Jangan Bezakan Tanggungjawab Anak Lelaki & Perempuan, Kalau Mahu Dipandang Mulia Dewasa Nanti

Share

Tidak dinafikan sebagai ibu bapa kita kadang kala tidak terlepas dari sikap ‘pilih kasih’ terhadap anak-anak.

Walaupun sebenarnya tidak berniat ke arah itu tetapi tanpa sedar, kita sebenarnya akan berlaku sikap begini pada anak-anak.

Namun sebenarnya sikap pilih kasih ini sangat tidak bagus untuk diamalkan. Ini kerana boleh menyebabkan berlakunya sikap tidak bertanggungjawab apabila dewasa nanti.

Sebaliknya didiklah mereka sama rata tanpa mengikut gender kerana 20 tahun lagi merekalah bakal memimpin keluarga sendiri.

Seperti perkongsian di laman sosia Facebook, di mana wanita ini Puan Insyirah Soleha tidak membezakan tanggungjawab mengikut gender dalam keluarganya.

Gambar sekadar hiasan.

Bila anak dibanggakan mengikut gender, yang patut dirisaukan adalah tanggungjawab untuk mendidik anak-anak.

Bapa yang dapat ramai anak perempuan akan rasa susahnya nak pelihara anak perempuan, nanti besar khuatir salah memilih jalan.

Bapa yang dapat ramai anak lelaki akan rasa susahnya nak suruh buat kerja rumah, nanti isteri nan seorang dari siang sampai malam macam kain buruk dikerjakan anak-anak.

Kenapa tidak kita melahirkan manusia, tak kira apa jantina tetapi berlaku ihsan dan kasih sayang?

Saya tak ada anak perempuan, jadi kena sedih buat kerja rumah sendirian? Tak. Saya suruh anak-anak lelaki saya buat kerja rumah dan belajar urus diri mereka sendiri.

Untuk langkah pertama, bapalah yang PERLU memainkan peranan. Ada masa suami memasak, ada ketika beliau menyapu sampah, ada hari beliau sidai dan angkat pakaian di jemuran. Tak ada istilah “queen control” sebab dalam hidup ni memang saling memerlukan dan melengkapi kekurangan.

Ada isteri suka jadi superwomen untuk buat semua kerja sendiri. Tapi, itu hanya akan buat anak-anak melihat contoh yang tidak tepat.

“Hanya ibu buat kerja rumah.”

“Tugas ibu sekian sekian sekian.”

Anak yang sulung, diajar senduk nasi sendiri seawal usia 6 tahun. Belajar untuk hidup, paling kurang bila lapar reti nak masuk dapur.

Bila dah usia 9 tahun, perlahan-lahan diajar memasak dengan pantauan 100% dari kami. Masak saja yang mudah, goreng telur. Belajar untuk hidup, paling kurang bila lapar reti nak buat apa.

 

Selalu suruh angkat pakaian.

“Kenapa asyik kena buat kerja je?”

Budak. Selagi boleh bertanya memang dia nak jawapan yang boleh sejukkan hati.

“Sebab Allah suruh buat baik kepada ibubapa. Kalau anak-anak tak nak tolong, ibubapa buat semua. Macammana anak nak dapat pahala? Ni abi suruh buat sebab nak bagi anak-anak dapat pahala.”

“Habis tu abi buat apa?”

“Abi suruh anak buat. Abi dapat pahala juga sebab ajar anak.”

Semalam, saya minta anak sulung basuhkan adiknya buang air besar. Memang tak sangka dia akan berjaya sebab baru 9 tahun, lelaki pula. Saja la nak ‘test power’, dia dengan girang selinsing lengan baju dan singkatkan seluar.

“Jom adik, basuh. Busuk la. Nanti dah basuh, kita main.”

Adik pun kedek-kedek masuk tandas. Easy peasy.

Saya tunggu depan tandas beri arahan satu per satu. Berjaya dengan cemerlang.

Teringat suami cerita masa kecil kena mengasuh adik, kalau part basuh najis memang lari sebab muntah. Sampai lah dah ada anak sulung baru boleh handle najis anak sendiri. Kasih sayang bapa.

Gambar dari FB Insyirah Soleha.

Semoga 20 tahun mendatang, anak-anak lelaki kami jadi suami yang menyantuni isteri dan anak-anak mereka. Menyayangi anak perempuan dari ibubapa mertua mereka.

Tiada kebanggaan dengan jantina anak, mereka semua perlu diberi kasih sayang dan ilmu kehidupan dunia dan akhirat.

Ada anak perempuan, Allah muliakan.

Ada anak lelaki, tetap juga Allah muliakan.

Semoga Syurga jadi motivasi kita untuk hidup di atas dunia.

Ummu Amir,

#SyurgaYangDirindukan

Published by
Siti Zurina Mat Saman