wang kertas berkenaan.
Menurutnya gubahan mas kahwin bernilai RM300 itu terdiri daripada kepingan RM20, RM10 sebanyak 19 keping termasuk hiasan tambahan dua keping not RM5.
Idea gubahan sejak beberapa tahun lalu.
Biarpun tahu sukar untuk menyempurnakan misi ini, dia yang bekerja sebagai eksekutif kewangan di sebuah bank akhirnya berjaya mengumpul semua wang kertas berkenaan. Dan misi ini disempurnakan kira-kira sebulan sebelum hari pernikahannya.
Dan menurutnya lagi, apa yang dilakukan ini adalah sebagai kejutan buat isteri. Malah dia yang membuat gubahan dengan bantuan adiknya itu membuatkan perasaan teruja dan gembira untuk bernikah.
Walaupun tidak berniat untuk berkongsi dengan umum, tetapi bagi dirinya, gubahan hantara ini mempunyai nilai sentimental dan ekspresi perasaan gembira kerana misi tercapai.
Moga ikatan terjalin kekal hingga ke jannah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Mungkin dalam beberapa keadaan memerlukan Muslimah perlu mengambil wuduk tanpa membuka tudung.Contohnya tempat mengambil wuduk wanita terbuka bimbang aurat dilihat oleh bukan mahram.Jadi bagaimana...