Tidak dinafikan dalam hubungan suami isteri itu pasti ada pasang surutnya. Kata orang perselisihan faham atau ‘gaduh-gaduh manja’ itu sebagai asam garam dalam kehidupan rumah tangga.

Namun begitu sebagai pasangan, jangan biarkan terlalu lama jika isteri merajuk. Pastikan ada inisiatif memujuk isteri kerana dialah teman kita di malam hari.

Artikel Berkaitan: Amar Baharin Kongsi Ayat Dari Surah Al-Imran Mohon Isteri Jadi Wanita Solehah, Sempena Ulang Tahun Kelahiran

Jika rajuk berpanjangan pasti akan membuatkan perhubungan suami isteri jadi dingin dan hambar.

Tidak salah rendahkan ego memujuk isteri kerana hati wanita ini sangat halus. Mereka terlalu ‘malu’ minta diupujuk dan pastinya hati berbunga-bunga jika dapat dipujuk dengan kata-kata manis.

Tidak perlu beli hadiah mahal, cukuplah sekadar pelukan sayang tanda kita mahu berdamai.

Ayuh, ikuti perkongsian Imam Muda Hassan berkenaan hal ini.

Suami Jangan Biarkan Isteri Merajuk Tanpa Dipujuk. Hati Wanita Sangat Halus. Kesian Isteri.

Wanita dari tulang rusuk lelaki. Sifat tulang rusuk ni mudah patah. Begitulah hati wanita ni sangat halus, mudah sangat nak terguris.

IKLAN

Artikel Berkaitan: “Tak Rugi Goda Isteri Balik Kalau Dia Merajuk. Cintanya Akan Tetap Hangat Hingga Ke Jannah”

Jangan samakan hati suami dengan isteri. Hati lelaki tak sama sama dengan perempuan. Orang laki lebih cepat memaafkan berbanding wanita sebab lelaki lebih banyak rasional berbanding emosi.

Isteri lebih banyak melayani emosi, jangan marah pada isteri, sebab Allah sudah jadikan fitrah wanita begitu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Imam Muda Hassan (@imammudahassan) on

Cuba kita tengok orang perempuan bila bersembang suka laga pipi, berpelukan sesama mereka, dan perkara ni kalau jadi kat kaum lelaki orang akan pandang jelek.

IKLAN

Jadi bila isteri tu merajuk, jangan kita biarkan dia tersadai dengan emosinya sendirian, dia perlu dibelai, perlu dipujuk, say sorry to her, peluklah dia. Orang perempuan kebanyakannya suka dipeluk.

Tak rugi peluk isteri, hormon Oxytocin isteri akan bertambah, dia akan jadi orang yang sangat happy bersuamikan kita. Bukan itu sahaja, bila isteri happy, ia mengundang rahmat Allah. Bila rahmat Allah datang, bertambah lagi keberkatan dalam kehidupan suami in shaa Allah

Hassan Adli
Sayangi isteri kerana Allah

Kredit Foto: Instagram Imam Muda Hassan

Artikel Berkaitan: Buat Para Isteri, Hati-hati Bila Merajuk Dengan Suami, Jangan Sampai Jatuh Haram & Derhaka- PU Salman

IKLAN

“Jangan Biar Isteri Merajuk Tanpa Dipujuk, Hati Mereka Halus. Lepas Pujuk, Peluklah” – Pesan Imam Muda Hassan

WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI

✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘

Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..

✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽‍♀‍

✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)

✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻

Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI