Jangan Halalkan Hutang Orang Liat Nak Bayar, Asbab Kita Masuk Syurga

Share

Isu hutang memang ramai yang sensitif. Kerana ramai yang mulut manis sebelum mendapatkannya dari kita. Namun bila sudah memperoleh wang dihajati, dari kawan boleh menjadi lawan malah ada terus bermusuhan.

Pernah berhadapan dengan kawan yang suka meminjam tapi liat nak bayar? Lebih sakit hati, dia media sosialnya dia suka post makan sedap-sedap, pergi melancong ke sana sini tapi bila kita minta bayar hutang, dia block nombor telefon kita.

Kalau inilah yang terjadi, jangan halalkan hutang walau satu sen kerana di akhirat kelak, orang yang berhutang dengan kita akan merangkak ingin berjumpa dengan kita. Mereka ini akan menanggung dosa-dosa kita. Malah mereka ini adalah saham kita di akhirat.

Perkara di atas khusus untuk mereka yang sengaja tidak mahu membayar hutang kita, lain bagi yang belum betul-betul mampu. Nampak seperti kejam tapi dosa kita dengan Allah, kita hanya perlu meminta keampunan Allah tapi dosa kita sesama manusia, selagi tidak diampun dan dihalalkan, dosa itu akan terus dipikul olehnya.

Ini bersesuaian dengan hal di bawah ini.

"Kerana hutang berkaitan dengan hak manusia, maka ia tidak boleh ditebus dengan meminta maaf, taubat atau pun istighfar. Ia juga tidak boleh ditebus dengan solat ataupun haji. Hutang hanya boleh dibayar sama nilai dengan hutangnya. Selagi belum dibayar, maka hutang itu akan terus mengikat seseorang bahkan selepas dia mati."


– Tidak Masuk Syurga Kerana Hutang, Ustaz Umar M. Noor hlmn 111-112, Solusi Isu No. 46-

Isu sengaja tidak membayar hutang ini juga dalilnya ada disebut menerusi dalil di bawah ini.

Sayyidina 'Imran bin Husain berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang ada apa-apa hak ke atas seseorang yang lain (seumpama hutang dan sebagainya) dan dia memberi penangguhan pembayaran kepada saudaranya itu , maka dia mendapat pahala sedekah bagi setiap hari yang dia tangguhkan." (Musnad Ahmad).

Bila sebut tentang berhutang, ada pemberi yang menderita seumur hidup tambah lagi jika mereka menjadi penjamin hutang yang besar dan masa yang sama pemiutang lepas tangan. Ada bermacam-macam penderitaan dialami oleh pemberi hutang.

Jadi ingatlah, sentiasalah berusaha membayar hutang kita walau sedikit dan insya Allah jika terus istiqomah membayar, hutang akan habis. Jangan sengaja larikan diri tidak membayar kerana kita tidak tahu ajal kita sampai bila.

Kena tahu juga, waris atau anak tidak diwajibkan membayar hutang kita kerana itu bukan tanggungjawab mereka. Tapi kalau kita mati meninggalkan harta, beritahulah anak supaya langsaikan hutang yang belum habis dibayar agar ruh kita tak tergantung di akhirat atau kita merangkak-rangkak mencari orang yang kita berhutang untuk meminta maaf.

Published by
almaswa Haji Che Ros