Ramai kalangan kita pernah mencabut uban kan? Rasa geram lihat rambut putih itu muncul di kepala. Tangan laju sahaja nak cabut uban yang muncul melata. Tapi adakah ia selesaikan masalah kita?
Seiring pertambahan usia, rambut hitam berkilat akan berubah menjadi putih, samada lelaki atau wanita.
Perubahan secara normal ini bersangkut paut dengan pengeluaran melanin dalam tubuh kita yang semakin menurun. Sel melanin bukan sahaja ada pada kulit tetapi juga pada rambut.
Ada juga terjadi, di kalangan orang muda rambutnya beruban, ini biasanya disebabkan faktor pemakanan dan bahan kimia yang digunakan dalam syampu dan perapi rambut (ada rambut yang sensitif dengan bahan kimia) yang tidak sesuai.
Artikel berkaitan: Haram Hukum Warnakan Rambut & Kuku. Tapi Bagaimana Nak Uruskan Jenazah Bila Meninggal Dunia, Ini Penjelasan Ustaz!
Artikel berkaitan: Betapa Allah Jaga Aib Wanita, Rambut Yang Dipotong Tetap Dianggap Aurat
Islam tidak memandang sepi akan kehadiran uban ini. Dan ternyata, memiliki rambut beruban mempunyai makna tersendiri buat Muslim soleh dan solehah. Ada tiga sebab utama mengapa kita elok biarkan sahaja rambut beruban itu.
1. Mengingatkan akan ajal
Menurut Islam, uban banyak membantu kita untuk ingat akan usia semakin meningkat dan peringatan tentang ajal. Manusia sering lupa bahawa hidup di dunia hanya untuk sementara. Maka dari itu, Allah SWT dalam Quran surah Fatir ayat 37 berfirman mengenai perintah berfikir saat melihat tanda-tanda dari Allah, termasuk mengenai uban.
اَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَّا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاۤءَكُمُ النَّذِيْرُۗ فَذُوْقُوْا فَمَا لِلظّٰلِمِيْنَ مِنْ نَّصِيْرٍ
Dan “Bukankah Kami telah memanjangkan umurmu untuk dapat berfikir bagi orang yang mahu berfikir, padahal telah datang kepadamu seorang pemberi peringatan? Maka rasakan lah (azab Kami), dan bagi orang-orang zalim tidak ada seorang penolong pun”
2. Sebagai cahaya di hari kiamat
Di hari kiamat nanti, uban akan menjadi cahaya yang menerangi orang mukmin.
3. Menaikkan darjat & kebaikan
Selain itu, uban juga akan menaikkan darjat seseorang.
الشيب نور المؤمن لا يشيب رجل شيبة في الإسلام إلا كانت له بكل شيبة حسنة و رفع بها درجة
Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban walaupun sehelai (dalam Islam) melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya. (HR. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadis ini hasan)
4. Menjadikan kelihatan berwibawa
Cuba perhatikan, jika memiliki warna putih, uban yang tumbuh dapat memancarkan sikap wibawa dari dalam diri seseorang.
Seperti ada aura yang naikkan imej wibawa itu.
Hal itu diriwayatkan Abu Dawud dari hadis Abu Musa, Rasulullah SAW bersabda
إِنَّ مِنْ إِجْلَالِ اللهِ إِكْرَامَ ذِي الشَّيْبَةِ الْمُسْلِمِ
Sesunguhnya termasuk dari pengagungan kepada Allah ialah menghormati orang muslim yang sudah beruban (orang tua).
5. Rasa hormat daripada orang lain
Uban yang kelihatan seiring munculnya dengan anjakan usia. Semakin berusia, sudah tentu banyak pengalaman hidup dikutip.
Justeru, uban akan sedikit sebanyak wujudkan rasa hormat orang muda kepada orang tua yang berpengalaman dan sudah lama makan garam.
Walaubagaimanapun, ia juga harus selari dengan akhlak baik yang ditunjukkan. Semakin berusia, semakin beruban dan semakin tawaduk orangnya.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI