Isu hutang memang ramai yang sensitif. Kerana ramai yang mulut manis sebelum mendapatkannya dari kita. Namun bila sudah memperoleh wang dihajati, dari kawan boleh menjadi lawan malah ada terus bermusuhan.
Pernah berhadapan dengan kawan yang suka meminjam tapi liat nak bayar? Lebih sakit hati, dia media sosialnya dia suka post makan sedap-sedap, pergi melancong ke sana sini tapi bila kita minta bayar hutang, dia block nombor telefon kita.
Kalau inilah yang terjadi, jangan halalkan hutang walau satu sen kerana di akhirat kelak, orang yang berhutang dengan kita akan merangkak ingin berjumpa dengan kita. Mereka ini akan menanggung dosa-dosa kita. Malah mereka ini adalah saham kita di akhirat.
Perkara di atas khusus untuk mereka yang sengaja tidak mahu membayar hutang kita, lain bagi yang belum betul-betul mampu. Nampak seperti kejam tapi dosa kita dengan Allah, kita hanya perlu meminta keampunan Allah tapi dosa kita sesama manusia, selagi tidak diampun dan dihalalkan, dosa itu akan terus dipikul olehnya.
Ads
Ini bersesuaian dengan hal di bawah ini.
"Kerana hutang berkaitan dengan hak manusia, maka ia tidak boleh ditebus dengan meminta maaf, taubat atau pun istighfar. Ia juga tidak boleh ditebus dengan solat ataupun haji. Hutang hanya boleh dibayar sama nilai dengan hutangnya. Selagi belum dibayar, maka hutang itu akan terus mengikat seseorang bahkan selepas dia mati." – Tidak Masuk Syurga Kerana Hutang, Ustaz Umar M. Noor hlmn 111-112, Solusi Isu No. 46-
Ads
Isu sengaja tidak membayar hutang ini juga dalilnya ada disebut menerusi dalil di bawah ini.
Sayyidina 'Imran bin Husain berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang ada apa-apa hak ke atas seseorang yang lain (seumpama hutang dan sebagainya) dan dia memberi penangguhan pembayaran kepada saudaranya itu , maka dia mendapat pahala sedekah bagi setiap hari yang dia tangguhkan."(Musnad Ahmad).
Ads
Bila sebut tentang berhutang, ada pemberi yang menderita seumur hidup tambah lagi jika mereka menjadi penjamin hutang yang besar dan masa yang sama pemiutang lepas tangan. Ada bermacam-macam penderitaan dialami oleh pemberi hutang.
Jadi ingatlah, sentiasalah berusaha membayar hutang kita walau sedikit dan insya Allah jika terus istiqomah membayar, hutang akan habis. Jangan sengaja larikan diri tidak membayar kerana kita tidak tahu ajal kita sampai bila.
Kena tahu juga, waris atau anak tidak diwajibkan membayar hutang kita kerana itu bukan tanggungjawab mereka. Tapi kalau kita mati meninggalkan harta, beritahulah anak supaya langsaikan hutang yang belum habis dibayar agar ruh kita tak tergantung di akhirat atau kita merangkak-rangkak mencari orang yang kita berhutang untuk meminta maaf.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kata orang soal jodoh, rezeki dan maut itu urusan Allah. Siapalah kita untuk menolak takdir Allah jika memang sudah tersurat jodoh antara insan tersayang sudah tiada.
Namun tiada salahnya sebelum membawa haluan masing-masing saling memohon maaf dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri.
Itulah yang berlaku pada pelakon dan pelawak Opie Zamie atau nama sebenarnya Mohd Saufi Zami dan pasangan Zamzarina Mohamed yang sah bercerai talak satu pada jam 10.47 pagi ini di Mahkamah rendah Syariah, Kuala Lumpur.
Lafaz cerai itu dibuat Mohd Saufi atau lebih dikenali sebagai Opie Zami, 46, terhadap Zamzarina, 43, di hadapan Hakim Syarie, Ahmad Mahir Zanial.
Hakim Ahmad Mahir mendengar lafaz cerai itu, kemudian mensabitkan perceraian dengan talak satu terhadap pasangan itu dan memerintahkan Zamzarina menjalani tempoh idah selama tiga bulan, termasuk Opie perlu mendaftarkan perceraian mereka dan sijil nikah dibatalkan.
Zamzarina selaku plaintif memfailkan penceraian terhadap Opie selaku defendan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada 16 Mac lalu.
opis6
Terdahulu, suasana dalam mahkamah bertukar hiba apabila pasangan itu menangis ketika bermaafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri sebelum Opie melafazkan cerai.
Zamzarina yang berjubah hitam dilihat hanya tunduk ketika bersalaman dengan Opie yang berbaju T putih serta berseluar jeans biru.
Ketika ditanya di luar mahkamah, Opis menjelaskan masalah rumah tangga mereka sudah lama berlaku dan perceraian dalah keputusan terbaik.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2003 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Ammar Shah Saidi,15, Aliff Shah Syedi,13, dan Arrif Shah Saidi, 8.
Beby Toratora antara pempengaruh media sosial (influencer) terkenal yang mencari rezeki dengan membuat review mengenai makanan.
Mempunyai jumlah pengikut lebih setengah juta di instagramya, sudah pasti setiap makanan yang direview nampak sedap dan menyelerakan. Berilah apa saja, makanan itu nampak enak kerana dirinya makan dengan penuh selera.
Bahkan dengan rezeki membuat review makanan itu jugalah kehidupan keluarga yang dahulunya susah kerana dijaga oleh nenek dan masa yang sama ibunya sering bertukar-tukar kerja berubah di mana dirinya mampu memberikan kehidupan yang baik buat seluruh ahli keluarganya.
Pernah mengakui bukan semua suka dengan video makanan dikongsikannya kata Beby Toratora atau nama sebenarnya Nor Atierah Zulfatie Zulkifli dengan pendapatan itulah dirinya mampu memberi kebahagian buat seluruh ahli keluarganya termasuk membuat ibunya berasa bahagia dengan kehidupan dilalui mereka pada hari ini.
Namun mulut manusia selamanya tidak pernah senang dengan “rezeki” orang lain apabila di akuan Tik Toknya, ramai yang mempertikaikan cara dirinya menikmati tersebut. Bukan itu saja, ada yang menegur kerana mereka bimbang pengambilan makanan berlebihan boleh membawa masalah kepada kesihatannya di masa akan datang.
Bahkan lebih teruk, ada mengaitkan ketiadaan anak selepas berkahwin dengan Apit Johari sejak dua tahun lalu adalah kerana tabiat pemakanannya sedangkan mereka lupa rezeki anak itu datangnya dari Allah SWT.
Tidak hanya isu anak, isu bab makan dengan cara gelojoh turut dipertikaikan termasuk ada mengaitkan bab tudungnya dan makanan di reviewnya tanpa memikirkan hal ini boleh menyakiti hati orang lain.
Dalam satu perkongsian di Tik Toknya @bebytoratora, ada pengikutnya yang menulis kenyataan yang sensitif dan menyakitkan jiwa raga.
“Maaf ya sis. Bertudung labuh, makan banyak tu ikut perut sis. Tapi cara makan tu lahap + gelojoh. Biaq la cara makan beradab. Lagi elok sis. Memang la dibayar.
Ternyata perkongsian itu dibalas oleh Beby Toratora yang menyebut “kenapa kena sebut tudung labuh ya?”. Perangai saya buruk tapi jangan babit tudung,” tulisnya.
Ternyata perkongsian itu mendapat respon dari pengikutnya yang mengakui caranya tidak selahap dikatakan. Malah ramai memberinya kata-kata semangat berkaitan isu ini.
Seharusnya sentiasalah jaga hati orang lain kerana takut-takut “teguran” itu memberi azab kita di akhirat selagi tidak meminta maaf kepada orang yang kita sakiti itu.
Setiap orang diduga dengan pelbagai ujian dan jika kita ditimpa musibah, hanya dengan Allah tempat kita meminta pertolongan. Hanya Dia yang Maha Berkuasa & Maha Pemurah menolong hambaNya yang lemah.
Seperti perkongsian wanita ini di laman sosial Facebook Atieqa Hod yang meminta pertolongan pada Allah dengan mengamalkan bacáan Surah Yassin Ayat 7 Mubin ketika berdepan dengan ujian besar apabila adiknya ditimpa kemalangan.
Perkongsian dari laman sosial Facebook Atieqa
Alhamdulillah setelah mengamalkannya dan dengan izin Allah, adiknya kini sembuh dari kemalangan yang hampir meragut nyawa. Baca perkongsiannya di sini.
Saat kali pertama aku mendengar daripada ayahku tentang #Yassin#7_Mubin ini ketika keluarga kami ditimpa ujian besar dari Allah SWT.Waktu tu adik kami Muhammad Afiq mengalami kemalangan teruk yang hampir meragut nyawa.
Yasin 7 Mubin dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.
Ayat mubin ni ada pada ayat 12,17,24,47,60,69,& 77,
Setiap kali berhenti di ayat #Mubin ini kami memohon doa agar adik kami dapat kembali sembuh.Membaca dengan penuh kesedihan seperti terasa akan kehilangan sewaktu tu dan hanya mampu menunggu sebuah keajaiban yang berlaku. Dari ayat MUBIN pertama sampai la yang ketujuh.Setiap kali berhenti di ayat mubin ini,kami akan berdoa dan meminta pada Allah SWT untuk kesembuhan adik kami waktu itu.
Ayat 7 Mubin.
Alhamdulillah hampir 3 tahun perkara itu berlalu.Kini adikku semakin pulih.Setelah melalui pelbagai fasa dari majar operation sebanyak 4kali dan koma sebanyak 2kali.Kesembuhan yang tidak terjangka dan doktor sendiri terkejut dengan perkembangan positif adik.
Sejak itu..
Sesiapa yang ditimpa ujian atau dugaan luar biasa aku selalu berpesan pada mereka agar mengamalkan 7mubin ini.Mintalah pada NYA kerana segalanya yang berlaku dari NYA teruslah meminta In Syaa Allah Dia akan menjawab segalanya.
Berat lakukan ibadah dalam bulan Ramadan, amalkan doa ini ketika sujud terakhir. Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya untuk kita sepanjang bulan Ramadan.Bulan Ramadan adalah bulan...