Melentuh buluh biarlah dari rebungnya begitu jugalah dengan mendidik anak-anak. Membawa anak-anak sejak dari kecil lagi ke masjid merupakan salah satu cara untuk menyemai semangat cintakan masjid dalam diri mereka.
Ia perlu ditanamkan sejak anak-anak masih kecil dengan sering membawa kanak-kanak ke masjid. Rasa kecintaan dan rindu untuk selalu hadir ke rumah ALLAH In Shaa Allah akan kekal sehingga dewasa. Namun apa yang berlaku kini, ada pula segelintir pihak tidak suka ibu bapa membawa anak ke masjid atas alasan bising dan mengganggu.
Melihatkan situasi ini maka sebab itulah tidak ramai anak-anak muda suka ke masjid, rupa-rupanya ketika mereka kecil dahulu mak dengan ayah jarang bawa. Lebih teruk lagi, langsung tidak pernah membawa langsung anak-anak mereka ke masjid lantaran enggan dimarahi oleh pihak pengurusan masjid.
Memang fitrah kanak-kanak suka bermain dan bergurau senda. Tugas si dewasalah menegur penuh kasih sayang ‘jangan buat bising ye nak…” Ini tidak, dihalang terus sehingga membantutkan keinginan anak-anak kecil ini untuk menjejakkan kaki ke rumah ALLAH.
Ads
Namun, hal sebegini tidaklah berlaku di semua masjid, tapi memang terjadi, memang ada. Dan jujurnya ia sungguh menyedihkan.
Kita boleh contohi cara Masjid Ahmet Hamdi Akseki di Turki. Masjid ini menyediakan ruang anak-anak bermain bagi membolehkan ibu bapa menunaikan solat dengan tenang. Apabila ibu bapa solat di hadapan, anak-anak akan ditinggalkan bermain di bahagian belakang, di ruang permainan. Jadi dengan cara ini, mereka tidak ‘menganggu’ jemaah yang sedang menunaikan solat.
Ads
Ads
Di negara kita memang ada masjid yang turut mempraktikkan cara begini. Antara masjid yang telah mempraktikkan ‘taman permainan’ di satu di dalam masjid ialah di Masjid UTP, Seri Iskandar Perak. Moga lebih banyak masjid menyediakan kemudahan sebegini bagi membolehkan ibu bapa membawa anak-anak mereka ke masjid tanpa rasa bersalah.
Sumber gambar: Anadolu Agency (gambar Masjid Ahmet Hamdi Akseki, Turki) dan FB: Noor Adibah Md Amran (gambar masjid UTP, Seri Iskandar Perak)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Meski pun Farah Lee dan Ally Iskandar telah berpisah namun hubungan mereka tetap baik. Melalui perkongsian foto dan video sama ada oleh Farah Lee mahupun Ally sendiri, ramai mendoakan mereka berdua bersatu kembali sebagai suami isteri.
Baru-baru ini Farah Lee telah memuat baik foto dua pasang kasut pemberian dari Ally. Berserta dengan kapsyen, posting tersebut boleh dikatakan telah menjawab soalan tidakkah dia menyesal berkahwin dengan Ally. Berikut catatan Farah Lee.
Q: Pernah tak menyesal kahwin dengan daddy Maream.? A: Gila menyesal.? Sampai la ni daddy belanja omma kasut. Omma doakan daddy kawen dengan #ommabaru yang tak kesah daddy belanja omma AJ sampai ke tua ? Kalau dia kesah, omma doakan daddy tak kawen2. Hahahahahaha ??? . Gurau je okay daddy.? Hehe.. Maream untung ada daddy yang was and still very responsible towards omma and Maream.. Daddy velanja omma AJ Concord upah jaga Maream katanya. Semoga selalulah dapat upah. Paling kurang sampai Maream umur 18 okay @allyiskandarrasmi.? ? . Anyway, tak perlulah doakan omma dan daddy berbaik balik. Guess we’re better friends like this. Macam korang, takkan korang kawen dengan semua kawan lelaki yang korang ada khennn.? Mentang2 baik ? Muahahaha.. Begitulah. Harap fahamlah. Kalau nak doa jugak, doalah dalam hati, bukan dalam komen di bawah ini kbai ?
Teringat soalan interview yang Farah terima tempoh hari. So Farah share kat bawah ya pada siapa yang selalu tanya macam mana Farah fahamkan Maream tentang family dia yang ‘lain’ dari kebanyakan family kawan2 dia ni ? . “Q : Pernah tak anak bertanya perihal bapanya? Dan bagaimana Farah menjawab soalan ini agar anak faham situasi yang dihadapi oleh Farah . A : Farah bagitahu Maream yang Daddy dan Omma tak boleh duduk sama-sama nanti gaduh hehe.. Dengan usia sekarang, Farah tak rasa Maream faham dengan apa yang berlaku tetapi Farah sentiasa terangkan pada Maream (sejak hari pertama – Maream was 2 tahun 3 bulan) yang keluarga dia agak lain berbanding kebanyakan keluarga lain, dan kelainan bukanlah sesuatu yang salah tetapi ia memberikan warna dalam kehidupan . Yang penting, jangan pisahkan kasih antara ibu bapa dengan anak, tak kira apa masalah antara anda berdua. Anak kita mungkin terpaksa berusaha membesar dalam ‘broken family’, pisahkan kasih antara mereka hanya menjadikan kita ibu/bapa yang pentingkan diri sendiri . Juga, elak untuk aibkan mana-mana pihak kerana mengetahui aib ibu bapa boleh menggangu perkembangan emosi anak-anak; boleh berkemungkinan mereka akan membesar dalam dendam, atau mempunyai keyakinan diri yang rendah . Anak-anak akan belajar menyesuaikan diri dengan kelainan ini dan bila tiba masanya, mereka akan faham dan boleh fikir sendiri. Keluarga yang tidak sempurna bukan alasan untuk anak-anak mendapat kasih sayang yang tidak sempurna juga.” . — Hope this helps. Being a single mom is never easy, it’s a hard work but always worth it. Trust me.! ? . Pada yang nak ‘suruh’ kami berbaik semula, rasanya tak perlulah komen begitu di sini ya. You’ll never know the struggles we’ve been through, please give us space ??#ommabebel #FLparenting
Datin Shahida isteri kesayangan usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman telah pun berangkat menunaikan ibadat Umrah. Namun kali ini dia hanya pergi bersama anak bongsunya, Yusoff Al- Qardawi tanpa ditemani Datuk Seri Aliff Syukri. Semasa mengerjakan Umrah, pada tahun lalu, Yusoff masih dalam kandungan.
“Alhamdulillah… tahun lepas Yusoff dalam perut waktu mama buat Umrah, tahun ini pun Yusoff ikut mama juga pergi. Bermusafirlah kita hari ini @yusoffalqardawi. Doakan kami selamat pergi dan pulang dan dikurniakan Umrah yang mabrur,” tulisnya.
Selain itu, Datin Shahida turut memuat naik video semasa dihantar suami dan anak-anak yang lain sebelum bertolak ke tanah suci.
“Bahagian paling susah bila nak tinggal anak… @aliffsyukriterlajaklaris jangan lupa ya, tengok kerja rumah anak itu… Jangan ‘tik tok’ sahaja 24 jam,” tulisnya.
Reaksi Baem sedikit menggugat emosi seolah-olah tidak mahu melepaskan ibunya.
Semasa bersalam, dengan suaminya, dia turut memberi peringatan agar tidak menimbulkan kontroversi sepanjang ketiadaannya. Rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen dan turut mendoakan agar mendapat umrah yang mabrur.
Namun catatan Datuk Seri Aliff di laman Instagramnya ketika menghantar isteri dan anaknya di lapangan terbang turut mencuit jiwa.
Jgn ditukar ganti isteri yg susah dan senang bersama kita sbb itulah kunci kejayaan … . . .
memori ni sy tak boleh lupakan.. ketika 10tahun lepas.. ketika saya bekerja makan gaji rm1600 sy terpaksa berniaga partime di pasar tani bersama isteri saya ketika panas terik.. krn kami juga nak berjaya mcm org lain ketika itu .. dan wife sy pernah cakap “b kalau kita dah senang sy nak pergi umrah setiap tahun boleh tak? tak kesahlah ambik pakej umrah paling murah jalan dari hotel 10kilo pun tak apa asalkan dpt jejak ketanah suci setiap tahun sbb saya rasa tenang disana” sy tak sangka skrg menjadi rialiti dan sy mampu… ..
janji sy selagi sy mampu sy akan tunaikan impian awak @shahidadherbs kalau itu yg awak rasa bahgia..sbb saya bukanlah suami sempurna jauh sekali yg terbaik buat isteriku @shahidadherbs tapi sy belajar menjadi suami yg terbaik dan terus belajar utk menjadikan suami terbaik utk keluarga kita.. lagi ni dan lirik ini amat bermakna buat saya dan sy tujukan khas utk isteriku @shahidadherbs yg tiada penganti di dunia ini… doakan kalau ada rezki tahun depan sy teringin nak kesana juga satu keluarga juga..
Apabila mendengar tentang penyakit kanser, ramai yang beranggapan ia satu mimpi buruk. Namun bagi penceramah Mohamed Hanafiah Abdul Malek, beliau sangat positif dalam melawan penyakit tersebut.
Disahkan menghidap kanser limfoma pada 31 Januari 2017 berat Mohamed Hanafiah daripada 130 kilogram (kg) turun mendadak sehingga menjadi 57 kilogram, kesan daripada pelbagai proses rawatan dan kimoterapi.
DIJANGKA BERTAHAN HANYA SETAHUN
Dugaan Mohamad Hanafiah tidak berakhir di situ dan lebih menyedihkan, doktor yang merawatnya memberitahu hayatnya akan bertahan selama setahun iaitu pada tarikh 20 Januari 2018 beliau akan bertemu Maha Pencipta.
Bagaimanapun, selepas setahun, kuasa ALLAH mengatasi segalanya dan sehingga ke hari ini Mohamed Hanafiah masih diberi kesempatan bernafas di muka bumi ALLAH ini.
Melalui ceramah terbarunya di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 7 Julai lalu dan dimuat naik di laman Youtube miliknya Calipha Channel bertajuk, Mungkinkah ini pesanan terakhir saya: Ustaz Hanafiah Malek, beliau menceritakan apa yang berlaku sebaik disahkan menghidap kanser limfoma itu.
“Saya dah tak cukup masa, tuan-tuan. Doktor sahkan saya kena kanser pada 31 Januari 2017. Selepas saya balik umrah, saya punya jadual agak padat di Johor. Balik dari Johor pada 31 Januari, saya jumpa doktor dan kena tahan di wad. Saya disahkan menghidap kanser. Pembedahan terpaksa dilakukan keesokannya.Berat saya dari 130 kg hingga 57 kg.
“Dibelah atas dada hingga pusat dan dikeluarkan ketumbuhan yang seberat 1 kg. Usus pun dah terkena kanser. Terpaksa dipotong 1.4 meter dan merebak dalam salur darah. Doktor pesan lakukan kimoterapi dengan segera.
“Lepas doktor periksa berkali-kali, ada sahabat saya seorang doktor berkata, ustaz, bersiap sedia dengan perkara yang paling buruk. Berdasarkan pengalaman doktor, saya hanya ada masa kurang daripada setahun. Sebab benda itu terlalu pantas merebak. Doktor kata jangkaan 20 Januari 2018 saya akan pergi bertemu dengan ALLAH,” katanya sebak.
SYUKUR ALLAH BERI LEBIH MASA
Sambil memanjatkan rasa syukur selepas terus diberikan kesempatan bernafas hingga ke hari ini, Mohamad Hanafiah dengan rasa rendah diri mengakui mungkin kerana ALLAH memberikan lebih masa buatnya untuk bertaubat.
“Tetapi mungkin ada dosa saya yang ALLAH belum ampunkan, ALLAH masih bagi ruang untuk saya bertaubat. Mungkin berkat doa orang ramai, Alhamdulillah sampai ke hari ini saya dapat bertemu dengan tuan-tuan dan puan-puan.
“Alhamdulillah sebagai pesanan, mungkin pesanan yang terakhir saya, saya nak berpesan jangan main-main dengan masa. Jangan buang masa, jangan sia-siakan masa yang ALLAH berikan kepada kita. Sebab masa akan berhenti bila nafas kita berhenti. Ketika itu kita tidak boleh buat apa-apa amalan lagi.
“Jangan main-main dengan masa. Selagi ada tenaga datang ke masjid. Selagi ada tenaga solat berjemaah. Selagi ada usaha jangan tinggal berbuat baik pada ibu dan ayah serta sesama manusia. Saya tidak pasti saya dapat bertemu tuan-tuan, puan-puan pada tahun hadapan,” katanya.
Ceritanya, sebaik disahkan menghidap kanser berkenaan, perkataan pertama yang keluar dari mulutnya adalah ucapan syukur Alhamdulillah kerana menerima dugaan sebesar itu.
“Bila doktor beritahu kanser, saya sebut Alhamdulillah, terima kasih ALLAH. Dalam berjuta-juta manusia, Kau pilih aku menerima hadiah sebesar ini.
“Saya buat sujud syukur. Sebab bukan semua hadiah daripada ALLAH, ALLAH bungkus dengan bungkusan yang cantik. Adakala ALLAH memberi hadiah kepada hambanya dengan bungkusan yang dipanggil musibah. Bila dibuka hadiah tersebut, baru kita jumpa hikmah yang sangat indah,” katanya.
BILA SYUKUR ALLAH TAMBAH NIKMAT
Sebaik membuat sujud syukur, beliau terus teringat sepotong ayat al-Quran, surah Ibrahim ayat tujuh yang bermaksud, ‘barang sesiapa yang bersyukur ALLAH akan tambahkan nikmat. Barang sesiapa yang kufur, azab ALLAH amatlah pedih’.
“Bila saya sebut Alhamdulillah, ALLAH akan tambah nikmat. ALLAH bukan Tuhan yang berbohong. Percayalah. Yakinlah bulat-bulat. ALLAH akan tambah nikmat. Nikmat apa yang saya dapat? Nikmat ketenangan. Tenang jiwa, damai di hati menunggu tarikh untuk mati, pergi bertemu Illahi.
“Jadi apa saya buat, saya syukur sahajalah. Bangun pagi saya ucap Alhamdullilah. Seolah-olah kita akan hidup 1,000 tahun lagi. Hari demi hari menanti 20 Januari 2018, saya bersiap sedia sebelum dijemput Illahi,” katanya.
Dalam Islam seorang isteri dilarang untuk keluar dari rumah tanpa mendapat keizinan daripada suaminya terlebih dahulu.Bagaimanapun timbul persoalan adakah pengecualian dalam larangan itu? Sebagai...