Baru baru ini tular teguran ulamak tersohor dalam bidang tajwid Syeikh Dr. Aiman Suwaid terhadap qari daripada nusantara termasuk daripada Malaysia yang melagukan al-Quran.
Teguran tersebut dibuat dalam satu program memperdengarkan bacaan al-Quran setelah seorang peserta wanita dari Indonesia memperdengarkan bacaannya yang mendayu-dayu.
“Al-Quran adalah firman Tuhan, pedoman hidup manusia. Allah menjelaskan di dalamnya adalah tentang DiriNYa yang Maha Tinggi, tentang kenabian, tentang negeri akhirat, tentang syurga dan neraka serta suruhan dan tegahan-Nya, ganjaran dan hukuman. Al Quran adalah aturan hidup bukan lagi. Al-Quran bukan lagu,”tegasnya dalam satu video yang dimuat naik di TikTok.
Jelas Syeikh Dr Aiman memperbaiki suara al Quran yang dimaksudkan dari-Nya adalah agar hati menerima al Quran, mengarahkan hati ke Al-Quran bukan memalingkan hati dari makna yang diinginkan oleh Allah SWT.
“Al quran bukan lagu. Saya tidak bercakap tentang gadis ini saja, dia adalah mangsa dan ramai lagi yang seperti dia terutama di negara-negara Timur, Filipina, Indonesia dan Malaysia.
“Negara ini sangat digemari orang-orang yang dikenali dengan qurra shayyitin iaitu mereka yang meliuk-liukkan suara seperti ini sewaktu membaca al Quran.”
Beliau menyeru supaya jangan mengikuti golongan seperti ini kerana ia menyesatkan.
“Wa laa haula wa quwwata illa billah, jangan ikuti mereka! Mereka menyesatkan,”katanya lagi.
“Allah SWT tidak menurunkan al-Quran menjadi alat muzik. Tahsin suara yang kita diperintahkan untuk melakukan adalah secara syariat.
Dalam hadis riwayat Abu Daud ada menyebut;
“Bukan golongan kami orang yang tidak mahu melagukan al Quran ( HR Abu Daud 1456.
“Yang dimaksudkan di sini adalah agar hati yang menerima al Quran supaya memperhatikan kepada makna-makna yang Allah titipkan di dalamnya, supaya dikerjakan apa yang diperintahkan dan ditinggalkan yang dilarang. Bukan untuk mengubah al Quran menjadi alat muzik,”katanya sambil menasihati peserta berkenaan tidak meneruskan cara pembacaan al-Quran yang mendayu dan berlagu.
“Jangan lakukan lagi, mad-mad yang kamu baca sangat panjang lagi mendayu-dayu seperti bukan al Quran. Ini bukan al quran.
“Ikutlah para imam yang mutqin. Ikutkan para qari yang mutqin dan jangan ikut para penyanyi al-Quran,”nasihat beliau lagi.
@tadabburcentre Peserta dari Indonesia, Suaranya Merdu & Mendayu – Dayu .. Syeikh Ayman Suwaid: “La haula wala quwwata illa billah!” Teguran buat mereka yang melampau dalam melagukan al-Quran. Allahul Musta’an… #quran #lagu #janganmelampau #tarannum ♬ original sound – tadabburcentre
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI