Jangan Fikir Lelaki Tak Curang Rumahtangga Sudah Sempurna, Ini 13 Dosa Suami Kepada Isteri Yang Jarang Diketahui

Share

Apabila termetrai akad nikah, semua pasangan mengharapkan pernikahan yang sakinah mawaddah dan warahmah. Dan ia menjadi dambaan bagi semua pasangan suami isteri. Namun adakalanya kita sedikit terlalai hingga tidak menyedari perbuatan itu mengundang menjadi dosa. Berikut beberapa kategori dosa suami kepada isteri seperti dijelaskan dalam dalil Al-Quran dan hadis.

Tidak mengajarkan ilmu agama

Dosa suami kepada isteri yang pertama adalah tidak mengajarkan ilmu agama. Suami wajib memelihara diri dan keluarga yang dipimpinnya dari peritnya azab seksaan kubur dan api neraka sebagaimana dalam firman Allah Ta’ala.

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu & keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia & batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras & tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang di perintahkan-Nya kepada mereka & selalu mengerjakan apa yang diperintahkan,” (QS. At-Tahrim:6).

Tidak setia terhadap isteri

Dosa suami kepada isteri yang kedua adalah tidak setia. Di zaman ini, banyak kita dengar suami berselingkuh di luar dengan perempuan lain. Satu dari sebabnya, adalah suami tidak menjaga pandangan mata dan kemaluannya. Allah SWT berfirman:-

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya”. [QS An Nur: 30-31].

Tidak memberi nafkah

Ada banyak kes suami gagal memberi wang nafkah secukupnya pada isteri. Padahal ia dosa yang sangat luar biasa. Bayangkan isteri yang sanggup tinggalkan keduanya ibubapanya untuk hidup mengabdikan diri kepada suami namun akhirnya dilayan begini. Bukan itu saja, rela mengandungkan zuriat untuk suami namun akhirnya diperlakukan tidak selayaknya.

”Rasululluah Shallallahu alaihi wa sallam bersabda, seseorang cukup dipandang berdosa bila ia tidak mengeluarkan belanja orang yang menjadi tanggung jawabnya,” (HR.Abu Dawud, Muslim, Ahmad, dan Thabarani).

Membiarkan isteri bekerja untuk mencari nafkah

Banyak isteri bekerja untuk menampung ekonomi keluarga tapi masa yang sama, ada suami yang malas bekerja kerana sudah senang duduk di rumah. Mengharapkan isteri berikan wang dan dirinya menjaga anak-anak. Ini satu dari dosa yang tidak suami sedari. Ramai menganggapnya biasa dan itulah yang dituntut keadaan masa kini.
”Tidak akan beruntung suatu kaum yang dipimpin oleh seorang wanita,“ (HR.Ahmad, Bukhari,Tirmidzi,dan Nasa’i).

Tidak memiliki rasa cemburu

Dalam rumah tangga, sifat cemburu sangat diperlukan sebagai pelengkap hubungan tapi bukan keterlaluan. Berikut hadis yang menjelaskan mengenai hal ini.

“Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts,” (H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674). Ad-Dayyuts (dayus) adalah lelaki yang tidak memiliki rasa cemburu terhadap keluarga atau isterinya.

Benci kepada isteri

Rasa benci pada isteri juga satu bentuk dosa suami kepada isteri. Rasulullah telah mengingatkan akan hal ini melalui hadis berikut:-

“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya,” (HR. Muslim).

Menyebarkan aib isteri

Aib isteri juga merupakan aib suami harus disimpan rapat-rapat oleh suami isteri. Jika disebar luas oleh seorang darinya, ia satu dosa besar.
“Sesungguhnya di antara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya & isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya,” (H.R. Muslim).

Jatuhkan talak terburu-buru

Dalam rumah tangga pasti ada masalah. Namun hal ini harus dihadapi dengan cara pemikiran orang dewasa. Suami memang ada hal jatuhkan talak tapi bukan sebarang atau suka-suka jatuhkan talak. Harus berfikir banyak kali sebelum menyebutnya kerana di sinilah kedewasaan diuji.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ، وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ: النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ، وَالرَّجْعَةُ.

“Tiga hal yang bila dikatakan dengan sungguh-sungguh akan jadi dan bila dikatakan dengan main-main akan jadi pula, iaitu nikah, talak dan rujuk.”

Poligami tanpa mengindahkan syariat

Islam tidak melarang poligami, namun hal ini harus mengikuti syariat islam. Sebab jika dilakukan di luar syariat islam, maka ini boleh menjadi dosa suami kepada isteri.
Firman Allah Ta’ala:-

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا۟ فِى ٱلْيَتَٰمَىٰ فَٱنكِحُوا۟ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ ٱلنِّسَآءِ مَثْنَىٰ وَثُلَٰثَ وَرُبَٰعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا۟ فَوَٰحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَٰنُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰٓ أَلَّا تَعُولُوا۟

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Tidak mahu membantu isteri dalam urusan rumahtangga

Ramai lelaki beranggapan, tugas di dapur adalah tanggungjawab isteri. Begitu juga urusan anak-anak, mengemas dan banyak lagi pada hal Rasulullah sendiri adalah contoh terbaik turut membantu isteri.

“Baginda (Rasulullah) membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat,” (HR. Bukhari).

Menyakiti dan berbuat buruk kepada isteri

Menyakiti isteri secara fizikal tanpa alasan yang wajar merupakan bentuk perbuatan dosa suami. Ini kerana wanta kaum lemah untuk dilindungi. Selain dosa, ia juga satu kesalahan jenayah dalam undang-undang di negara ini dan boleh di penjara.

“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menghina-hinanya…” (H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani).

Bersikap buruk kepada isteri tapi baik terhadap orang lain

Pada hal yang paling berhak menilai seseorang itu baik atau buruk bukanlah orang lain, melainkan pasangan kita sendiri. Kerana lelaki yang paling baik adalah yang baik kepada keluarganya.

“Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya,” (H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani).

Meremehkan kedudukan isteri

Suami dan isteri memiliki kedudukan yang berbeza. Namun ia bukan asbab suami merendah-rendahkan kedudukan isteri. Isteri itu dijadikan dari rusuk kiri yang akan kekal setia di sisi suami dan sewajarnya diletakkan di tempat istimewa dan tinggi kedudukannya seperti disebut dalam hadis nabi.

اَلْمَرْأَةُ عِمَادُ الْبِلَادِ اِذَاصَلُحَتْ صَلُحَ الْبِلَادُ وَاِذَافَسَدَتْ فَسَدَ الْبِلَادُ (حديث)

“Wanita adalah tiang negara jika wanitanya baik maka baiklah negara, dan bila wanita buruk maka negara juga ikut buruk”.

Itulah tiga belas dosa suami terhadap isteri yang seharusnya dihindari demi mencipta rumahtangga bahagia dan diidam-idamkan oleh semua pasangan. Sumber :-Islampos

Published by
almaswa Haji Che Ros