Jangan Jadikan Rumah Seperti Kubur! Sepi Tanpa Alunan Al-Quran, Kasihan Penghuninya Dunia & Akhirat

Share

Rumah merupakan sebuah persinggahan akhir perjalanan kehidupan manusia. Sebuah rumah, tidak kira besar atau kecil, banglo atau kondo ia merupakan tempat istirehat dan melakukan perkara-perkara wajib lainnya. Malah di rumah juga, kita melaksanakan adab-adab islami dan menghidupkan amalan-amalan sunnah.

Setiap dari kita, mendambakan kehidupan yang penuh baroqah. Untuk mencapai keberkahan hidup itu ada perkara kita harus lakukan termasuk taat pada perintah Allah dan Rasul, mengerjakan solat wajib dan sunat,mengalunkan bacaan-bacaan Al-Quran dan banyak lagi.

Tapi bagaimana mahu menjadikan rumah kita diami itu tidak seperti tanah perkuburan? Luarnya nampak mewah dengan segala perhiasan bagai tetapi di dalam terasa sunyi sepi umpama berada di tanah perkuburan kerana  penghuninya tidak mengamalkan corak hidup sebagai muslim.

Dalam sebuah hadith,

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ حَنْبَلٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ أَخْبَرَنِي نَافِعٌ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اجْعَلُوا فِي بُيُوتِكُمْ مِنْ صَلَاتِكُمْ وَلَا تَتَّخِذُوهَا قُبُورًا

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Hanbal telah menceritakan kepada kami Yahya dari ‘Ubaidullah telah mengabarkan kepadaku Nafi’ dari Ibnu Umar dia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jadikanlah rumah-rumah kalian sebagai tempat mengerjakan solat (sunnah), dan janganlah kalian jadikan sebagai kuburan.” HR Abu Daud, sahih.

Dari hadis di atas, jelas, rumah yang penghuninya tidak bersolat, tidak mengaji serta melakukan amalan-amalan sunnah yang lain umpama tanah perkuburan. Sepi dan menyeramkan dan hanya sesekali dilawat. Malah malaikat pun tidak mahu singgah untuk mengaminkan semua doa kecuali Malaikat Izrail yang akan datang mencabut nyawa bila tiba masanya.

Hadith ini juga menjadi dalil bahawa yang afdal bagi seseorang itu bahawa dia bersolat sunat di rumahnya. Hal ini disokong oleh hadith berikut,

أفضل صلاة المرء في بيته إلا المكتوبة

“Solat yang afdhal bagi seseorang adalah di rumahnya, kecuali solat-solat wajib” HR Bukhari.

Hal ini dipertegas oleh sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan dalam hadist At-Tirmidzi:

مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَىْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنَ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِى الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

“Barangsiapa merutinkan solat sunnah dua belas rakaat dalam sehari, maka Allah akan membangunkan bagi dirinya  sebuah rumah di syurga. Dua belas rakaat tersebut adalah empat rakaat sebelum Zuhur, dua rakaat sesudah Zuhur, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah ‘Isyak, dan dua raka’at sebelum shubuh.” (HR. At-Tirmidzi). []

 

Published by
Almaswa Che Ros